Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Review Makan-makan

Secret Recipe Tetap Pilihan Menu Western Sedap, Berbaloi dan Halal

Tak sangka bertahan selama berbelas tahun menu Secret Recipe yang satu ni. Menu lain pun ada juga yang SR kekalkan tapi yang paling nostalgic, banyak kenangan dan unik di SR, antaranya ini -- Pan-grilled Fish with Lobster Sauce. Akak biasa order ni sejak zaman bujang lagi, time gaji sesekali pegi makan ngan kawan-kawan. Memang sejak dulu Akak suka sebab lobster sauce tu sedappppp! Sekarang boleh add on sauce... kotlah tak cukup kan. Memang ya pun sebenarnya, kalau add on ni lagi puas hati makan. Hehe Husband order chicken chop, oklah sodap juge. Aglio olio seafood. Ada mussel, udang, shimeji mushroom, sotong, tomato ceri. Agak pedas, untuk dewasa boleh. Untuk anak-anak yang tak makan pedas, kurang sesuai. Ni pun Akak suka. Tak berminyak sangat dan seafoodnya tak overcooked. Ni anak punya selera. Buttermilk pasta. Tak ingat sama ada salted egg ke tidak. Dengan ayam crispy. Ala menu fusion ni. Not bad juga gravy buttermilk tu. Tapi Akak kurang minat, Akak cepat rasa muak makan benda crea...

Menu Western Style Kampung, Ayam Goreng Crispy Panas-Panas di Pizza Dapur Fatisa, Puchong

Mula dengan gerai di food court, sekarang dah ada kedai sendiri! Bermula dengan jual pizza kemudian dessert, sekarang dah ada banyak menu dah. Pizza Dapur Fatisa ni, Akak dah biasa pegi sejak dia meniaga di Bistari Street lagi. Masa tu anak-anak balik mengaji, selalu jugak singgah sini nak makan pizza.  Pizza dia jenis roti lembut, topping pun sedap. Anak-anak selalu pilih Pizza All Cheese, alhamdulillah puas hati makan, cheesenya banyak. Lepas dah pindah keluar, kedai ni buka kedai di Kg Seri Aman, tak jauh pun dari tapak asal tu. Tapi kat kedai ni, Akak tak pernah singgah, sampailah dia pindah lagi sekali ke kedai yang lebih besar seberang jalan je daripada kedai sebelum tu. Setakat ni dah 2 kali singgah, lepas anak balik sekolah, lunch kat sini. Sekarang dah tambah menu, selain pizza, ada set western dan nasi. Nak kupi-kupi pun boleh. Kalau yang nak lepak-lepak, dessert pun ada. Akak dengan husband yang tekak Melayu ni, order nasi ayam crispy dengan sambal penyet. Sambal dia bol...

Best Juga Sarapan Santai di 7-Eleven

Sesekali sarapan dalam 7-E ni best juga cuma tahan ke tak tahan aircond jelah. Hari tu sajalah ubah angin sarapan kat luar. Lagipun sementara nak tunggu supermarket depan 7-E tu buka, sapedek la dulu. Akak pilih sandwich dan susu coklat.  Sandwich toast tuna mayo and cheese + susu coklat Farm Fresh. Okeylah. Sarapan on the go. Dulu masa kerja, Akak suka sarapan camni sebab mudah dan cepat. Makan kat ofis je. Kadang dalam kereta je dah selesai. Haha 7-E pun dah letak meja untuk makan/minum. Cuma tulah, kecik je mejanya dan tak banyak. Ikut nasiblah. Pernah Akak nak masuk makan tapi fully occupied. Kalau makan pun, tak boleh lah nak berlama-lama. Dah selesai tu keluarla sebab customer lain pulak nak duduk kan. Kadang ada yang order makanan panas-panas macam pastry ke air panas ke. Sesuai la duduk situ jap minum-minum sebelum gerak gi kerja. Selain 7-E, Family Mart pun sama. Cuma itulah, dah habis makan, jalanlaa jangan melepak pulak, orang lain pun nak makan jugak. Hehe Like dan Foll...

Laksa Timun Ke Ni?

Akak memang hantu laksa. Kalau nampak laksa kat gerai tu, biasanya memang akan order atau beli.  Hari tu stop by kat lori jual rojak. Dia jual laksa juga. Tapi memula tu Akak tengok bekas laksanya ada mi laksa dengan limau kasturi je. Aik takkan condiments semua takde?  Laksa bodo je ke niii? Tapi Akak ambik juga sebab lapar dan nak cuba. Rupanya konsep dia - bahan-bahan dimasukkan fresh bila customer nak beli. Telur rebus potong sebelah, timun baru sagat atas laksa, bawang pun baru hiris terus letak atas laksa tu. Cili Akak cakap dia tak payah sebab anak-anak nak makan. So Akak letak cili sendiri kat rumah. Tapi korang tengok la timun dia ni... panjang-panjang nau, dan pada akak macam banyak sangat. Boleh letak seadanya je buat ghaso ghaso jadilah... Dari segi rasa, okeylah cuma tak mencapai tahap kemasaman yang Akak biasa untuk laksa. Tapi bebudak nak makan, memang sesuai. Tak pedas. Walaupun tak menepati piawaian Akak, tetap Akak suka effort dia jaga kualiti dan kesegaran l...

Nasi Campur Restoran Mariah, PJS

Hari tu masa balik dari KL, nak singgah lunch tempat-tempat hot semua payah nak parking. Maklumlah lunch hour. Kitonyo pun nak sibuk menyelit jugaaa hehe Pusing punya pusing, cari punya cari, last last dah masuk highway terus on the way balik dah. Macam frustlah sikitkan tapi tiba-tiba kat highway, suami kata exit jelah kat PJS, ada je kedai makan sedap. Dulu Akak keja area PJS tu, jadi adalah a few kedai makan yang memang dah biasa. Saja kona, tengok-tengok dah lain dah rupa area situ tapi kedai makan yang dok biasa tapau dulu tu masih ada. Salah satunya Restoran Mariah ni. Kedai mamak yang selalu akak tapau sarapan. Suami akak paling suka rendang daging. Masa kami sampai tu agak lewat dah tapi lauk-lauk ada lagi lah. Akak dan suami makan nasi campur. Anak-anak order megi goreng, memang itulah dia kalau ke kedai mamak. Ishhhh Akak ambik lauk ayam goreng, sayur campur, peria goreng telur, kuah kari dengan bendi. Suami akak ambik rendang daging dan ayam goreng (tiada dalam gambar). Dulu...

Sambal Sushi King - Pedas, Sedap, Penuh Rasa, Harus Cuba!

Korangggggggg... Kalau makan di Sushi King, tolonglah order sambal ni. Sedap wehhhhh!   Kitonyo peminat pedas, wojiblah makan susyi pun nak cecah sambal. Hehe Mula-mula wonder jugalah, sambal kat Sushi King ni sambal macam mana eh? Orang Jepun makan sambal meh? Tapi sebab ini SK di Malaysia ye, terpaksa masukkan dalam menu kot ye hiiii Sambalnya macam cili goreng garing, macam chilli oil gitu. Tapi boleh tahan pedas ye, so sedap! Akak tak pasti sangat tu udang geragau atau ikan bilis yang jenis halus tu. Tapi flavourful dan balance rasa cili dengan bawang putih tu. Kalau order main menu macam rice bowl ke, memang ngam la nak tambah ni sebab kalau kari Jepun tu kan plain rasanya (menurut tekak menantu Jawa). Boleh topup dengan sambal ni. Kalau korang ke SK, jangan lupa order ni sekali tau. Side dish - sambal. Agaknya kalau dibuat packaging cantik-cantik, jual ni bagus juga. Heheee *mengharap* Recommended! 

Ini Baru Sarap! - Nurul Sate Batang Pinang, Kampung Tengah, Puchong

Kalau korang suka makanan Johor, boleh cuba kat Nurul Sate Batang Pinang ni. Banyak bethol menu dia sampai taktau nak pilih apa. Tapi terpaksa juga pilih kan sebab lapar. Hehe Ini set kacang pool. Memang feveret akak ni. Dulu-dulu susah nak cari. Sampai belajar buat sendirilah. Sekarang.... merata ada. Order jelaaa  Kuah kacang pool tu sedap ada daging dan kacang kasar-kasar. Jadi bila kita cicah roti tu rasa puas makan. Ni dia punya killer. Sate ayam dan daging. Pun puas makan sebab isi dia cukup rasa dan perapan, sejuk pun masih sedap (akak tapau). Kuah dia pun ok, tak pedas sangat cuma akak lagi suka kuah sate yang pekat sikit, baru cicah sate, kuahnya berpalut dan melekat. Timun dan bawang tak berapa fresh masa ni, mungkin baru defrost ke apa ke tak tau le.  Lontong kering sambal paru. Boleh pilih rendang daging atau sambal sotong juga. Tak berapa minat menu ni. Saja nak cuba. Akak lagi suka lontong kuah je kot. Haha. Laksa Johor pun ada...

Snek Zaman Sekolah - Sate Ikan Motor

Hari tu, ada motor jual sate ikan ni melintas. Ahh terus akak pi borong sate ikan ni buat makan dengan anak-anak. Masa sekolah dulu, baru 10 ke 20 sen secucuk. Ada seringgit boleh makan 5-10 cucuk. Heaven gila! Yang akak beli ni, 3 cucuk seringgit. Okeylah. Nak buat sendiri malas kan. Tapi penah beli yang frozen, ok juga. Tinggal bakar je boleh makan panas-panas. Korang yang area Puchong Prima boleh cuba sate ikan dan lokching kat brader motor ni, dia meniaga depan OTK. Petang-petang gitu dia adalah. Hmm akak tak ingat berapa cucuk akak belasah. Kemain kau mengimbau snek zaman kecik-kecik kan.

Sate Hut, Bukan Sekadar Sate Je!

Nama restoran Sate Hut, dah tentulah kedai sate kan. Tapi di luar kedai ada tergantung banner yang katanya "Bukan Sekadar Sate"... diiringi pelbagai menu lain macam mi kari, nasi ayam, laksa dan macam-macam lagi. Meriah rupanya menu dia, tak terhad pada sate je. Ini sate ayam dan daging. Timun, bawang selambak tak kedekut fresh fresh lagi. Kuah kacang dalam mangkuk besar siap senduk dan mangkuk kecik. Konsep style Sate Kajang, cedok kuah masing-masing. Puas hati kuahnya banyak dan tak pedas sangat. Cuma akak rasa agak cair, susah nak berpalut kat sate, jadi nak makan tu meleleh-leleh kuahnya. Adehhh.. nasib baik ada mangkuk kecik. Hehe Satenya sedap. Terasa perapannya. Mungkin perap semalaman kot. Bakar pun sedang elok, tak keras dan tak hangit sangat. Sesedap rasa. Betullah sate cita rasa klasik, saiz sate pun taklah besor gedabak atau kecik sangat. Okeylah sekali ngap seketul seketul tu. Harga 1 cucuk dalam RM1.30 (ayam) dan RM1.40 (daging) kalau tak salah. Rasa...

Nasi Kuning Sabah di Citarasa D'Bayu, Sg Buloh

Ada satu hari tu, tak berapa rajin nak masak jadi kita order je kat Grab. Berkenan tengok menu Nasi Kuning ni, jadi kita cubalah. Huiii tak mengecewakan! Sedap juga. Ala nasi lemak, lauknya pun macam nasi lemak juga. Kami order NK ayam goreng, ayam sambal, ikan tongkol goreng, rendang ayam. Orang-orang Sg Buloh boleh la cuba. Cari di Grab untuk makan tengah hari. Kedainya akak tak tahu kat mana. Hehe Nasi Kuning Sabah Citarasa D'Bayu

Nasi Kandar Ayam Bawang, Restoran Majeedia Ipoh

Pilihan nasi kandar lazat di Ipoh. Restoran Majeedia. Kalau singgah di sini, kena try nasi kandar dengan ayam bawang. Tu dia punya bestseller. Setiap pinggan, akan dibagi telur masin sebelah, potongan timun dan sambal kelapa - by default! Haha Nak pilih lauk lain pun boleh. Ada ayam goreng, ikan goreng, telur sotong dan lain-lain. Jangan lupa ambil papadom sekali. Kuah kandar dia memang cukup rasa, cukup berempah, puas makan.  Nasi kandar sepinggan, telur sotong, papadom Nasi kandar ayam bawang dan hati ayam goreng Restoran Majeedia Bandar Ipoh, Perak

Cinnamon Rolls Lembut, Sedap by Swirly Bites Sepang

Akak tak biasa makan cinnamon rolls, in fact tak minat sangat pun. Tapi semalam masa nak celebrate birthday anak sedara, husband tengok kat Foodpanda, satu kedai jual cinnamon rolls yang gambarnya sangatlah menyelerakan. Akak on je. Husband order 1 set original flavour dan 1 set combo (mix flavours - ada 3 jenis topping tapi akak tak ingat namanya). 1 set ada 6 ketul. Tengok gambar pun melelehkan... rasanya apatah lagi. Memang recommended! Pastri dia lembut, topping dia tak over dan tak terlalu manis. Makan seketul pun kenyang sebab sebesar penumbuk ha. Husband order kat Foodpanda, so orang area Nilai/Sepang bolehlah cuba kalau nak rasa. Nama kedai: Swirly Bites

Sarapan Sate Sedap di Pasar Awam Seksyen 6 Shah Alam

Membeli barang dapur basah yang segar dengan harga berpatutan tak ada tempat lain yang jadi pilihan akak melainkan pasar awam.  Pasar tani pun akak suka, tapi sesekali pegi jugak pasar awam. Yang biasa pegi kat Seksyen 6.  Bersih. Segar. Selesa. Selalu pegi beli barang je tapi semalam pegi sarapan kat sana sekali. Husband beli sate.  Wah! Tak sangka ada sarapan sate kat sini.  Kami pernah sampai ke Serdang nak cuba Sate 7 Pagi tapi dek ramai sangat orang, kami patah balik dengan kekecewaan. Huhu Akhirnya berrezeki kat Pasar Awam Seksyen 6 ni. Kami sarapan nasi lemak sotong, ayam goreng rempah, sambal kerang, lontong. Sate tu bungkus bawak balik. Sate ayam dengan sate kambing. Balik rumah excited jugak nak cuba sebab tak menahan dok bau sedap sate ni, aroma dia boleh tahan. Isi sate besar-besar. Perapan dia pehhh sangat. Allahuuuuu.... sedap sungguhlah! Sate ayam, kambing dengan kuah kacang lhamdulillah. Puas makan, sesuai dengan harganya RM1.50 secucuk. M...

Tanah Aina Cafè Shah Alam

Dua hari sebelum puasa, kami berpeluang sarapan di Tanah Aina Cafe, Shah Alam. Saja ambil angin cuba tempat baharu. Tak pernah sampai ke sini. Lokasinya hampir dengan Stesen KTM Batu Tiga Shah Alam, tepi Lebuh Raya Persekutuan. Masa kami sampai tu, belum ada pun orang, nasi lemak pun belum siap masak lagi! Punya awal kan. Mungkin kami ni pelanggan pertama kot. Stafnya masih mengemas dan sapu di koridor. Order ala carte tengok menu. Kami order roti canai, burger daging, chicken chop, western breakfast, mi kari, Turkish coffee dan green tea. Menariknya bersama air tu dibagi sekali sekeping biskut. Biskut coklat kacang gajus sedap gila! Sampai hasben beli setin biskut tu, mujur ada jual.  Pandaikan promosi gitu. Biskut tu namanya Afgan cookies ye, in case teringin nak rasa. Makanan semua memang sedap.  Environment pun selesa dan cantik. Harga standard macam hotel sikitlah. Portion pun besar. Tapi dari segi rasa memang sedap dan puas makan. ...

SUSHIKA: Susyi Ala Malaysia

Hari tu, adik ipar ada bawak susyi. Tapi lain macam susyinya. Besar. Dan ada susyi sambal pulak. Haha Rupanya versi Malaysia punya susyi. Intinya dimasak dulu. Dan siap dihias memang beria. Setiap satu susyi pulak didatangkan dalam roll yang dah siap dipotong. Senang la nak makan. Yang adik beli, susyi sambal, susyi udang dan susyi sotong. Yang sambal tu dah macam nasi lemak pun ada tinggal tak ada ikan bilis kacang aje. Inti dia sambal, telur dadar, timun. Ni ok, sedap gak cuma sambal dia agak pedas. Susyi udang yang ada oren-oren kat atas tu. Telur ikan kot. Macam ada cheese jugak agaknya. Yang ni tak pedas. Dia ala lemak berkrim yummy gitu ha. Susyi sotong yang ada daun salad terjojol tu. Dia pakai sotong kurita. Marvellous juga rasanya. Ini pun tak pedas. Overall, sedap dan agak puas hati. Sesuai kalau nak buat makan reramai. Sorang kalau nak hadap benda ni memang kekenyangan macam ulor sawe la. Sekeping susyi tu besar gak potongan dia. Actually 2-3 keping pun agak kenyang ...

Nasi Arab Sedap di Restoran Zam Zam Seksyen 9 Shah Alam

Semalam, ada rezeki dinner kat Restoran Zam Zam, yang sediakan arabic food. Teringin nak makan nasi arab. Kalau tak masak sendiri guna pek nasi arab Al Bayt tu, kat sinilah jadi pilihan nak makan nasi arab sedap. Walaupun ada banyak restoran nasi arab, rasanya sekarang ni lagi bercambah dengan pesat, bagi saya dan husband, kat sini jugaklah yang paling kena dengan selera kitorang. Semalam order mandy ayam, kabsah ayam, grilled chicken, mushroom soup. Air pulak, barbican strawberi, watermelon juice dan honeydew shake. Alhamdulillah makan dengan jayanya semalam, habis licin semuanya. Anak-anak pun kemain tak berenti bercakap dalam restoran, excited sungguh, agaknya satu restoran tu dengar suara diorang je. Hehe. Gambar makanan hanya sempat snap mandy dan kabsah ayam je sebab tak menyempat dah nak makan. Haha. Maklum la dengan kanak-kanak ribena ni, tangan tu cepat sangat nak mencapai apa yang ada depan mata. Jadinya ummi abah nye nak kena bertindak pantas la. Ok berkenaan menu kat re...