Skip to main content

Pelajaran Hidup dalam Daily Dose of Sunshine

Drama Korea, Daily Dose of Sunshine ni pada Akak, sangat membantu Akak belajar dan cakna dengan kesihatan mental sendiri dan juga orang di sekeliling.





Drama Korea ini berkisar kehidupan jururawat dan doktor di Unit Psikiatri, Hospital Universiti Myungshin. Kisahnya, bagaimana jururawat Unit Psikiatri sendiri tiba-tiba didiagnos kemurungan (depression) dan kena masuk hospital bahagia (hospital mental) akibat terlalu terkesan dengan kes bunuh diri salah seorang pesakitnya.

Jururawat tu, namanya Jung Da-eun, luaran nampak normal je. Dan dia memang ceria, layan pesakit semua baik dan lembut. Awal-awal episod, kita pun terbawa-bawa dengan vibe positif dia. Tahan sabar je dengan kerenah pesakit mental yang macam-macam.

Sampailah satu ketika, dia tengah release tension karok dengan kawan dia, Song Yu-chan, tiba-tiba dia terlepas mic dan menangis kaw-kaw. Dah lah tengah layan lagu gembira. Terkejut si Yu-chan ni dah kenapa kawannya tetiba jadi lain macam.

Yu-chan ni lelaki, kawan baik Da-eun dari kecil dan jiran sebelah rumah.

"Saya tak okey," jawabnya bila Yu-chan tanya apa kena dengan dia. Heran kawan tu, padahal selama ni dia tengok Da-eun ok je, pergi balik kerja, makan, hangout, bergurau.


Jung Da-eun
Sumber: Youtube



Itulah bahayanya sakit mental ni, pesakit sendiri selalu tak perasan atau tak sedar pun. Ada tu, living in denial (tak mengaku). Kalau dah teruk sikit, mungkin orang terdekat boleh perasan perubahan diri kita yang tak normal. Tapi kalau orang tak perasan atau orang tak ambil peduli? Camno?

Penyakit tu akan 'makan dalam' takut lama-lama dah terlambat dan susah dirawat.

Dalam drama ni, diorang highlightkan apa punca orang sakit mental, apa tindakan dan rawatan yang perlu kalau kita nampak orang yang lain macam atau bermasalah, seterusnya apa langkah yang perlu dibuat untuk atasi atau kurangkan gejala yang boleh membahayakan diri.

Pesakit mungkin susah nak sembuh, dan kena bergantung lama dengan ubat. Namun, yang penting, kena tahu kawal diri dan emosim, paling penting kena makan ubat ikut jadual.

Ada jenis penyakit yang pesakit mampu lawan atau boleh berusaha untuk lawan.
Ada penyakit yang memerlukan rawatan berterusan dan ada penyakit yang boleh dikawal dengan terapi yang bersesuaian.

Banyak sebenarnya isu yang diketengahkan dalam drama ni. Kebanyakannya Akak rasa sangat relate dengan kehidupan seharian kita. Cuma mungkin jadi serius atau tak sahaja.

Jadi, untuk jaga kesihatan mental kita, boleh ikut saranan ni:

1. Belajar pentingkan diri sendiri. 

Maksudnya, utamakan diri sendiri dahulu sebelum orang lain. Kita jaga diri kita dulu. Jaga makan, rehat dan buat perkara yang kita suka. Ambil masa untuk diri sendiri. Berehat dan cuti dari kerja jika perlu atau keadaan yang terlalu menekan. 


Min Deul-re
Sumber: X.com



Buang perkara yang mengganggu kehidupan dan emosi kita. Kalau dalam situasi jururawat Deul-re, emaknya punca hidup dia terganggu. Di tempat kerja, depan rakan sekerja dan pesakit, dia nampak sangat sangat normal. Dia juga disebut-sebut layak menggantikan Ketua Jururawat atas dedikasinya dia bekerja.

Prestasi kerjanya cemerlang, emosi dikawal dengan baik depan pesakit - nampak macam tak ada apa-apa yang pelik pun.

Di sebaliknya, banyak sangat bebanan emosi yang dia kena tanggung.

Emaknya guna namanya untuk buat pinjaman bank (banyak bank pulak tu!) untuk pi berjudi tapi dia yang kena tanggung bayaran balik. Sampai satu tahap akaunnya dibekukan sebab tunggakan banyak. Stres gila!

Lepas tu, pantang emaknya tau boyfriend dia orang kaya, dan-dan tu minta duit. Boyfriend dia doktor psikiatri di situ, kerja sama-sama. Emaknya siap datang ke hospital minta duit, punyalah muka tak malu.

Ibu bapa macam ni memang toksik gila. Memang logik anak buang ibu bapa macam ni tanpa prejudis. Anak jadi benci.

Lepas dia 'buang' mak dia dan mula cari arah hidup sendiri, dia lebih tenang. Untung juga doktor psikiatri yang jadi boyfriend dia. Doktor tu yang slow slow ajar dia hidup normal.

2.  Cari cara untuk lepaskan stres.

Ada orang menulis untuk release stres. Ada yang perlu bercakap. Ada yang lega lepas tengok movie atau baca buku. Ada yang kena luahkan dan bercakap dengan seseorang. Ada yang perlu masa bersendirian. Ada yang happy lepas makan sedap-sedap. Ada yang lega selepas bersenam.


Jururawat di Unit Psikiatri
Sumber: butwhytho



Cari benda yang boleh buat kita gembira. Sekurang-kurangnya stres tu tak berpanjangan dan kita lebih rasional untuk bangkit.

Untuk Muslim, boleh cuba buat amalan kerohanian, minta Allah kuatkan hati dan lorongkan kepada benda yang terbaik untuk kita.

3. Pergi hospital dan terima rawatan.

Bukan senang ye nak mengaku kita ada masalah mental. Kita akan fikirkan kita ni normal je, lama-lama ok lah, buat apa nak pegi check. 

Tapi itulah, nak kena terima keadaan yang kita 'sakit'. Sakit yang bukan biasa, yang kadang-kadang kita memang tak sangka atau sedar. Jenuh juga ahli keluarga atau kawan terdekat nak pujuk. Stigma masyarakat kan.

Ubat dan rawatan untuk mengelakkan penyakit lebih teruk, yang paling takut membahayakan diri. Kalau dah pulih, doktor akan revise ubat dan rawatan.

Da-eun dan pesakit remaja
Sumber: kyahaha



Kalau ada kesempatan, tengoklah drama ni. Banyak yang kita dapat belajar dalam hidup seharian.

Tak semua yang kelihatan normal tak ada masalah. Kadang-kadang mereka lebih bahaya dan sakit sebab memendam dan tak mampu nak luahkan.

Perhatikan ahli keluarga dan rakan terdekat kita juga. Bertanya khabar dan beri perhatian.

Sakit mental lama-lama boleh jadi sakit fizikal juga.

Drama: Daily Dose of Sunshine
Tahun: 2023
OTT Media Service: Netflix


Comments

Popular Post

Resipi Sambal Tumis Tanpa Guna Cili Giling atau Cili Kisar

Pernah tak rasa nak makan sambal tumis tapi takde stok cili giling atau tak sempat nak blend cili kering kat dapur? Saya pernah. Tapi kes saya sebenarnya cari cili giling siap kat kedai tapi tak ada. Jadi dapatlah idea lain. Nak jugak masak sambal sebab masa tu dah janji dengan husband. Pusing punya pusing 1 Speedmart tu tak ada satu pun cili giling. Macamana ni...saya dah tak kuasa nak pi kedai lain. Tup tup ternampak serbuk cili. Agaknya boleh guna ni kot. Tengok kat belakang peket ada resipi sambal tumis ikan bilis.   Gambar hiasan Boleh ke ni? Rembat ajelah dulu. Nak cuba. Mana tau sedap ke. Maka balik rumah saya cuba masak. Tak yakin mulanya. Mesti tak sedap ni. Hah punya lah negatif. Saya ikut aje resipi macam yang dicadangkan. Sampailah akhirnya...eh. Nampak ok macam sambal biasa. Rasa pun sedap jugak. Yay! Berjaya buat sambal tumis akhirnya. Dan boleh je masak sambal tumis tak payah guna cili giling atau cili kisar. Haaa. Apakah lagi alasan yang membuatkan kita tak p...

Scan Baby di Klinik Ajwa Shah Alam

Di Shah Alam ni, banyak juga klinik yang ada servis scan baby atau check up pregnancy.  Akak check up biasa kat Klinik Kesihatan gomen, kat Klinik Desa dekat dengan rumah ni. Tapi sebab KD takde scanner, maka akak kena pegi GP (general practitioner) atau klinik swasta untuk scan baby. Oh, klinik gomen kalau yang bertaraf klinik kesihatan ade je scanner. Cuma nak kena set appointment awal dan selalunya ramaiiii. Maka terpaksa lah husband akak melaburkan sikit duit consultation dan scan baby tiap-tiap bulan kat GP. Akak memang kena scan baby each month sebab akak ada GDM. Kena monitor growth baby, takut besar sangat atau kecik sangat. Setakat ni alhamdulillah. Growth dan berat nampak ok, selari dengan umur dalam kandungan. Mak dia je naik berat sikit. Heh. Sebelum ni, akak biasa pegi Klinik Sofia kat Seksyen 23. Rujuk entri pos kat SINI . Tapi sebab ada satu hari tu, akak pegi Klinik Sofia tapi doktor yang in charge tu tak buat scan. Alamak, klinik mana pulak akak ...

Cara Nak Tahu Kalau Anak Salah Urat/Demam Urat

Beberapa minggu lepas, banyak aktiviti luar. Berturut-turut. Disebabkan anak-anak pun keluar masuk kereta aircond, kena panas terik kat luar... masing-masing pun tak berapa sihat minggu lepas. Yang si abang nak hampir bengkak tonsil, yang adik dedar-dedar. Adik tu dengan demam uratnya dengan nak tumbuh giginya, dengan tak sabar nak meniarap hari-hari tu yang kejap panas kejap sejuk badan dia. Tapi yang pasti memang demam atau salah urat sebab bahagian atas pinggang panas, bahagian bawah sejuk. Gitu lah simptom salah urat kat budak-budak. Ini pun belajar daripada mak mertua masa anak sulung dulu la. Pernah sekali apsal kepala sampai pinggang je panas tapi kaki sejuk budak ni. Orang muda mana nak tahu. Lepas tu bawak pergi urut lah. Kami sekeluarga ni memang dah biasa guna khidmat sorang wak urut kat Sepang. Wak ni pandai urut baby dan budak. Orang lepas bersalin pun dia urut. Jadi kami anak beranak memang selalu juga lah berurut dengan dia. Masa anak sulung dulu, belum setahun umu...