Seminggu ni, alhamdulillah mampu bangun sebelum Subuh. Saya taklah kata saya bangun jam 5 pagi setiap hari tapi setakat seminggu ni, memang sebelum jam 5 tu sebenarnya saya dah automatik terjaga (walaupun belum melompat dari katil...ahaks). Betul. Bila kita buat sesuatu memang lebih baik secara berkumpulan. Bukan tak boleh sorang-sorang tapi kadang-kadang kalau terbabas atau tersasar kita sukar nak get back on track. Manusia hari-hari perlu motivasi. Carilah sumber motivasi anda. Saya join group Kelas 5 Pagi , initiated by Kak Aishah Amin . Sebenarnya sebelum tu lagi saya memang cuba nak buat tapi selalu sangattttt terbabas. Agaknya tak cukup kental lagi tu. Dan sekarang yang paling best adalah kami sama-sama buat (saya dan suami). Kadang tu dia lagi awal bangun. Hehe. Nak tak nak bini kena la bangun sama ye tak. Sebenarnya, banyak sangat manfaat bangun awal pagi macam ni. Tambah lagi untuk saya yang ada anak kecik ni, sangat membantu saya buat kerja-kerja rumah sementara...
Everything worth sharing, it's here.