Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Motivasi

Inspirasi Pandelela Rinong di Olimpik Rio 2016

Sebelum ni akak baca berita Pandelela Rinong menang pingat kat Olimpik Rio 2016, akak kagum jugak tapi tak hairan sebab dia memang haibat pun. Gambar: Yahoo Sports UK Tapi pagi ni, melintas artikel The Star pasal mak ayah Pandelela on the way nak ke Rio. Link artikel kat SINI . Wah, dalam pikiran akak, jenuh jugak mak ayah dia pi ke sana tu nak tengok dia perform. Yalah kan, Rio tu bukannya dekat macam kampung akak. Eh kampung hasben akak yang sejam dah sampai tu. Dan duit flight pun bukan sikit-sikit tau. Akak dok pikir berapa lama mak ayah dia kena simpan duit belanja dan duit tiket nak pegi Brazil nun. Punya hebat tak hebat mak ayah punya nak support anak. Tapi, bila kali sampaikat  satu paragraph dalam artikel tu, ada mention rupanya Pandelela dah memang plan nak bawak the whole family dia ke Rio. Siap rancang dari bulan Mac hari tu. Dia jugak yang belanja tiket flight ahli keluarga dia yang harga dalam RM9k seorang. Haa kau. Dia yang sponsor tiket ok. Pa...

Elak Rebah, Kekal Gagah di Trimester 3

Sekuat mana saya tahan rasa letih + penat + mengantuk saya ni, kadangkala saya terpaksa akur juga yang sebenarnya badan saya perlu rehat. Dengan perut yang dah makin ke depan, jalan pun tak boleh nak laju-laju dan cepat mengah -- perubahan fizikal yang nak ingatkan saya yang saya tak boleh nak bergerak macam sebelum-sebelum ini. Sekarang, nak drive pun rasa betapa penat, lagi mengadap kerja-kerja yang sama setiap hari yang harus saya bereskan sebelum saya bersalin. Bila saya Google tadi sebab saya rasa mengantuk dan letih sangat ni, barulah faham yang simptom begini lazimnya muncul semasa trimester 1 (memang keletihan melampau waktu itu) dan stabil semasa trimester 2 dan kembali pada trimester 3. Ye saya dalam trimester 3 dan dah tak lama dah nak bersalin (semoga Allah mudahkan urusan bersalin saya kali ni). Kalau saya baring ni, memang confirm terus lena. Hehe. Bila sampai ke penghujung ni, maklum la banyak benda perlu settle, banyak benda perlu fikir, kadang-kada...

Bagaimana Saya Meningkatkan Bacaan Hb Semasa Mengandung

Salah satu dilema ibu mengandung adalah bacaan Hb rendah. Apa dia Hb rendah tu? Senang nak faham, kurang darah. Hb tu hemoglobin. Hemoglobin ni peranan dia untuk angkut oksigen dalam darah. Maka kalau kurang hemoglobin, akan kuranglah oksigen yang diangkut dalam darah. Bila tak cukup oksigen, itu yang kita tengok orang yang Hb rendah ni selalu pucat, cepat letih, dan tak bermaya. Dan keadaan ni sangat bahaya untuk ibu mengandung. Sebab tu nurse dan doktor akan pantau betul-betul kalau bacaan Hb kita rendah. Berapa bacaan yang dikatakan rendah tu? Borderline reading adalah 11. Kurang daripada tu (9-10) memang kena top up dengan vitamin tinggi zat besi sebab mungkin kita tak ambik zat besi yang cukup dalam diet harian kita. Saya juga salah seorang yang tergolong dalam kategori yang Hb rendah di trimester pertama. Tapi bacaan borderline lah. Tidaklah sampai terlalu rendah. Rupanya selama ni yang saya selalu penat dan letih walaupun cukup tidur dan rehat, kerap rasa...

5 Cara Atasi Mengantuk di Pejabat

Imej: livestrong.com Khamis! Ada jugak orang yang lemau dan lesu pada hari Khamis. Tak mesti Isnin, kan. Kenapa ya, kita rasa lesu, letih, mengantuk sewaktu kerja? Saya kira ni bagi mereka yang bekerja dalam pejabat, bagi mereka yang banyak kerja luar, mungkin letih dan lesunya berbeza. Kalau bekerja di rumah, lagiiiii la ada masalah macam ni. Lagi besar dugaan pulak tu. Kain kotor bertimbun, drama bersiri best kat tv, pinggan kotor penuh sinki, mainan anak bersepah kat ruang tamu....tu pun boleh buat letih lesu juga (bila tengok..hehe). Dipetik daripada WebMD.com, antara panduan yang boleh kita ikut untuk TIDAK RASA LETIH LAGI adalah: 1. Ambil sarapan.  Walaupun anda jenis yang kurang ambil sarapan atau tak berapa lapar sangat waktu pagi, makanlah walau sikit. Sebabnya, ada kajian mengatakan dengan mengambil sarapan dapat mengurangkan rembesan hormon stres (kortisol). Selepas sarapan, ambil suplemen B-Complex. Suplemen ni boleh bagi rasa lebih tenang dan meningk...

Salam Maulidur Rasul 1436H

Sumber: Youtube & Google Salam Maulidur Rasul. Banyakkan berselawat ke atas Rasulullah. Jika belum atau jarang-jarang, mula sekarang. Yang dah biasakan diri, ganda-gandakan dan teruskan :) Kalau masa sekolah dulu, sambutan Maulidur Rasul sinonim dengan perarakan, alunan selawat dan pertandingan nasyid. Ye - saya dulu masuk kumpulan nasyid tau. Those good old days hehe. Sekarang ni, macam-macam jenis alunan selawat kita dapat dengar. Sedap pulak tu. Saya selalu dengar UNIC. Eh UNIC sekarang tak sama macam dulu. Lagu-lagu depa sedap tau. Sambil kita dengar, kita terikut sama. Tak sedar kita dok sama-sama ikut selawat. Moh sama-sama banyakkan selawat hari ini. Saya suka yang ini: Nota Syukur (Kelebihan Berselawat)

Wordless Wednesday #1 - Penenang Jiwa

Keep calm and lets selawat :)

Seronoknya Blog!

Hari ni seronok blogwalking. Banyak info yang saya dapat, dan bagaimana satu-satu blog tu menarik pembaca untuk terus membaca daripada satu entri ke satu entri.  Memang bukan semua penulis blog ada kemahiran atau bakat begitu, tapi skill tu boleh diasah dan jika dilakukan dengan konsisten, lama-lama kita akan biasa.  Jadi teruskan membaca blog-blog yang penuh info dan perkongsian dan di update selalu! Dengan membaca di blog, kita menambah ilmu dan pengetahuan. Kita tahu perkara yang sebelum ini kita tak tahu. Kita dapat memotivasi diri bila baca kisah kejayaan orang lain, dan berkongsi pengalaman yang sama.  Siapa kata tulis blog benda yang tak ada faedah? Kalau menulis benda yang sia-sia dan buang masa - itu yelah. Tapi kalau kita cerita pengalaman kita yang baik untuk orang lain tahu, kita pun dapat pahala berkongsi perkara yang baik. Tapi jangan lah sampai riak pulak. Banyak benda boleh tulis.  Tak ada idea? Banyakkan membaca dan blogwalking. Jangan asyik baca go...

Motivasi Jumaat

Carilah motivasi anda. Sama ada individu, persekitaran, lagu atau benda. Motivasi perlu dicari dan dipupuk. Dan perlu dibaja. Hilang motivasi, hilang semangat. Jangan biarkan ia hilang.

Try Me!

Kesan Team Building: The Avillion Admiral Cove, Port Dickson

Saya dah lama tak pi program-program macam ni. Dulu masa kat ofis lama pun, jarang ada. Tapi masa kat universiti dulu adalah. Bukan setakat team building, macam-macam program saya ikut.  Those good old days :) Saya dikira beruntung juga, sebagai staf yang agak baru, kemudian berpeluang ikut program macam ni. Sebelum ni, ofis ni belum pernah buat lagi (menurut staf lain). Memang mengujakan, pulak dibuat di hotel 5 bintang tapi sebenarnya pada awal diberitahu program ini WAJIB untuk semua staf, saya sangat berat hati nak pegi. Sebab mengenangkan anak yang saya tak pernah tinggalkan lebih daripada sehari. Program ni? 3 hari 2 malam! Tapi, suami kata, pegi saja. Insya Allah anak akan baik-baik saja nanti. Lagipun, anak saya ditinggalkan di rumah Wan (ibu mertua saya) dan suami saya sendiri turut sama jaga dia. Lega la sikit hati. Dan alhamdulillah, memang anak saya seronok sangat walaupun saya tak ada. Dia tak nampak, mungkin dia tak ingat la tu. Tapi yang paling saya tak boleh l...