Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Journey Homeschooling

Cara Ajar Anak Buat Mufin Mudah

Kalau nak ajak anak sama-sama ke dapur, rasanya yang baking baking macam ni paling mudah dan anak seronok kot. Anak Akak beli 1 peket premix mufin brand Noraini's kat Eco, nak buatnya senang sangat. Eloklah Akak pun hanya ada 1 oven toaster (kecik aje), so bolehlah anak belajar bakar mufin. Cara akak ajar anak bakar mufin mini: 1. Panaskan oven toaster (suhu 170'C) selama 10 minit. Suruh anak pusingkan tombol suhu.  2. Sediakan 1 mangkuk besar atau besen. Minta anak sukat minyak masak/butter cair dan gula (ikut sukatan pada paket premix tepung) - anak dapat belajar asas matematik 3. Ajar anak pecahkan telur di bekas lain (untuk check telur ok ke tak) kemudian masukkan dalam mangkuk yang ada minyak dan gula tadi. 4. Bagi anak senduk atau pemukul untuk gaul 3 bahan tadi sampai sebati. Anak belajar untuk kawal ramuan supaya tak tumpah keluar, belajar gaul semua bahan. 5. Minta anak masukkan tepung premix sikit demi sikit. Gaul lagi hingga sebati. 6. Sediakan loyang kecil, suruh an...

Projek Sains Tahun 6, Pengawetan Makanan (Mengawet Cili dan Ikan)

Throwback projek Abang Besar masa Tahun 6 dulu - tajuk Pengawetan Makanan.  Cikgu Sainsnya minta awetkan cili dan ikan, jadi kami sama-sama pegi shopping cili dan ikan gelama. Kaedah pengawetan pertama: Pengeringan Akak letak je atas tray macam ni untuk dikeringkan. Kena jemur tengah panas, tapi masa ni musim hujan dan banyak mendung. Kalau ada matahari terik tu, baru bawak keluar jemur bagi cepat kering. Kaedah ni dah tentulah nak hasilkan cili kering. Kaedah pengawetan kedua: Penjerukan Hiris cili, masukkan dalam bekas yang boleh ditutup. Tambah cuka, gula dan garam, pastikan cili terendam. Hasilnya cili jeruk. Sedap makan kuetiau goreng hehe Cuka 1 cawan kot (anggaran) Garam 1 sudu  Gula 2 sudu Cili (kalau hijau lagi sedap) 2-3 batang Kaedah pengawetan ketiga: Pembekuan Isikan cili dalam plastik. Simpan dalam peti sejuk beku.  Bagus juga kaedah ni. Cili tahan lebih lama, cuma kalau nak guna, untuk hiris-hiris dia mudah hancur melainkan dihiris masa beku. Kalau dah defr...

Aktiviti Cuti Sekolah: English Worksheet by Teacher Fiera and Miss Ash

Kalau nak anak-anak seronok buat latihan English, boleh cuba worksheet yang dibuat oleh Teacher Fiera dan Miss Ash. Contoh soalan oleh Teacher Fiera. Contoh latihan oleh Miss Ash. Kat sekolah anak-anak Akak pun guna latihan daripada cikgu berdua ni juga kadang-kadang. Pernah dulu memang buku kerja tu beli yang Teacher Fiera punya.  Akak sendiri pun suka guna sebab jelas, menarik dan anak mudah faham. Tulisannya cukup besar, grafiknya pun sesuai dengan anak-anak. Latihannya pun anak mudah nak faham, ruang jawapan pun cukup besar nak menulis. Selain tu, silibus memang ikut buku teks, jadi anak-anak patut biasa je belajar sama macam kat sekolah. Akak download versi pdf yang percuma saja. Tapi kalau nak latihan yang lebih banyak dan komprehensif boleh je beli buku cikgu-cikgu ni. Boleh tengok info di website Teacher Fiera dan Miss Ash . Boleh join channel atau media sosial diorang untuk tahu perkembangan, nak beli buku atau nak guna mana-mana bahan bantuan mengajar untuk English. Nak ...

Aktiviti Cuti Sekolah: Kem Muslim Superb

Nasib baiklah kem untuk anak-anak dibuat pada minggu pertama cuti sekolah. Jadi tak adalah diorang malas-malas sangat sebab belum nak vibe cuti tu kan. 4 hari anak hadir ke Kem Muslim Superb ni, tempatnya di Sekolah Rendah Islam Integrasi Az- Zikri, Puchong Permai. Tempatnya selesa, ustaz dan ustazahnya okey, yuran kem pun alhamdulillah berpatutan untuk 4 hari. Seronok anak-anak kata. Banyak input, ilmu baharu, kawan-kawan baharu, kemahiran baharu. Balik je macam-macam cerita. Alhamdulillah, ada juga pengisian bermanfaat dalam cuti ni. Belajar masak menu yang simple (kek batik, cornflakes madu, lempeng), pengurusan jenazah, asas memanah, solat Dhuha, asas akhlak, bengkel jawi. Sebenarnya tempat kem ni, sekolah rendah islam integrasi. Baru je buka.  Kalau nak hantar anak ke sekolah yang ajar silibus KPM dan JAIS sekaligus, bolehlah hantar ke sini. Tapi buat masa ni untuk Tahun 1 dan 2 je dulu.  Senang kat sini sebab sekolahnya dekat dengan kedai (Mr DIY, 99 Speedmart, 7-Eleven,...

Aktiviti Cuti Sekolah: Jadual Harian Semasa Cuti

Anak-anak dah selesai Kem Muslim Superb selama 4 hari minggu pertama cuti sekolah. Jadi, minggu kedua ni, Akak kena plan sendirilah apa yang diorang nak kena buat di rumah. Memang dah lama husband kata buatkan jadual untuk anak-anak, kalau tidak memang ke laut lah masing-masing mengadap game dan Youtube saja *sigh* Akak ada juga save jadual kawan-kawan lain yang diorang buat untuk anak-anak diorang, so Akak adalah idea sikit. Buka Canva, pilih template 'kids schedule' yang paling berkenan. Zup zap masukkan semua yang Akak nak anak buat, print. Ha settle. Anak-anak pun hairan macam mana cantik sangat jadual diorang ni siap ada nama masing-masing. Haha the power of Canva kan. Apa susah... Akak print colour, then tampal depan  pintu bilik. Diorang tak tentu hala nak buat apa, akak suruh refer jadual, senang. Sebenarnya panduan untuk Akak sendiri juga. Kadang-kadnag Akak pun ralit dengan kerja sendiri, anak-anak terkontang-kanting last sekali cuti sekolah habis macam tu je.  Ini c...

Taman Rekreasi Putra Heights

Nak bawa anak-anak riadah ni, paling best pi taman rekreasi. Taman-taman sekarang dah banyak yang sediakan trek yang selamat, equipment macam kat gimnasium, ada taman yang terjaga elok jadi kita nak bawa anak pun rasa selesa. Kat Taman Rekreasi Putra Heights ni, cantik pun ya sebab dia naik ke bukit sikit. Jadi view dia agak saujana mata memandang. Sebelahnya Masjid Putra Heights. Kat sini, kemudahan macam court ni basketball, futsal ada cuma kurang terjaga. Tiang gol berkarat, court pun tak diselenggara ada yang pecah, berlumut dan licin. Tapi masih boleh guna secara runcit-runcit. Tapi laluan pejalan kaki dan pokok-pokok, taman permainan ok je. Selalu nampak ada pekerja dok buat pembersihan dan maintenance. Toilet pun ada. Parking pun agak mudah (kalau weekdays), kalau weekends agak penuh. Ada beberapa hari anak-anak direhatkan dari sekolah, jadi akak heret diorang buat aktiviti luar. Seronok lah depa dapat release tenaga. Lagipun tak ramai orang, dapat guna court senang hati, parkin...

Mengaji di Rumah

Anak-anak akan belajar mengaji Muqaddam dan Quran dengan ustaz seminggu sekali. Sebelum ni, seminggu 3 kali, tapi sebab anak nombor 1 akak ada tuisyen online malam yang clash dengan jadual mengaji, jadi seminggu sekali sajalah. Lain hari, diorang mengaji dengan akak kat rumah, biasanya lepas solat Maghrib. Selalu, akak kena jerit juga "Mai mengaji lekaihhhhhh!" Tapi malam ni, akak sebenarnya dah terlewat sikit solat Maghrib, ingatkan takpelah skip mengaji malam ni. Sekali elok akak habis solat, anak-anak dah sibuk nak mengaji berebut siapa dulu. Diorang dah macam automatik lepas Maghrib kena mengaji. Kadang tu sanggup mengaji kat rumah sebab tak nak mengaji dengan ustaz. Ala.. ustaz garang dan tegas sikit... ustaz kat kampung. Tapi akak suka sebab cara ustaz tu mengajar anak-anak ingat. Agaknya teknik dia mengulang banyak kali, jadi ingatan tu lama dalam otak. Banyak juga improvement, sebab tu tak berhentikan, cuma kelas berkurang ajelah. Mengaji kat rumah ni, sempoi-sempoi a...