Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kesihatan Anak

Simptom Anak Bengkak Tonsil (Tonsillitis)

Sejak semalam, badan anak panas-panas. Aih demam pulak budak ni. Tapi abang dengan adik dia ok. Bibir kering sampai bengkak sikit, mata pun kuyu je macam sembab pun ada, nafas dan mulut dia berbau. Ni macam sakit tekak - tonsil bengkak ni. Panas pun kat leher dengan kepala je. Kaki tak panas. Malam, dua tiga kali bangun nangis-nangis. Gamaknya ada mukus tersangkut kat ruang antara hidung dengan mulut. Hidung tersumbat. Nak bernafas biasa tak boleh, bernafas kot mulut. Minum air pun sikit-sikit saja. Makan tu makan tapi ada yang muntah. Rupanya tak selesa nak menelan. Huhu kesian anak ummi. Nak baring pun atas riba ummi, nak berdukung dengan abah. Jadinya pagi ini bawak dia ke klinik. Dokter check tekak, muka dokter lain macam. Ya Allah puan, besarnya tonsil dia bengkak ni. Sikittt aje ruang untuk telan... Aduhai anak, cemana la hang makan biskut pagi tadi dengan tekak camni... huhu mesti sakit. Yang ummi pun tak teringat nak bagi bubur, padahal ada je tadi. Haih. Dokter kata...

Bila Anak Ekzema

Pagi tadi, akhirnya ke klinik jua bawak anak bujang nombor 2 tu yang sebelum ni dok gatal, naik ruam, merah-merah kulitnya. Sebenarnya dah ok sikit tapi tetap nak bawa jumpa dokter untuk sahkan dan nak ambik ubat. Skarang ni we ols selalu pi KK je, since dekat bangat dengan rumah. Dan most of the time ubat KK serasi dengan anak-anak. Dapat consultation dokter yang ok, memang rezeki la. Tapi actually jarang sangat pun dapat dokter yang kerek. Biasa dapat dokter yang friendly, kita tanya apa pun dia jawab dengan tenang dan gembira. Haha Dan tadi bila jumpa dokter, memang pun dokter kata kulit anak dah nampak kering dan tak teruk sangat. But still it is considered as eczema. Kan ekzema ada banyak jenis. And as usual memang tak dapat dipastikan tiap-tiap ekzema tu puncanya apa. Tapi hati-hati if ada keturunan asma atau ekzema ni, memang boleh menurun ke generasi. Punca lain boleh jadi habuk dari karpet, tilam, sarung bantal, cadar segala. Boleh jadi alahan makanan macam seafood dan jaj...

Terrible Two is Coming

Teks: Zaila Hafni Bujang nombor dua ni, sungguh-sungguh menguji dan mencabar kesabaran dan keimanan akak sebagai seorang mak yang cool dan tenang selama ni. Hari-hari ada saja benda yang dia explore yang membuatkan jantung akak nak gugur terhempas ke lantai dan mengundang suara halilintar dari mulut. Sumber: Kidspot Huhu kesian beliau. Sejak akhir-akhir ni, emosi akak sukar dikawal sikit. Dia dalam fasa Terrible Two gitu kaedahnya. Perangai budak yang umur 2 tahun ke atas, memang normalnya begitu. Dia punya exploration, tantrum -- hang memang kena sabaq banyakkkkkk sangat. Sumber: Google Bila dia mood ok, memang comel sangatlah. Mai mood nak tido, nak nenen, mengamok dengan abang dia - Allahurobbi. Jerit sampai terasa gegendang telinga bergetar tertampar berpuluh kali ganda. Dia punya clingy, hang nak berjalan pun payah dek dipeluk kaki kuat-kuat. Marah sangat, dia pi switch off standing fan (dia tau orang sangat annoyed sebab panas), dia cucuk-cucu...

Penawar Ekzema Baby

Minggu lepas, habis badan baby keluar biji-biji kasar. Tapi tak merah. Jadi tak tahulah dia gatal atau tak. So far tak nampak dia tergaru-garu. Ke saya yang tak perasan. Huhu Naik biji-biji kasar tu kat lengan, lutut, peha, perut, dagu ngan sebahagian pipi. Aduhai kesian kulit dia jadi macam tu. Sementara nak ke klinik, memang appointment KK nak cucuk 3 bulan, jadi 2 hari sebelum tu ikhtiar sapu krim Herbal Blend. Sapu nipis ajelah. Kulit kurang kasar tapi biji-biji tu tak hilang. Maka, masa pi KK tu jumpa dokter dan katanya ni macam ekzema. Errkkkk. Sudah. Sebab check up kat KK tapi macam KD,  diorang takde farmasi kat situ so kena pi KK lain untuk ambik ubat. Dokter ada bagi prescription untuk ambik ubat kat sana. Tapinya nak pegi bila... husband keja. So terperap la prescription tu. Kitorang consult kat gp untuk masalah tu for second opinion. Pegi Klinik Sofia. Klinik yang selalu pegi untuk scan baby dulu. Dr yang incharge masa tu Dr Faizal. Dia check kulit baby, memang ekz...

Sunat Baby Girl di Klinik Ajwa Shah Alam

Teks: Zaila Hafni Masa baby umur 2 bulan hari tu, baru sempat sunatkan dia. Alhamdulillah, kat Shah Alam ni ada satu klinik yang taklah jauh dari rumah yang ada perkhidmatan sunat baby girl. Kami pilih untuk ke Klinik Ajwa di Seksyen 7 Shah Alam. Sebelum ni pernah pergi Klinik Ajwa Seksyen 15 Shah Alam je, untuk scan 2D baby. Nak sunatkan baby, firstly call klinik dulu. Ni untuk pastikan doktor yang incharge sunat baby girl tu ada. Macam kami hari tu, doktor yang incharge hanya available hari Rabu dan Sabtu, jam 8 pagi hingga 2 petang. Jadi boleh lah walk in ke klinik pada hari dan waktu tu. Tak payah appointment. Kami pergi hari Sabtu, sampai di klinik dah hampir pukul 1 petang. Ramainya orang, subhanallah. Dalam hati dok kata pukul berapa la sampai giliran ni. Dahlah terkial-kial berdua je ngan baby. Husband tunggu dalam kereta dengan anak-anak bujang. Kat klinik ni, masuk je akan terus ke triage untuk saringan. Kalau baby, check temperature, demam ke tak. Timbang berat juga. K...

Apa Nak Buat Bila Anak Batuk & Selsema?

Anak-anak batuk dengan selsema sehari dua ni. Berjangkit ummi la ni. Maka dengan itu, kelam kabut la jadinya jadual ummi, bertongkang pecahlah rumah. Mana taknya, si kecik tu sebolehnya nak menggantung saje. Orang tak sihat, macam gitulah. Serba tak kena. Biasanya kalau anak-anak selsema batuk ni, kitorang takde la terus pi klinik dulu selagi kahak jernih, badan tak panas dan bernafas macam biasa. Melainkan kahak dah bertukar kuning-hijau, on off panas badan nak demam, nafas laju, maka terpaksa bawak gi klinik lah bagi doktor check. Hari tu, si kecik ni nafas agak laju, risau pulak dibuatnya. Jadi bila pi klinik, doktor bagi neb seround. Lepas tu baru ok. Kalau nafas laju tu maksudnya ada kahak dalam saluran pernafasan, ganggu dia bernafas. Nak bernafas tak selesa. Yang risau takut kahak berkumpul lama-lama boleh jadi jangkitan. Bila neb tu, maksudnya wapkan hidung dan mulut anak dengan saline water (air garam), supaya kahak longgar dan legakan saluran pernafasan. Proses neb sekej...

Suplemen untuk Ibu Menyusu: Perlu Atau Tidak?

Terpulang pada individu. Keadaan kesihatan dan gaya hidup. Kalau mampu makan mengikut diet seimbang, dan istiqamah begitu - alhamdulillah. Itu yang sebaik-baiknya. Makan daripada sumber yang kurang tercemar atau lebih baik, organik. Maklumlah sekarang banyak makanan dah makin kurang zatnya, akibat memenuhi permintaan yang terlalu tinggi, jadi pelbagai proses dilakukan untuk memastikan bekalan sentiasa ada, yang mana kadangkala memusnahkan kandungan zat dalam makanan itu sendiri. Tak masuk lagi bab racun perosak atau yang sewaktu dengannya. Sebab itu disarankan makan makanan yang berunsur organik. Lebih sihat, cuma mahal sikit sebab kualiti berbeza, kan. Satu lagi, kenali gaya hidup kita. Jika rutin harian kita membuatkan kita selalu skip makanan atau mengamalkan cara pemakanan yang tidak teratur masanya, boleh juga mempengaruhi kesihatan. Atau seringkali makan makanan yang kurang menyihatkan. Dalam kuantiti berlebihan pula. Kesannya tak nampak sekarang, tapi masa akan datang. Boleh...

10 Kebaikan Asid Lemak Omega 3

10 Kebaikan Asid Lemak Omega 3 ♧ Meningkatkan kesihatan arteri jantung - kurangkan penghasilan plak dan darah beku dalam arteri. ♧ Mengurangkan paras kolesterol. ♧ Meningkatkan kesihatan sendi - mengurangkan masalah yang berkaitan dengan arthritis dan osteoarthritis. ♧ Meningkatkan kesihatan tulang - mengurangkan berlakunya 'bone loss'. ♧ Memperbaik kesihatan mental - individu yang kekurangan omega 3 berpotensi menghidapi kemurungan, skizofrenia, masalah pemakanan dan ADHD. ♧ Membaiki kesihatan kulit seperti akne dan psoriasis. ♧ Membantu kesihatan usus - mengurangkan keradangan usus. ♧ Meningkatkan kesihatan peparu - mengurangkan asma. ♧ Membantu kesihatan sewaktu haid - mengurangkan kesakitan semasa PMS dan ketika haid. ♧ Membantu mencegah kanser usus, payudara dan prostat yang dikorelasikan dengan kekurangan pengambilan omega 3. Dengan banyaknya kebaikan omega 3 ini dalam mempengaruhi kesihatan kita, tidak dapat tidak kita perlu mengambil inisiatif memasukkan sum...