Skip to main content

Posts

Showing posts with the label minyak ikan

5 Cara Atasi Mengantuk di Pejabat

Imej: livestrong.com Khamis! Ada jugak orang yang lemau dan lesu pada hari Khamis. Tak mesti Isnin, kan. Kenapa ya, kita rasa lesu, letih, mengantuk sewaktu kerja? Saya kira ni bagi mereka yang bekerja dalam pejabat, bagi mereka yang banyak kerja luar, mungkin letih dan lesunya berbeza. Kalau bekerja di rumah, lagiiiii la ada masalah macam ni. Lagi besar dugaan pulak tu. Kain kotor bertimbun, drama bersiri best kat tv, pinggan kotor penuh sinki, mainan anak bersepah kat ruang tamu....tu pun boleh buat letih lesu juga (bila tengok..hehe). Dipetik daripada WebMD.com, antara panduan yang boleh kita ikut untuk TIDAK RASA LETIH LAGI adalah: 1. Ambil sarapan.  Walaupun anda jenis yang kurang ambil sarapan atau tak berapa lapar sangat waktu pagi, makanlah walau sikit. Sebabnya, ada kajian mengatakan dengan mengambil sarapan dapat mengurangkan rembesan hormon stres (kortisol). Selepas sarapan, ambil suplemen B-Complex. Suplemen ni boleh bagi rasa lebih tenang dan meningk...

10 Kebaikan Asid Lemak Omega 3

10 Kebaikan Asid Lemak Omega 3 ♧ Meningkatkan kesihatan arteri jantung - kurangkan penghasilan plak dan darah beku dalam arteri. ♧ Mengurangkan paras kolesterol. ♧ Meningkatkan kesihatan sendi - mengurangkan masalah yang berkaitan dengan arthritis dan osteoarthritis. ♧ Meningkatkan kesihatan tulang - mengurangkan berlakunya 'bone loss'. ♧ Memperbaik kesihatan mental - individu yang kekurangan omega 3 berpotensi menghidapi kemurungan, skizofrenia, masalah pemakanan dan ADHD. ♧ Membaiki kesihatan kulit seperti akne dan psoriasis. ♧ Membantu kesihatan usus - mengurangkan keradangan usus. ♧ Meningkatkan kesihatan peparu - mengurangkan asma. ♧ Membantu kesihatan sewaktu haid - mengurangkan kesakitan semasa PMS dan ketika haid. ♧ Membantu mencegah kanser usus, payudara dan prostat yang dikorelasikan dengan kekurangan pengambilan omega 3. Dengan banyaknya kebaikan omega 3 ini dalam mempengaruhi kesihatan kita, tidak dapat tidak kita perlu mengambil inisiatif memasukkan sum...