Memang tak dinafikan, susah nak berehat bila beranak kecil. Tambahan pula bila ada anak yang sudah besar.
Tapi, mahu tak mahu kena lah berehat. Kena curi-curi masa dan dapat rehat sekejap pun tak apa dah kan. Kalau tak, mahu pening kepala satu hari.
Dah tentu tidur malam dah terganggu sebab berjaga anak nak menyusu dan tukar lampin. Tu tak termasuk kalau baby meragam lagi.
Jadinya, bila baby tidur, kita pun tidurlah sekali. Dapat lelap mata sekejap pun tak mengapa. Orang tua pun selalu pesan macam tu. Tidur sekejap masa anak tidur. Kalau tak, sampai ke sudah pun kita tak sempat tidur dan berehat.
Walaupun rumah bersepah, biarkan dulu sekejap. Tutup mata lah orang kata.
Bila cukup rehat, badan dan minda pun cergas sikit. Penting ni untuk kurangkan tekanan perasaan terhadap perubahan suasana baru. Kalau tak, mahu kelam-kabut dan mengundang palbagai masalah lain hingga tak dapat dikawal macam kemurungan. Emosi kena jaga, sebab tu kena cukup rehat.
Pernah tak rasa nak makan sambal tumis tapi takde stok cili giling atau tak sempat nak blend cili kering kat dapur? Saya pernah. Tapi kes saya sebenarnya cari cili giling siap kat kedai tapi tak ada. Jadi dapatlah idea lain. Nak jugak masak sambal sebab masa tu dah janji dengan husband. Pusing punya pusing 1 Speedmart tu tak ada satu pun cili giling. Macamana ni...saya dah tak kuasa nak pi kedai lain. Tup tup ternampak serbuk cili. Agaknya boleh guna ni kot. Tengok kat belakang peket ada resipi sambal tumis ikan bilis. Gambar hiasan Boleh ke ni? Rembat ajelah dulu. Nak cuba. Mana tau sedap ke. Maka balik rumah saya cuba masak. Tak yakin mulanya. Mesti tak sedap ni. Hah punya lah negatif. Saya ikut aje resipi macam yang dicadangkan. Sampailah akhirnya...eh. Nampak ok macam sambal biasa. Rasa pun sedap jugak. Yay! Berjaya buat sambal tumis akhirnya. Dan boleh je masak sambal tumis tak payah guna cili giling atau cili kisar. Haaa. Apakah lagi alasan yang membuatkan kita tak p...
Comments
Post a Comment
Ada soalan? Komen di sini.