Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Journey MRSM

Dobi Anak Asrama

Selain anak, mak ayah pun ada pengalaman baru jugak bila anak ke asrama. Jadi sama-sama belajar, sama-sama adjust dan arrange banyak benda. Lagilah kalau ditempatkan kat kawasan yang kita tak biasa. Awal dulu, sebab tak biasa, merata ceruk cari kedai dobi. Kadang tu memang penuh sebab pekan/bandar tu ada jugak boarding school lain jadi mak ayah semua pun sama je busy angkut baju busuk anak nak didobikan. Haha Dobi pun kalau sabun wangi ke tak ke, mesin pun agak uzur ke janji boleh basuh, kering - on je lahhh Masa minggu orientasi, dan sebulan dua pertama, anak memang agak struggle nak urus laundry sebab kebanyakan bukannya pandai lagi.  Ada maktab/sekolah mesinnya pun bukan semua berfungsi baik atau belum ready untuk digunakan. Basuh tangan bolehlah tapi nak cari masa tu belum reti lagi. Kalau parents yang dekat memang biasanya akan kerap visit. Tujuan utama memang mendobilah hehe Parents boleh ajar anak dulu, lama-lama dia akan biasa. Pandailah dia uruskan laundry tu, kadang tu be...

Tahniah MRSM BP Cougars! Juara Super Schools Rugby 2025

Semalam telah berlangsung suatu kejohanan ragbi antara sekolah menengah elit di Malaysia. Kiranya sekolah yang layak masuk ni memang hebatlah. Sebelum ni, banyak juara dalam kalangan Sekolah Berasrama Penuh (SBP), sebab culture ragbi ni memang dah lama di sekolah premier macam ni.  Tapi lately MRSM pun dah mula aktif dan agresif join ragbi dan buat julung kalinya, tahun ni MRSM Balik Pulau jadi JUARA! Mak tumpang bangga jap jadi parents students MRSM. Hehe MRSM BP menentang Victoria Institution (VI) pada final di Putrajaya, Ahad lepas. VI (VI Blues) adalah juara Super Schools Rugby sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 2017 dan 2023. MRSM BP (MRSMBP Cougars) adalah MRSM pertama yang menjuarai SSR. Juara bertahan, SEMASHUR (SM Sains Hulu Selangor) juara tahun lepas 2024 dan 2019. Hebat gila weiiiiiii Kita boleh kata menang atau kalah tipis. Beza 1 mata saja! Tahun sebelum ni, paling sengit pun tahun 2017, beza 2 mata bila VI Blues menang dengan MCKK All Blacks (10-8). Memang mendebarkan ...

Almost is No Fun

Lebih 5 bulan dah sejak Abang Besar (AB) mendaftar kat MRSM. Dah lepas dah Exam Semester 1, baru dapat result. Alkisahnya, dia kurang puas hati result ni, yang katanya sipi-sipi je lagi nak layak Anugerah Penghormatan Pengetua (APP).  Almost is no fun . Betui sangat sebab lagi sikit je nak dapat tapi pada dasarnya tak dapat. Huhuuuu Down dah member. Mak yang jauh ni pun mampu nak layan kesedihan dia on the phone jelah. Itupun pinjam phone kawan, charger phone dia hilang. Huhu Begitulah kan. Kita rasa kita dah usaha sehabis usaha dah, tapi kenapa hasil tak menyebelahi kita. Masa tu, datanglah rasa jealous kat kawan-kawan yang nampak tak berusaha sangat pun tapi skor, kawan-kawan yang study biasa biasa je tapi result power - lumrah kita nak rasa down sebab kita dah usaha tapi result tak seperti yang kita dah harapkan. Menjadi pelajar yang average, Akak sebenarnya dah cukup bangga dengan result yang dia dapat tu. Pada Akak, bagus sangat dah memandangkan dia memang bukanlah yang top sc...