Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Tip Sihat

Senaman Impak Rendah 20 Minit Sehari

Menyedari diri makin gemuk dan berbonjol di sana sini, maka akak terpaksa merajinkan diri bersenam. Makan pun jaga juga, tapi banyaknya cheat day daripada true day! Kah kah Takpe, one step at the time okey. Sebab akak dah lama meninggalkan arena mem-fitkan diri, maka nak mula balik tu mencabar juga. Jadi akak pilih senaman yang impak rendah (low impact) saja dulu. Akak mula dengan senaman kardio untuk beginner. Kalau kita baru nak mula atau dah lama tak bersenam, jangan bercita-cita tinggi sangat ikut yang ekstrim. Tak terbawa nanti. Sakit badan sana sini, risau terus putus asa je nanti terus serik nak bersenam. Jadi, ikut kemampuan badan ye dan mula runcit-runcit dulu okey. Ada banyak video boleh cari di Youtube. Ini akak kongsikan satu. 20 minit saja. Tapi lepas tu tegang juga otot betis. Menderu juga peluh di dahi. Cubalah!

6 Tumbuhan Terbaik untuk Diletak dalam Rumah

Akak ralit dok baca NST, terjumpa 1 artikel yang share pasal tumbuhan yang bagus diletak dalam rumah bukan hanya sebagai hiasan malahan membantu membersihkan udara persekitaran dan dalaman rumah. Rupanya bila letak indoor plants ni, kajian ada mengatakan mampu tingkatkan produktiviti dan kreativiti juga. Ini 6 indoor plants terbaik yang dikongsikan oleh Kathy B. dalam kolum Home Improvement, NST, Feb 28, 2019. 1. Dieffenbachia 2. Pothos 3. Aloe vera 4. Spider plant 5. Jade plant 6. Ficus Bolehlah cari indoor plants ni untuk baiki kualiti udara di rumah sekaligus mencantikkan rumah. Ini pula pokok-pokok yang bagus untuk menapis udara dalam rumah. Bolehlah cuba.

Pocket Chia, Mudahnya Bawa Chia Seed Ke Mana-mana

Akak tak pernah makan chia seed, rasanya. Haaa tak tahulah kalau pernah ter-rasa tapi akak short term memory lost. Tapi rasanya idaklah. Tapi teringin nak makan. Ater makanan yang boleh bantu kurus ni memang terbeliak sikitlah mata khennn. Nak beli sebelum ni, tengok semua pek dan botol besar-besar. Tak habih karang membazir. Rasa tak tahu lagi macamana. Maka tergodalah akak bila ternampak botol-botol kecik ni berisi chia seed ni. Namanya pun Pocket Chia. Very the mobile, senang nak angkut ke mana-mana gituh. Saiz botolnye kecik aje, ada 4 botol dalam satu pek. Harga ni dalam RM15 gitulah. Akak beli kat Jaya Grocer. Menurut buku Sudah-sudahlah Tertipu, Menipu, Ditipu - yang ditulis oleh team Root of Science, katanya chia seed ni bukanlah kuruskan badan pun. Tapi tolong kita kawal selera makan. Ala-ala oat jugaklah. Chia seed ni bila dalam cecair dia kembang. Maka bila kita makan dia tu, penuh dan kenyang dah la rasa perut. Takdela nak melantak banyak sangat. Tapi pun kena caref...

TeacheRobik, Senamrobik Santai di Rumah yang Awesome

Video: Youtube Teacherobik Kan sebelum ni akak kata nak cuba Morning Yoga, nampak gayanya tak boleh pergilah you all. Mengantuk tahap gaban. So tinggal kenangan sekejaplah yoga ittew. Kahkah Terpengaruh dengan Teacherobik lepas nampak ada kawan share video diorang ni kat FB. Maka pagi ni akak cuba. Paling suka senamrobik yang lagu Havana ni. Movement dia memang sesuai lah ngan akak yang sendu-sendu kejap work out kejap tak ni. Dan juga bagus nak warm up balik untuk work out. Pagi-pagi buat ni sedap jugak, keluar gak peluh jahat walaupun beberapa titis. Hahaha Satu work out dalam 3 minit, jadi kenalah ikut beberapa lagu. Tadi akak cuba dalam 5-6 video, dalam 20 minit gitulah. Ok lah longgar sikit sendi-sendi ni. Segar sikit nak mulakan hari. Banding yoga tuuuuuuu. Kehkeh. You all mungkin ok dengan yoga tapi akak tak blehhhhh la. Mungkin kena berguru baru ok kot. Oklah sebab tersuka dengan TeacheRobik ni, terus akak subscribe Youtube channel diorang. ...

Morning Yoga

Video: Youtube Pagi ni, tetiba datang seru untuk akak buat yoga. Actually akak nak search morning work out kat Youtube, tapi dalam suggested search tu ternampak morning yoga, lantas akak rasa nak cuba. Sebelum ni, dok buat cardio work out je, tak pernah cuba yoga ni. Baik kita cuba pagi ini tengok macamana dia punya pergi. Akak pilih 5-minutes yoga with Adriene. Kita test dulu 5 minit tengok ok ke tidak. So far ok. Ala lagipun 5 minit. Boleh la as introduction. Macam stretching mudah mudah to wake up and freshing your body gitu ha. Akak tak puas hati buat 5 minit ni je lalu akak sambung dengan 36 minutes morning yoga oleh trainer yang sama. Sementara anak masih tidur, baiklah kita teruskan ye dak. Bersambung dengan yoga lagi. Slow and steady. Stretch stretch. Relaks je. Mula-mula tu ok boleh cope lagi. Then masuk ke  stretching lebih sikit, haa dah terasa dah tegang urat-urat tengkok, urat betis semua. Kehkeh. Yoga nampak je slow tapi ...

Sihat dengan Puasa

Imej: buku Resipi Alergi Akak tension betul tengok imej pantulan akak kat cermin. Melebar dengan berjaya dan bergaya sangat. Maklumlah beberapa bulan ni, kerap makan lewat dan bertambah pulak tu. Senam menyenam? Hmm dah lama tinggalkan. Nak buat je ada macam-macam kekangan. Hari tu ada buat sekali, betis cramp akak rest kejap. Lepas tu rest terus. Caittttt Tapi mengenangkan kegemokan ini yang amatlah huduh di pandangan mata, selain risau meningkatkan risiko penyakit, mau tak mau akak kena jaga makan dan bersenam. Sikit-sikit pun tak apa janji buat. Dan sebab nak control makan kadangkala tewas, jadi akak decide nak puasa. Elok juga dengan bulan Rejab, baik banyakkan puasa sunat sampai Ramadan. Bila puasa, dapatlah badan rehat sekejap. Boleh detoks, repair mana patut, perut pun rehat jap proses makanan. Kira servis badan macamana kita servis kereta jugaklah. Selain tu dapat prepare untuk Ramadan. Taklah terkejut straight puasa 30 hari. Semoga dapat konsisten berpuasa. Dan dapat...

Makanan untuk Cirit-birit dan Muntah

Malam semalam, 4, 5 kali jugak akak ke toilet. Sumber: synexclinic.co.uk Aduh sakit perut, pening kepala, muntah. Cirit birit! Tengah malam pun bangun nak membuang dan muntah lagi. Letih rasa. Huhu Jadinya akak google apa makanan yang sesuai dan tak sesuai dimakan bila cirit-birit ni. Maklumlah satgi salah makan, lagi teruk jadinya. Makanan yang Sesuai Dimakan semasa Cirit-birit Sumber: wikihow 1. Nasi 2. Roti (paling baik roti bakar) 3. Pisang 4. Yogurt 5. Applesauce (epal stim) 6. Teh hijau / teh chamomile 7. Air kosong 8. Sup jernih (sup ayam, sup sayur) Makanan di atas ni antara yang disarankan untuk legakan usus dan elak cirit-birit berlarutan. Nama mudahnya BRAT (Bread, Rice, Apple, Toast). Kena ambil banyak cecair untuk cegah badan daripada dehydrated. Elok juga minum ORS (oral rehydration solution) untuk seimbangkan balik elektrolit dalam badan. Selalu kat farmasi ada jual, yang dalam peket kecik kilat-kilat bentuk segiempat tu. Perisa ...

Simptom Anak Bengkak Tonsil (Tonsillitis)

Sejak semalam, badan anak panas-panas. Aih demam pulak budak ni. Tapi abang dengan adik dia ok. Bibir kering sampai bengkak sikit, mata pun kuyu je macam sembab pun ada, nafas dan mulut dia berbau. Ni macam sakit tekak - tonsil bengkak ni. Panas pun kat leher dengan kepala je. Kaki tak panas. Malam, dua tiga kali bangun nangis-nangis. Gamaknya ada mukus tersangkut kat ruang antara hidung dengan mulut. Hidung tersumbat. Nak bernafas biasa tak boleh, bernafas kot mulut. Minum air pun sikit-sikit saja. Makan tu makan tapi ada yang muntah. Rupanya tak selesa nak menelan. Huhu kesian anak ummi. Nak baring pun atas riba ummi, nak berdukung dengan abah. Jadinya pagi ini bawak dia ke klinik. Dokter check tekak, muka dokter lain macam. Ya Allah puan, besarnya tonsil dia bengkak ni. Sikittt aje ruang untuk telan... Aduhai anak, cemana la hang makan biskut pagi tadi dengan tekak camni... huhu mesti sakit. Yang ummi pun tak teringat nak bagi bubur, padahal ada je tadi. Haih. Dokter kata...

It's 12 Days Away...

Menjelang minggu akhir sebelum bersalin, rasa macam-macam aje belum settle, belum siap. Saspen pun ada juga. Situasi pun lebih kurang sama macam abangnya, yang mana masa ini saya memang dah ada di rumah, bebas daripada kerja di pejabat. Home Office sajalah. Banding dengan abangnya dulu, tahap kesihatan sedikit berbeza. Dulu, seawal minggu 34-35 dah refer ke HTAR. Sebab songsang dan uri di bawah (placenta previa type I). Tambah lagi, ada GDM (kencing manis) dan PIH (darah tinggi). Dulu minggu-minggu akhir tu gilir-gilir la appointment HTAR dengan KKIA... tapi alhamdulillah selamat. Bersalin pada minggu 38, induced. Induced pun sebab warded awal (spotting) dan keadaan dah favourable untuk deliver. Tapi bukaan je tak naik-naik daripada 4 cm sampai 2 hari. Nama masuk waiting list bilik bersalin, iaitu bermaksud asal ada katil kosong, bila-bila masa je saya akan di'bersalin'kan kalau masih tak sakit contraction. Kali ni, seboleh-bolehnya biarlah cukup 39 minggu. Tapi kuasa...

Resipi 15 Minit: Spageti Bolognaise

Semalam, teringin pulak nak makan pasta. Lagi pun dah lama tak masak sendiri. Dan memang ada stok pasta dan sos pasta di rumah. Jadinya, dengan ada sikit ayam, boleh tambah dalam sos pasta tu. Pasta yang saya pilih - spageti. Dan sos pasta yang saya guna, jenis serbuk dalam peket. Sos tomato segera untuk pasta. Tapi kedua -dua bahan ni bukan jenama biasa yang saya guna. Dua-dua bahan ni saya beli kat kedai arab. Mahnaz Food kat Seksyen 22, Shah Alam. Sebelum ni, pernah nampak ada terjual pasta tapi tak terasa nak beli pun sebab matlamatnye pegi selalu nak beli kurma atau madu je. Hari tu, saja la cakap kat hasben jom try mana tau sedap ke kan. Maka beli la serba satu spageti ngan sos pasta tu. Dua-dua produk from Turki. Pasta tu brand Kartal. Sos pasta brand Basak. Nak masaknya sama je macam kita masak spageti brand lain pun. Rebus pasta sampai al dente. Then toskan. Sos pasta tu pulak, mula-mula panaskan marjerin/butter, masukkan air. Then masukkan serbuk sos tu. Kacau hingga ...

Elak Rebah, Kekal Gagah di Trimester 3

Sekuat mana saya tahan rasa letih + penat + mengantuk saya ni, kadangkala saya terpaksa akur juga yang sebenarnya badan saya perlu rehat. Dengan perut yang dah makin ke depan, jalan pun tak boleh nak laju-laju dan cepat mengah -- perubahan fizikal yang nak ingatkan saya yang saya tak boleh nak bergerak macam sebelum-sebelum ini. Sekarang, nak drive pun rasa betapa penat, lagi mengadap kerja-kerja yang sama setiap hari yang harus saya bereskan sebelum saya bersalin. Bila saya Google tadi sebab saya rasa mengantuk dan letih sangat ni, barulah faham yang simptom begini lazimnya muncul semasa trimester 1 (memang keletihan melampau waktu itu) dan stabil semasa trimester 2 dan kembali pada trimester 3. Ye saya dalam trimester 3 dan dah tak lama dah nak bersalin (semoga Allah mudahkan urusan bersalin saya kali ni). Kalau saya baring ni, memang confirm terus lena. Hehe. Bila sampai ke penghujung ni, maklum la banyak benda perlu settle, banyak benda perlu fikir, kadang-kada...

Bagaimana Saya Meningkatkan Bacaan Hb Semasa Mengandung

Salah satu dilema ibu mengandung adalah bacaan Hb rendah. Apa dia Hb rendah tu? Senang nak faham, kurang darah. Hb tu hemoglobin. Hemoglobin ni peranan dia untuk angkut oksigen dalam darah. Maka kalau kurang hemoglobin, akan kuranglah oksigen yang diangkut dalam darah. Bila tak cukup oksigen, itu yang kita tengok orang yang Hb rendah ni selalu pucat, cepat letih, dan tak bermaya. Dan keadaan ni sangat bahaya untuk ibu mengandung. Sebab tu nurse dan doktor akan pantau betul-betul kalau bacaan Hb kita rendah. Berapa bacaan yang dikatakan rendah tu? Borderline reading adalah 11. Kurang daripada tu (9-10) memang kena top up dengan vitamin tinggi zat besi sebab mungkin kita tak ambik zat besi yang cukup dalam diet harian kita. Saya juga salah seorang yang tergolong dalam kategori yang Hb rendah di trimester pertama. Tapi bacaan borderline lah. Tidaklah sampai terlalu rendah. Rupanya selama ni yang saya selalu penat dan letih walaupun cukup tidur dan rehat, kerap rasa...

Misi Bangun Awal dan Kelab 5 Pagi

Seminggu ni, alhamdulillah mampu bangun sebelum Subuh. Saya taklah kata saya bangun jam 5 pagi setiap hari tapi setakat seminggu ni, memang sebelum jam 5 tu sebenarnya saya dah automatik terjaga (walaupun belum melompat dari katil...ahaks). Betul. Bila kita buat sesuatu memang lebih baik secara berkumpulan. Bukan tak boleh sorang-sorang tapi kadang-kadang kalau terbabas atau tersasar kita sukar nak get back on track. Manusia hari-hari perlu motivasi. Carilah sumber motivasi anda. Saya join group Kelas 5 Pagi , initiated by Kak Aishah Amin . Sebenarnya sebelum tu lagi saya memang cuba nak buat tapi selalu sangattttt terbabas. Agaknya tak cukup kental lagi tu. Dan sekarang yang paling best adalah kami sama-sama buat (saya dan suami). Kadang tu dia lagi awal bangun. Hehe. Nak tak nak bini kena la bangun sama ye tak. Sebenarnya, banyak sangat manfaat bangun awal pagi macam ni. Tambah lagi untuk saya yang ada anak kecik ni, sangat membantu saya buat kerja-kerja rumah sementara...

5 Cara Atasi Mengantuk di Pejabat

Imej: livestrong.com Khamis! Ada jugak orang yang lemau dan lesu pada hari Khamis. Tak mesti Isnin, kan. Kenapa ya, kita rasa lesu, letih, mengantuk sewaktu kerja? Saya kira ni bagi mereka yang bekerja dalam pejabat, bagi mereka yang banyak kerja luar, mungkin letih dan lesunya berbeza. Kalau bekerja di rumah, lagiiiii la ada masalah macam ni. Lagi besar dugaan pulak tu. Kain kotor bertimbun, drama bersiri best kat tv, pinggan kotor penuh sinki, mainan anak bersepah kat ruang tamu....tu pun boleh buat letih lesu juga (bila tengok..hehe). Dipetik daripada WebMD.com, antara panduan yang boleh kita ikut untuk TIDAK RASA LETIH LAGI adalah: 1. Ambil sarapan.  Walaupun anda jenis yang kurang ambil sarapan atau tak berapa lapar sangat waktu pagi, makanlah walau sikit. Sebabnya, ada kajian mengatakan dengan mengambil sarapan dapat mengurangkan rembesan hormon stres (kortisol). Selepas sarapan, ambil suplemen B-Complex. Suplemen ni boleh bagi rasa lebih tenang dan meningk...

Salam Maulidur Rasul 1436H

Sumber: Youtube & Google Salam Maulidur Rasul. Banyakkan berselawat ke atas Rasulullah. Jika belum atau jarang-jarang, mula sekarang. Yang dah biasakan diri, ganda-gandakan dan teruskan :) Kalau masa sekolah dulu, sambutan Maulidur Rasul sinonim dengan perarakan, alunan selawat dan pertandingan nasyid. Ye - saya dulu masuk kumpulan nasyid tau. Those good old days hehe. Sekarang ni, macam-macam jenis alunan selawat kita dapat dengar. Sedap pulak tu. Saya selalu dengar UNIC. Eh UNIC sekarang tak sama macam dulu. Lagu-lagu depa sedap tau. Sambil kita dengar, kita terikut sama. Tak sedar kita dok sama-sama ikut selawat. Moh sama-sama banyakkan selawat hari ini. Saya suka yang ini: Nota Syukur (Kelebihan Berselawat)

Awasi Simptom Penyakit Bawaan Air Ketika Banjir

Imej: Kementerian Kesihatan Malaysia Banjir sudah mulai surut di sesetengah kawasan, namun masih ada lagi kawasan yang masih belum reda. Biarpun banjir makin pulih, tapi harus diingat, impak dan fasa pemulihan pasca banjir amat penting dan besar. Semoga semua mangsa TABAH. Dalam pada itu, awasi juga penyakit-penyakit berjangkit dan penyakit bawaan air yang boleh mengancam kesihatan orang dewasa tambah lagi kanak-kanak. Antara penyakit yang berisiko ketika banjir adalah cirit-birit dan demam kepialu (taun). Awasi simptom-simptom berikut (jika berterusan) dan berjumpalah pakar kaunseling atau doktor: - Resah gelisah - Kurang bermaya - Marah - Murung Simptom-simptom lain yang berkaitan dan perlu diambil perhatian, terus ke hospital jika berlarutan: - Loya, muntah - Cirit-birit - Perut meragam - Sakit otot - Demam tinggi - Masalah pernafasan (sesak nafas, sakit dada) Ini kerana, air banjir mengandungi pelbagai bahan beracun yang juga berbahaya kepada kesihatan ...

5 Cara Merawat Kulit Tanpa Krim Mahal

Imej: Carian Google Ada sesapa yang ada stok suplemen vitamin E kat rumah? Tak kisahlah ler makan ke tidak, kalau ada tu pun dah cukup bagus menunjukkan yang anda mementingkan kesihatan dan kecantikan serta kebahagiaan rumah tangga. Ewah. Tapi saya nak share pasal vitamin E dan kecantikan ye hari ni, tuan-tuan dan puan-puan. Ye, vitamin E. Bukan vitamin C aje untuk cantik. Tapi kalau gabung dua2 memang lagi kebaboom ler kulit cik kak sekalian. Ok, vitamin E selain dimakan melalui mulut, boleh diguna direct daripada kapsul. Boleh apply kat kulit terus. Caranya? 1. Ambik 3 kapsul dan asingkan daripada botol suplemen anda. Letak atas paper towel. Guna jarum untuk cucuk lubang kecik pada setiap kapsul dan picit vitamin E tu dalam bekas kecik hingga kosong kapsul tersebut. Lepas tu masukkan 1 sudu kecik minyak zaitun supaya lebih mudah nak disapu pada kulit. 2. Tekapkan campuran tadi dengan lembut di sekitar mata, dahi dan mulut untuk kurangkan kedutan (...

I Know What You Did in My Womb

Video: Youtube Few weeks ago, terjumpa video ni. Bila tengok...Subhanallah. Terus whatsapp hasben bagi dia tengok jugak apa anak dia buat dalam tu. Bergenang air mata. Rasa macam tengah communicate dengan anak dalam perut. (Bukan drama tau). Video ni bermula dengan bagaimana berjuta-juta sperma berenang menuju ovum (telur). Ok, part ni sampai ke part implantation semua saya dok terbayang Biology notes bab pembiakan. Kiranya dok identify: Ni la rupanya proses persenyawaan... Ooo sel-sel ni membahagi cam gini... Tu blastosista tu... Hah ni implantation! Ok. Maafkan graduate Biology dan juga seorang editor Biologi. Haha. But it's good learning through video :) Video ni tunjuk detail daripada mula sperma berenang masuk ke salur Fallopio - persenyawaan - bayi membesar dalam perut - melahirkan. Memang kuasa Allah sangat besar. Insaf juga tengok ni, betapa complicated seorang manusia tu dijadikan di dalam perut manusia lain yang sempit yakni ibunya. Yang mana setiap ya...

4 Sebab Kenapa Vitamin E dan C Sangat Perlu Diambil Bersama

Kita tahu vitamin E dan C perlu untuk kulit cantik (atau untuk kesihatan kulit). Tapi, kenapa vitamin E dan C? Antara sebabnya, yang saya baca di Livestrong.com : 1. Kedua-dua vitamin meningkatkan fungsi tisu badan.  Vitamin C bantu dalam komunikasi di otak manakala vitamin E bantu kawal pengecutan salur darah. Tapi, yang lebih penting, kedua-dua vitamin ini bekerjasama dengan baik kerana mempunyai persamaan dan saling melengkapi peranan masing-masing dalam memastikan tubuh kita kekal sihat. 2. Vitamin E dan C berkolaborasi sebagai antioksidan.  Apakah fungsi antioksidan? Untuk bantu kurangkan kerosakan pada sel yang disebabkan oleh radikal bebas. Sel yang rosak menghalang sel tersebut berfungsi dengan optimum yang mana lama kelamaan boleh menyebabkan kematian sel. Vitamin E berupaya bertindak sebagai antioksidan dan mengalami regenerasi hanya selepas pulih daripada kerosakan akibat radikal bebas sebelum dapat berfungsi dengan baik semula. Maka vitamin C dalam sel...

Suplemen untuk Ibu Menyusu: Perlu Atau Tidak?

Terpulang pada individu. Keadaan kesihatan dan gaya hidup. Kalau mampu makan mengikut diet seimbang, dan istiqamah begitu - alhamdulillah. Itu yang sebaik-baiknya. Makan daripada sumber yang kurang tercemar atau lebih baik, organik. Maklumlah sekarang banyak makanan dah makin kurang zatnya, akibat memenuhi permintaan yang terlalu tinggi, jadi pelbagai proses dilakukan untuk memastikan bekalan sentiasa ada, yang mana kadangkala memusnahkan kandungan zat dalam makanan itu sendiri. Tak masuk lagi bab racun perosak atau yang sewaktu dengannya. Sebab itu disarankan makan makanan yang berunsur organik. Lebih sihat, cuma mahal sikit sebab kualiti berbeza, kan. Satu lagi, kenali gaya hidup kita. Jika rutin harian kita membuatkan kita selalu skip makanan atau mengamalkan cara pemakanan yang tidak teratur masanya, boleh juga mempengaruhi kesihatan. Atau seringkali makan makanan yang kurang menyihatkan. Dalam kuantiti berlebihan pula. Kesannya tak nampak sekarang, tapi masa akan datang. Boleh...