Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Breastfeeding

Suplemen untuk Ibu Menyusu: Perlu Atau Tidak?

Terpulang pada individu. Keadaan kesihatan dan gaya hidup. Kalau mampu makan mengikut diet seimbang, dan istiqamah begitu - alhamdulillah. Itu yang sebaik-baiknya. Makan daripada sumber yang kurang tercemar atau lebih baik, organik. Maklumlah sekarang banyak makanan dah makin kurang zatnya, akibat memenuhi permintaan yang terlalu tinggi, jadi pelbagai proses dilakukan untuk memastikan bekalan sentiasa ada, yang mana kadangkala memusnahkan kandungan zat dalam makanan itu sendiri. Tak masuk lagi bab racun perosak atau yang sewaktu dengannya. Sebab itu disarankan makan makanan yang berunsur organik. Lebih sihat, cuma mahal sikit sebab kualiti berbeza, kan. Satu lagi, kenali gaya hidup kita. Jika rutin harian kita membuatkan kita selalu skip makanan atau mengamalkan cara pemakanan yang tidak teratur masanya, boleh juga mempengaruhi kesihatan. Atau seringkali makan makanan yang kurang menyihatkan. Dalam kuantiti berlebihan pula. Kesannya tak nampak sekarang, tapi masa akan datang. Boleh...