Showing posts with label Journey Kebun Koridor. Show all posts
Showing posts with label Journey Kebun Koridor. Show all posts

12.1.25

Kenangan Kangkung

Dua, tiga tahun lepas Akak rajin juga berkebun. Masa tu tengah rajin dan pokok pun banyak menjadi, alhamdulillah. 

Merasa jugalah hasil kebun koridor sendiri - daun kari, daun limau purut, selasih, cili.

Paling seronok tanam kangkung, sebab sayur feveret hehe


Semai guna keratan batang je. Lama jugak nak dapat gini. Akak noob haha


Kurus-kurus daun tirus je ni ha. Jadilah buat ghaso ghaso



Kangkung pun sekarang, boleh tahan juga harganya. Bukan sayur ekonomi dah sekarang ni. Kadang seikat pun dah 3-4 ringgit.

Tapi itulah, kebun koridor Akak dah lama berkubur, sebab hilang semangat lepas pasu-pasu dicemari tinja haiwan peliharaan jiran :(

Habis mati pokok. Tanah pun jadi tak elok dah. Buang je semua. Sedihhhhh

Nak dapat balik rentak berkebun tu, lambat sikitlah. Tapi insya-Allah Akak cuba lagi sebab seronok tengok pokok-pokok ni (kalau dia tumbuh eloklah) hehe

Dalam kenangan jelah kangkung ni ha. Sempatlah harvest sekali, kangkung pun comey je, jadilah :D

2.3.24

Baja Kulit Telur dan Kulit Bawang

Korang rajin berkebun tak?

Akak taklah rajin sangat tapi ada lah sikit pokok yang selalu guna untuk masak - daun karapole (kari), daun limau purut, daun pandan, daun kunyit.

Sebagai pengguna telur yang tegar, memang banyaklah kulit telur terbuang. Akak terbaca yang kulit telur bagus sangat dibuat baja pokok. Jadi setiap kali akak pecahkan telur, akak akan asingkan dan keringkan. Bila dah banyak, akak blend halus, simpan dalam bekas. Bila nak guna, cedok dan tabur je dalam pasu. 

Sebelum ni, malas blend. Akak hancur-hancurkan je tapi itulah nutriennya lambatlah masuk ke tanah tu. Orang kata blend halus sampai jadi serbuk lagi mudah resap. So akak pun blendlah.

Hati-hati blend tau sebab dia jadi berhabuk, terbatuk-batuk u ols.





Kulit telur ni kaya kalsium. Jadi baik sangat untuk pertumbuhan pokok yang sihat dan kuat. Boleh baca khasiat kulit telur untuk pokok di SINI

Kulit bawang pun katanya bagus juga dibuat baja. Tapi akak selalu lupa nak kumpul. Kopek bawang terus buang ke tong sampah. Ini adalah sikit akak simpan.

Kalau baca di SINI, katanya rendam kulit bawang tu, lepas tu ambil air rendaman tu buat siram pokok. Bolehlah akak cuba lepas ni.



Banyak lagi sisa buangan rumah yang boleh dikitar semula jadi baja. Air basuhan beras dan ikan pun bagus. Tapi akak selalu lupa nak kumpul. Sayang, kan?

Boleh jimat beli baja, dalam masa yang sama mengurangkan sampah yang dijana di rumah.


3.8.23

Nak Mula Berkebun? Boleh Pilih 4 Pokok Ini, Senang Hidup dan Dijaga

Seronok berkebun sekarang sebab pokok-pokok tumbuh elok, segar dan baik.

Ada yang membesar dengan jayanya, ada yang masih lagi perlu Akak fikirkan apa yang kurang dan ada juga yang tak ada harapan tapi masih mengharap kejutan. Haha

Apapun, salah satu kegembiraan Akak, ni ha bayam brazil.


Bayam brazil sebenarnya senang nak tanam, senang nak hidup. In fact Akak memang pernah tanam sebelum ni, ada kawan husband bagi sepot dua bayam brazil yang merimbun sangat masa PKP dulu.

Malangnya jodoh tak panjang, tak lama habih mati kekeringan.
Kalau sesiapa nak mula menanam, memang elok mula dengan bayam brazil, nak bagi naik semangat berkebun.

Yang nak tambah sayur dalam menu harian pun elok makan bayam brazil ni. Makan mentah boleh jadi ulam. Nak masak pun boleh. Ada yang buat masak lemak atau celup tepung. Nak celur je pun boleh kalau tak suka mentah.

Nak tanam dia, cucuk je batang dalam tanah. Siram dan bagi kena matahari banyak jugalah. Akak letak baja butir untuk daun lebat, so far okeylah. Daun tumbuh elok juga. Kalau tak, mengerekot tak cantik.

Ni satu lagi pokok herba kesukaan husband. Pudina. Fuh masa siram pun dah syok. Naik bau pudina yang segar tu bila kena air. Sebelum ni ada juga cubaan menanam tapi entah mati kering juga. Mungkin tak cukup air. 

So sekarang ni, kalau teringin teh pudina, ha petik aje kat koridor. Masuk kat dalam teh. Yayyyy!


Yang ini pegaga kampung kalau tak silap. Masa dalam pantang dulu Akak suka makan pegaga. Buat ulam, masukkan dalam menu tumis air. Ada yang suka jus, tapi Akak takleh telan.

Elok ada pegaga ni. Banyak khasiat.


Satu lagi ulam yang Akak tanam, ulam raja. Feveret mak mentua Akak ni. Sebelum ni ada tanam juga tapi biasalah akhirnya keriny kelayuan. Akak kurang siram. Habis layu batang daun semua.

Ini husband beli anak pokok baru. Setakat ni tumbuh dengan berjaya. Akak dah tuai sekali. Ni ada daun-daun baru keluar. Seminggu dua lagi rasanya boleh tuai lagi.


Setakat ni, alhamdulillah. Ni antara pokok-pokok yang sihat dan sesuai Akak letak di koridor. Yang penting cukup air, baja, cahaya matahari.

Dan kesabaran juga. Hehe

Kalau korang nak start berkebun, boleh mula dengan pokok-pokok ni. Beli anak pokok pun tak apa. Maintain je. Kalau nak semai, ada orang tak berapa pandai dan akhirnya malas dah nak berkebun.

Beli je anak pokok kat nursery atau pasar tani pun selalu ada. Pilih mana yang berkenan. 

At least nak makan sayur, tinggal petik je kat rumah. Jimat belanja. 

1.8.23

Mudahnya Tanam Ulam Raja Di Rumah

Tuai ulam raja kali pertama.

Hari tu suami beli anak pokok ulam raja, jadi Akak cuma maintain saja. Yang dah matang tu, Akak tuai buat makan.

Lebar lebar, besar.

Semalam makan dengan nasi, sambal ijo, telur dadar.

Senang ada ulam depan rumah, nak makan petik je. Tak payah masak sayur. Hehe



Sebelum ni pernah tanam juga ulam raja ni, tapi sebab beberapa hari tak siram, layu terus kering. Sayang betul.


Seronok tengok ada daun-daun baharu keluar. Akak spray baja yang beli kat Pasar Seksyen 6, Shah Alam. Elok keluar daunnya.


9.7.23

Beli Pokok dan Keperluan Kebun di SWS Nature World, Puchong

Kalau korang suka berkebun atau landscaping, satu tempat yang korang kena pergi kat SWS Nature World ni.

Ada banyak pilihan pokok bunga dan tumbuhan hiasan. Untuk ruang kecik atau ruang besar. 

Pilihan baja pun banyak. Pasu-pasu dia cantik-cantik juga.

Lokasi: Puchong, Batu 14, sebelah kiri highway LDP hala ke Shah Alam.



Banyak anak pokok bunga lawa-lawa.


Pot kecik untuk gantung pun ada banyak pilihan.


Disediakan troli kecik untuk mudahkan shopping.


Bolehlah singgah tengok-tengok kalau nak cari pokok ke, pasu ke, hiasan ke. Peralatan berkebun pun banyak juga pilihan kat sini.



SWS NATURE WORLD PUCHONG

Alamat: Lot 82239 (B), Jalan Puchong, Jalan Kampung Baru, Batu, 47100 Puchong, Selangor

No telefon: 019-926 8414