Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Set Mengandung

It's 12 Days Away...

Menjelang minggu akhir sebelum bersalin, rasa macam-macam aje belum settle, belum siap. Saspen pun ada juga. Situasi pun lebih kurang sama macam abangnya, yang mana masa ini saya memang dah ada di rumah, bebas daripada kerja di pejabat. Home Office sajalah. Banding dengan abangnya dulu, tahap kesihatan sedikit berbeza. Dulu, seawal minggu 34-35 dah refer ke HTAR. Sebab songsang dan uri di bawah (placenta previa type I). Tambah lagi, ada GDM (kencing manis) dan PIH (darah tinggi). Dulu minggu-minggu akhir tu gilir-gilir la appointment HTAR dengan KKIA... tapi alhamdulillah selamat. Bersalin pada minggu 38, induced. Induced pun sebab warded awal (spotting) dan keadaan dah favourable untuk deliver. Tapi bukaan je tak naik-naik daripada 4 cm sampai 2 hari. Nama masuk waiting list bilik bersalin, iaitu bermaksud asal ada katil kosong, bila-bila masa je saya akan di'bersalin'kan kalau masih tak sakit contraction. Kali ni, seboleh-bolehnya biarlah cukup 39 minggu. Tapi kuasa...

Apa Kaitan Mengandung, Saiz Sandal dan Vitamin C?

Semalam, rancak perbualan di group bisnes saya. Daripada satu topik ke satu topik sampai ke satu topik ni, yang mana berkenaan kehebatan Vitamin C. Vitamin C, vitamin yang agak popular dalam kalangan kita, bukan? Dari kecik sampai besar kita digalakkan ambik vitamin C tak kiralah dalam bentuk tablet atau pun dengan makan buah yang kaya vitamin C. Yang saya sedia maklum, vitamin C penting untuk elak demam, selsema dan batuk, makna kata untuk tingkatkan keimunan badan. Tapi tau tak ada manfaat lain vitamin C ni? Untuk ibu mengandung macam saya ni, dah tentulah penting. Saya memang ambik Sustained Release Vita-C untuk elak batuk, demam, selsema sepanjang mengandung sebab sebolehnya saya nak sihat-sihat saja dalam tempoh ini. Insha Allah. Maklumlah, dalam keadaan ni, kadang-kadang sakit sikit tu impaknya 2 kali ganda. Walaupun batuk ringan... Semalam, daripada hasil perbincangan, antara kesan pengambilan vitamin C sepanjang mengandung berdasarkan pengalaman kami: Mengurangkan se...

Elak Rebah, Kekal Gagah di Trimester 3

Sekuat mana saya tahan rasa letih + penat + mengantuk saya ni, kadangkala saya terpaksa akur juga yang sebenarnya badan saya perlu rehat. Dengan perut yang dah makin ke depan, jalan pun tak boleh nak laju-laju dan cepat mengah -- perubahan fizikal yang nak ingatkan saya yang saya tak boleh nak bergerak macam sebelum-sebelum ini. Sekarang, nak drive pun rasa betapa penat, lagi mengadap kerja-kerja yang sama setiap hari yang harus saya bereskan sebelum saya bersalin. Bila saya Google tadi sebab saya rasa mengantuk dan letih sangat ni, barulah faham yang simptom begini lazimnya muncul semasa trimester 1 (memang keletihan melampau waktu itu) dan stabil semasa trimester 2 dan kembali pada trimester 3. Ye saya dalam trimester 3 dan dah tak lama dah nak bersalin (semoga Allah mudahkan urusan bersalin saya kali ni). Kalau saya baring ni, memang confirm terus lena. Hehe. Bila sampai ke penghujung ni, maklum la banyak benda perlu settle, banyak benda perlu fikir, kadang-kada...

Bagaimana Saya Meningkatkan Bacaan Hb Semasa Mengandung

Salah satu dilema ibu mengandung adalah bacaan Hb rendah. Apa dia Hb rendah tu? Senang nak faham, kurang darah. Hb tu hemoglobin. Hemoglobin ni peranan dia untuk angkut oksigen dalam darah. Maka kalau kurang hemoglobin, akan kuranglah oksigen yang diangkut dalam darah. Bila tak cukup oksigen, itu yang kita tengok orang yang Hb rendah ni selalu pucat, cepat letih, dan tak bermaya. Dan keadaan ni sangat bahaya untuk ibu mengandung. Sebab tu nurse dan doktor akan pantau betul-betul kalau bacaan Hb kita rendah. Berapa bacaan yang dikatakan rendah tu? Borderline reading adalah 11. Kurang daripada tu (9-10) memang kena top up dengan vitamin tinggi zat besi sebab mungkin kita tak ambik zat besi yang cukup dalam diet harian kita. Saya juga salah seorang yang tergolong dalam kategori yang Hb rendah di trimester pertama. Tapi bacaan borderline lah. Tidaklah sampai terlalu rendah. Rupanya selama ni yang saya selalu penat dan letih walaupun cukup tidur dan rehat, kerap rasa...