Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Review Drama

Review Drama: While You Are Sleeping (Korea)

Review Drama: While We Were Sleeping (Korea) Apa perasaan kita kalau ada kelebihan (atau keburukan?) untuk nampak perkara yang berlaku pada masa depan? Stres sebenarnya memikirkan - antara nak bertindak untuk mengelak musibah yang dipertonton dalam mimpi tu atau biarkan saja. Tapi dalam drama ni, happy endinglah. Bila mana insiden kemalangan, pembunuhan dapat dielak sebelum berlaku. Kisah pasal seorang wartawan (Nam Hong-ju) dan prosecutor (Jeong Jae-chan) dan anggota polis (Han U-tak) yang selalu mimpi benda yang melibatkan satu sama lain dan orang yang terdekat dengan mereka. Kita dapat belajar macam mana wartawan jenayah lapor berita - sama ada ikut bos, pendapat awam atau pendapat peribadi. Betapa powerful berita yang wartawan atau stesen tv laporkan tak kiralah betul atau salah yang akan mempengaruhi pendapat orang awam. Prosecutor kadang² kena kerja lebih daripada biasa bila melibatkan kes rumit dan berprofil tinggi. Juga lawyer (Lee Yu-beom) yang licik, pandai ambik kesempatan d...

Kisah Peguam Wanita Zaman Joseon: The Tale of Lady Ok

Hari tu terpengaruh baca di group K-Drama yang kata drama The Tale of Lady Ok ni harus tonton. Sebagai orang yang mudah terpengaruh, Akak pun start tengok dan tak perasan rupanya drama ni ongoing, bukan dah complete the whole episode. Akak ni dahler jenis tak tahan sabar hehe. Kitonyo suko tengok bersambung-sambung marathon! Tapi sebab dah best, sabar je lah tunggu episod baru setiap Sabtu dan Ahad. Setakat ni dah separuh ditayangkan dan betul... memang BEST GILA! Kredit poster: Wikipedia Akak memang suka cerita Korea yang latar Joseon (zaman dulu-dulu) macam ni. Tapi yang lagi menarik drama ni banyak nau plot twist, memang tak jangka langsung. Itu yang membuatkan kita tertunggu-tunggu next episode tu! Kisahnya, Goo-deok, seorang hamba perempuan dalam sebuah keluarga yang taklah ternama sangat tapi berlagak nak mampuiiiiii. Anak perempuan tuan rumah tu punyalah eksyen, bongkak, dibuatnya Goo-deok macam tak ada nilai langsung. Hamba itulah yang buat segala-gala benda untuk dia, diperint...

Review KDrama : The Whirlwind (2024)

Sepanjang tengok drama ni, kalau tak tahan mulut, rasa nak maki mencar** je. Geram wei! Orang yang kita nampak baik, imej baik, cakap baik depan masyarakat, di sebaliknya tersimpan hati yang sangat busuk dan hitammmmmmm Asal hidup ko terlepas, lantaklah dengan apa cara sekalipun, peras dan guna segala kuasa dan duit yang ko ada - JANJI TAK DIHUKUM. Drama The Whirlwind ni, nak kata perebutan kuasa boleh juga la kot. Antara Presiden dengan PM. Sorang (yang lelaki, Presiden) dengan visi nak bersihkan politik Korea yang tercemar dengan macam-macam isu dan konflik sampai bunuh-bunuh. Sorang lagi (yang perempuan, PM) cuba sedaya upaya lindung konglomerat yang dok bagi duit dan sembunyikan kegiatan jahat dia dan suami sampai suami dia bunuh diri sebab tak sanggup nak hadap dah. Presiden, Park Dong-ho, berusaha sungguh-sungguh jadi Presiden sebab dia nak kuasa. Dengan kuasa tertinggi tu dia mampu kawal orang-orang bawahan yang korup. Tapi sangat tak senang ye. Mujur ada orang kanan dia yang ce...

Welcome to Samdal-ri: Antara Sinematografi Jeju, Staf Aniaya Bos dan Suami Terpaling Sedih

Korang yang pernah atau suka tengok Hometown Cha Cha Cha, mesti akan suka juga drama Welcome to Samdal-ri. Masih mengekalkan latar belakang Pulau Jeju, jadi yang pasti sinematografi memang cantik-cantiklah. Laut, hutan, rumah kampung dan kejiranan yang cakna tentang jiran masing-masing. Memang tak tahan betoi kalau satu-satu rahsia pecah. Dapat berita ke sorang mak cik bawang, pasanglah satgi esok satu kampung dah tau cerita. Haha Drama ni macam gabungan banyak cerita pulak akak rasa. Pasal peramal cuaca - macam Forecasting Love and Weather Pasal background Jeju - tentulah Hometown Cha Cha Pasal 5 sekawan yang rapat gila - drama Hospital Playlist, pun 4 lelaki plus 1 perempuan Cho Yong-pil - pun Hospital Playlist, sebab banyak lagu depa cover dalam drama ni, salah satunya daripada penyanyi lejen Korea ni   Setakat yang akak dah tonton ni, memang best.  Antara isu dalam cerita ni: 1. Setiap orang bersedih atas kehilangan seseorang. Tak semestinya pasangannya saja. Dalam cerita ...

Partners in Justice: Apabila Pakar Forensik dan Pendakwa Raya Bergabung

Akak layan movie ni sebab terpengaruh tengok satu dua episod di TV2. Sebab episod tu dah tengah-tengah memang tak tahu hujung pangkallah, tapi tertarik nak tengok sebab dia berkenaan sains forensik. Bedah mayat, penyiasatan kes jenayah yang melibatkan pembunuhan. Akak actually tak suka sangat kalau cerita yang bunuh-bunuh orang ni tapi sebab dia pasal forensic and medical, akak gagahkan jugak dekkk Poster Season 1 Kredit: IMDb Memang best oi! Dan baru sedar rupanya dah 2 season. Haha ending Season 2 sangat mengundang Season 3 ye. Tazzabarrrrr Kalau rasa Season 1 punya dah thrill, tengok Season 2...lagi double thrill. Plot twist gila Yang pasti tetap Dr Baek Beom terpaling function. Biasalah ala-ala Dr House la. Dia punya instinct saja yang menyelesaikan masalah. Hahaaaaa. Nama pun drama kannnn Tapi kalau jenis seram seram ngeri tu takyahlah tengok drama ni. Dia tunjuk mayat semua lagu tu ja, cuma blurkan sikit part sensitif. Tapi, yang kita boleh belajar, macamana rupa manusia selepas ...

Pelajaran Hidup dalam Daily Dose of Sunshine

Drama Korea, Daily Dose of Sunshine ni pada Akak, sangat membantu Akak belajar dan cakna dengan kesihatan mental sendiri dan juga orang di sekeliling. Drama Korea ini berkisar kehidupan jururawat dan doktor di Unit Psikiatri, Hospital Universiti Myungshin. Kisahnya, bagaimana jururawat Unit Psikiatri sendiri tiba-tiba didiagnos kemurungan (depression) dan kena masuk hospital bahagia (hospital mental) akibat terlalu terkesan dengan kes bunuh diri salah seorang pesakitnya. Jururawat tu, namanya Jung Da-eun, luaran nampak normal je. Dan dia memang ceria, layan pesakit semua baik dan lembut. Awal-awal episod, kita pun terbawa-bawa dengan vibe positif dia. Tahan sabar je dengan kerenah pesakit mental yang macam-macam. Sampailah satu ketika, dia tengah release tension karok dengan kawan dia, Song Yu-chan, tiba-tiba dia terlepas mic dan menangis kaw-kaw. Dah lah tengah layan lagu gembira. Terkejut si Yu-chan ni dah kenapa kawannya tetiba jadi lain macam. Yu-chan ni lelaki, kawan baik Da-eun d...

Oh My Venus

 Akak tertarik nak tengok K-drama ni sebab nak tengok cara kuruskan badan. Ahaks. Almaklum akak tengah nak mengurus ni, jadi ambik inspirasi sikitlah. Well, memang best dan banyak juga panduan yang boleh diikut. Antara tip yang akak ingat: 1. Postur kena betul dan duduk/berdiri tengak seolah-olah ada orang tolak dahi rapat ke dinding. Untuk elak sakit leher gitulah. 2. Buat stretches sebelum tidur. 3. Jaga makan dan portion, eat clean. Wajib. 4. Kena exercise. 5. Kalau gemuk disebabkan sesuatu penyakit, kena ambil ubat yang perlu. Macam cliche je kan? Well, mana ada jalan senang nak kurus dek non. Konsepnya kurang kalori diambil, susutlah badan. Apapun jalan cerita ni menarik jugaklah. Dapat info pasal penyakit osteosarcoma (penyakit kanser tulang), hypothyroid. Konflik keluarga yang agak complicated tapi ending dia agak tak disangka. Jadi akak enjoy jugaklah. Pelakon dia pun best, hero dia So Ji-sub, heroin dia Shin Min-ah. Yang nak motivasi kurus tu, silalah layan drama ni okey!

Pengajaran Daripada K-Drama Vincenzo

Terhibur betul la tengok mafia yang kung kang kung kang bergaduh dengan villain tapi masih cool, steady dan segak dengan hanya minor injuries je. Dah la tu dia sorang lawan dengan segerombolan gangster. In the end masih kekal bergaya dan hensem. Haha only in dramas! Akak baru habis tengok Vincenzo.  Drama Korea dengan unsur Itali sikit. Alkisahnya orang Korea yang dah jadi warganegara Itali, balik ke Korea atas urusan yang bukan kaleng-kaleng. Dia pulak masa kat Korea keja apa, lawyer mafia. Pehh. Sepanjang kat Korea, dah macam macam pulak insiden berlaku yang menyebabkan dia terpaksa tinggal lebih lama disertai insiden yang luar jangka. Apa yang akak boleh simpulkan, melalui cerita ni: 1. Ada masanya kita terpaksa bersikap fleksibel. Mengikut situasi dan orang di sekeliling. Kalau berlaku perkara yang tak dijangka, terpaksa fikir alternatif lain untuk atasi masalah dengan cepat.  2. Jangan percaya seseorang 100%. Lagi-lagi kalau orang yang ada kepakaran atau kepentingan....

Pia, Drama Ramadan Meruntun Jiwa

Kau anak yatim piatu. Hidup berdua dengan adik yang OKU. Kahwin dengan jejaka yang suka kau dari kecil. Mula-mula janji nak jaga adik sama-sama, rupanya slow slow suami dok atur adik duduk di rumah jagaan. Kau nak pilih suami atau adik? Aduhai. Akak mulanya malas nak layan drama ni. Alah mesti kisah biasalah, orang OKU dipinggirkan ke entahnya kan. Tapiiiii.... Drama PIA ni tersangkut pulak tengok. Setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam di TV3. Kalau diikutkan mungkin macam jalan cerita yang biasa kita tengok. Anak yatim piatu, mak bapak sedara jaga selepas mak ayah meninggal. Sepupu tak suka. Ada pulak adik yang kurang sihat mental, kerap sawan. Kakaklah yang menjaga dari kecil sampai besar. Kakaklah segala-galanya. Sampailah si kakak bertemu jodoh. Jodohnya pun bukan orang lain, kawan diorang sejak kecil juga, yang sedia maklum keadaan adiknya. Yang boleh terima seadanya mereka berdua yang dah tak ada siapa-siapa. Kahwinlah mereka tapi tanpa restu ke...

Pok Ya Cong Codei

Akak tertarik nak tengok cerita Pok Ya ni bila nampak Tuan Syahril Kadir share di FB. Mesti lain dan special cerita ni. Dia jarang share pasal drama tv. Jadi akak cari kat Youtube. Ada! Masa tu lah, lepas tu dah kena delete kahkah Gigih akak tengok. Top up prepaid takut data habih. Haha Version yang akak tengok ni, orang tu rekod depan tv aje. Siap dengan iklan yang di-fastforward pun masuk sekali. Kira fefeeling tengok tv lah. Tapi taklah clear sangat. Sekadar boleh tengok. Semalam akak search kat Youtube, takde dah videonya. Tak merasa hasben akak nak tengok. Huhu. Nyosar pulak tak download hari tu. Apa yang best sangat drama ni? Yang paling buat orang tertanya, gapo dio Cong Codei ni? Lagu mana nak sebut? Actually Cong Codei tu Concorde. Hotel Concorde. Haha. Pok Ya orang kampung tak pandai nak sebut. Sumber: utusan online Seronok tengok cerita kisah masyarakat. Lagi kisah gangster underground macam dalam cerita ni. Dan setiap manusia wa...