Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Set Menyusu

44 Days: Cara Pulihkan Luka Bersalin dengan Cepat

Saya sebetulnya ada lagi rasa trauma kalau fikir luka bersalin masa melahirkan anak pertama. Orang kata, biasa la anak pertama. Kita belum ada pengalaman dan 'jalan' pun belum ada. Jadi yang kedua ni, berharap sangat luka tak terlalu besar dan cepat baiknya. Alhamdulillah kali ni luka kecil saja dan makin pulih, sekaligus memberi ruang saya untuk sihat bertenaga lebih cepat. Hampir 2 minggu berpantang, saya dah boleh buat kerja rumah yang ringan-ringan dan mengendalikan baby. Kalau dulu... banyak urusan mak mertua lah yang tolong sebab saya tak boleh bergerak banyak dan nak bergerak pun sakit. Antara petua nak pulih luka bersalin dengan cepat (untuk episiotomi, bersalin normal bukan pembedahan): 1. Sapu / letakkan ubat kuning atau ubat luka. Ubat ni disediakan hospital. Pastikan kawasan luka kering dan dicuci dengan air suam. Lepas tu letak ubat pada kapas dan tekapkan pada luka. Atau nak cepat, boleh siram perlahan-lahan (untuk luka yang agak besar). 2. Jangan duduk ber...

Suplemen untuk Ibu Menyusu: Perlu Atau Tidak?

Terpulang pada individu. Keadaan kesihatan dan gaya hidup. Kalau mampu makan mengikut diet seimbang, dan istiqamah begitu - alhamdulillah. Itu yang sebaik-baiknya. Makan daripada sumber yang kurang tercemar atau lebih baik, organik. Maklumlah sekarang banyak makanan dah makin kurang zatnya, akibat memenuhi permintaan yang terlalu tinggi, jadi pelbagai proses dilakukan untuk memastikan bekalan sentiasa ada, yang mana kadangkala memusnahkan kandungan zat dalam makanan itu sendiri. Tak masuk lagi bab racun perosak atau yang sewaktu dengannya. Sebab itu disarankan makan makanan yang berunsur organik. Lebih sihat, cuma mahal sikit sebab kualiti berbeza, kan. Satu lagi, kenali gaya hidup kita. Jika rutin harian kita membuatkan kita selalu skip makanan atau mengamalkan cara pemakanan yang tidak teratur masanya, boleh juga mempengaruhi kesihatan. Atau seringkali makan makanan yang kurang menyihatkan. Dalam kuantiti berlebihan pula. Kesannya tak nampak sekarang, tapi masa akan datang. Boleh...