Skip to main content

Posts

Showing posts with the label pantang sendiri

Tip Berpantang Sendiri: Ambil Masa untuk Rehat

Memang tak dinafikan, susah nak berehat bila beranak kecil. Tambahan pula bila ada anak yang sudah besar. Tapi, mahu tak mahu kena lah berehat. Kena curi-curi masa dan dapat rehat sekejap pun tak apa dah kan. Kalau tak, mahu pening kepala satu hari. Dah tentu tidur malam dah terganggu sebab berjaga anak nak menyusu dan tukar lampin. Tu tak termasuk kalau baby meragam lagi. Jadinya, bila baby tidur, kita pun tidurlah sekali. Dapat lelap mata sekejap pun tak mengapa. Orang tua pun selalu pesan macam tu. Tidur sekejap masa anak tidur. Kalau tak, sampai ke sudah pun kita tak sempat tidur dan berehat. Walaupun rumah bersepah, biarkan dulu sekejap. Tutup mata lah orang kata. Bila cukup rehat, badan dan minda pun cergas sikit. Penting ni untuk kurangkan tekanan perasaan terhadap perubahan suasana baru. Kalau tak, mahu kelam-kabut dan mengundang palbagai masalah lain hingga tak dapat dikawal macam kemurungan. Emosi kena jaga, sebab tu kena cukup rehat. Posted via Blogaway

44 Days: Tamat Akhirnya

Hari ke 45. Alhamdulillah tamat sudah pantang kali ini. Satu pengalaman yang baru dan mencabar. Berpantang sendiri dan dalam masa yang sama menguruskan keluarga. Kalau tak tahan dugaan ni, memang boleh kemurungan ni. Saya hanya berpantang 3 minggu sahaja di rumah mak mertua. Selain kesian kat suami nak kena ulang alik selang 3-4 hari (jauh jugaklah Shah Alam-Sepang), saya juga tak mahu menyusahkan mak mertua saya yang juga mengasuh cucu. Jadi, kami ambil keputusan balik ke rumah lebih awal dan saya teruskan berpantang sendiri selepas meyakinkan suami yang saya boleh buat. Alhamdulillah. Habis juga akhirnya. Satu perkara yang saya sangat bersyukur sebab luka jahitan tak banyak. Luka pulih dalam seminggu dan saya agak bertenaga nak urus diri, anak dan baby. Kalau dulu, luka jahitan besar. Lama saya berpantang di rumah mak mertua. Beza sungguh pantang dulu dengan sekarang. Dan yang pastinya saya tak tinggal semua vitamin saya. Ibu berpantang dan menyusu, jangan abaikan pengambilan ...