Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Set Pantang

Tip Berpantang Sendiri: Ambil Masa untuk Rehat

Memang tak dinafikan, susah nak berehat bila beranak kecil. Tambahan pula bila ada anak yang sudah besar. Tapi, mahu tak mahu kena lah berehat. Kena curi-curi masa dan dapat rehat sekejap pun tak apa dah kan. Kalau tak, mahu pening kepala satu hari. Dah tentu tidur malam dah terganggu sebab berjaga anak nak menyusu dan tukar lampin. Tu tak termasuk kalau baby meragam lagi. Jadinya, bila baby tidur, kita pun tidurlah sekali. Dapat lelap mata sekejap pun tak mengapa. Orang tua pun selalu pesan macam tu. Tidur sekejap masa anak tidur. Kalau tak, sampai ke sudah pun kita tak sempat tidur dan berehat. Walaupun rumah bersepah, biarkan dulu sekejap. Tutup mata lah orang kata. Bila cukup rehat, badan dan minda pun cergas sikit. Penting ni untuk kurangkan tekanan perasaan terhadap perubahan suasana baru. Kalau tak, mahu kelam-kabut dan mengundang palbagai masalah lain hingga tak dapat dikawal macam kemurungan. Emosi kena jaga, sebab tu kena cukup rehat. Posted via Blogaway

44 Days: Tamat Akhirnya

Hari ke 45. Alhamdulillah tamat sudah pantang kali ini. Satu pengalaman yang baru dan mencabar. Berpantang sendiri dan dalam masa yang sama menguruskan keluarga. Kalau tak tahan dugaan ni, memang boleh kemurungan ni. Saya hanya berpantang 3 minggu sahaja di rumah mak mertua. Selain kesian kat suami nak kena ulang alik selang 3-4 hari (jauh jugaklah Shah Alam-Sepang), saya juga tak mahu menyusahkan mak mertua saya yang juga mengasuh cucu. Jadi, kami ambil keputusan balik ke rumah lebih awal dan saya teruskan berpantang sendiri selepas meyakinkan suami yang saya boleh buat. Alhamdulillah. Habis juga akhirnya. Satu perkara yang saya sangat bersyukur sebab luka jahitan tak banyak. Luka pulih dalam seminggu dan saya agak bertenaga nak urus diri, anak dan baby. Kalau dulu, luka jahitan besar. Lama saya berpantang di rumah mak mertua. Beza sungguh pantang dulu dengan sekarang. Dan yang pastinya saya tak tinggal semua vitamin saya. Ibu berpantang dan menyusu, jangan abaikan pengambilan ...

44 Days: Cara Pulihkan Luka Bersalin dengan Cepat

Saya sebetulnya ada lagi rasa trauma kalau fikir luka bersalin masa melahirkan anak pertama. Orang kata, biasa la anak pertama. Kita belum ada pengalaman dan 'jalan' pun belum ada. Jadi yang kedua ni, berharap sangat luka tak terlalu besar dan cepat baiknya. Alhamdulillah kali ni luka kecil saja dan makin pulih, sekaligus memberi ruang saya untuk sihat bertenaga lebih cepat. Hampir 2 minggu berpantang, saya dah boleh buat kerja rumah yang ringan-ringan dan mengendalikan baby. Kalau dulu... banyak urusan mak mertua lah yang tolong sebab saya tak boleh bergerak banyak dan nak bergerak pun sakit. Antara petua nak pulih luka bersalin dengan cepat (untuk episiotomi, bersalin normal bukan pembedahan): 1. Sapu / letakkan ubat kuning atau ubat luka. Ubat ni disediakan hospital. Pastikan kawasan luka kering dan dicuci dengan air suam. Lepas tu letak ubat pada kapas dan tekapkan pada luka. Atau nak cepat, boleh siram perlahan-lahan (untuk luka yang agak besar). 2. Jangan duduk ber...

44 Days: Urutan Lepas Bersalin. Penting Ke?

Preparation menyambut ahli keluarga baru ni boleh kata agak kelam kabut bagi saya. Dengan shopping last minute, tu pun mujur banyak juga barang dan baju serta kelengkapan lain yang masih elok sejak anak sulung tak perlu dibeli baru. Tapi itu lah, sayu pulak tengok si adik baby ni pakai baju-baju lama si abang. Hehe. Ada jugak baju baru dia. Takde la tak beli langsung. Sama lah kes dengan tukang urut. Sebenarnya dah lama cari. Tapi biasa lah ada kekangan di sana sini. Kos pun antara satu faktor. Mahal atau murah, biarlah sesuai dengan pakej ye tak. Saya mintak biras tolong carikan, ada lah sorang. Tapi macam agak mahal dengan pakej yang dia tawarkan. Maka out. Alternatif lain, tukang urut yang biasa urut saya masa bersalin dulu. Tapi saya yang nak kena pergi ke rumah dia. Dan khabarnya makcik tu pun makin sukar dihubungi. Buatnya dah sampai depan rumah dia, dia tak ada. Sesia dan buang masa sahaja. Maka sekali lagi...out. Alternatif satu lagi. Nasib baik mak mertua saya teringat jir...

44 Days: Jaundis

Ok. Nampaknya tak terlepas juga anak kena jaundis atau sakit kuning. Tapi, alhamdulillah bukan sampai tahap kena warded. Yang sulung, memang umur 2-3 hari dah masuk wad duduk bawah lampu. Dan masa tu pulak saya memang hopeless dan macam depressed gila. Hasben yang uruskan. Saya nak jalan pun tak selesa. Luka jahitan sakit sangat. Anak saja di wad, saya dan hasben bermalam di hotel berhampiran sebab wad penuh. Maka anak memang dapat susu formula. Double sedih masa tu. Tapi alhamdulillah warded 1 malam je, dan kuning dia dah ok. Yang no 2 ni, jaundis baru nak start. Detect di muka dan dada, berdasarkan pemerhatian nurse klinik yang datang melawat. Nebes jugak takut kuning naik, tapi kali ni saya ngan hasben memang usaha lebih untuk pastikan tak sampai warded. Bacaan pertama 192. Masih tinggi sebab normal bacaan TSB kena bawah 150. Tapi tak perlu warded melainkan melepasi 225 (untuk baby usia 4-5 hari tak silap saya). Kalau umur lebih daripada tu, kena warded kalau bacaan TSB 300. Ta...