Skip to main content

Posts

Tenaga Ibu Berpantang

Alhamdulillah hari ini dah hari ke 19, ada lagi baki 25 hari nak kena teruskan pantang. Errr.. kadang-kadang dalam haru biru uruskan rutin baru sebagai mak anak tiga, hampir lupa dah kita ni masih lagi dalam tempoh pantang. Beza banding masa pantang anak sulung dulu, masa tu luka jahit besar. Nak gerak agak payah dan sakit. Lama jugak nak baik luka tu. Yang kedua ketiga ni alhamdulillah luka sikit saja, cepat baik dan hmm memang rasa sihat cepatlah, walaupun pada hakikatnya pantang tetap kena pantang jugak. Tapi itulah, masalahnya bila rasa cepat sihat ni, kita jugak rasa mampu nak buat macam-macam a.k.a kerja rumah dan kerja yang biasa kita buat. Sebenarnya nak kena orang bantu dan kena rehat dan rawat diri (sebenarnya) tapi dengan tuntutan urusan rumah tangga yang lain, memang tak dapat tak, gagahkan jualah buat. Ikut betul-betul, ibu pantang tak boleh angkat barang berat, tak boleh berendam air (mandi lama, basuh pinggan banyak, basuh baju beria) - itu yang paling utama lah. Se...

Berpantang Tak Berapa Tenang

Bila kau sepatutnya fokus pada baby baru, tapi hidup tak tenang dek perlu juga fokus pada anak-anak yang lebih besar yang tahap melasak diorang tu boleh menyebabkan keluar suara harimau - cuba cakap macamana kau nak berpantang tenang?! Ok, ok. Bagi canlah maktang ni buat luahan perasaan sikit. Hoho. Anak sulung, alhamdulillah boleh bawak diri dan boleh dikawal. Boleh juga nak minta tolong yang simple. Anak no dua, lasak kemain. Umur tengah explore everything. Umur memanjat kerusi meja. Umur sepahkan barang. Umur yang mana dia akan buat benda yang kita kata jangan. Saya memang lose temper juga dengan kerenah anak no dua ni tapi mengenangkan umur dia ni memang perangai budak macam tu, kalau kat rumah saya ni, boleh la saya kontrol. Ni kat rumah orang walaupun rumah atok wan dia tetap bukan rumah sendiri kan. Merata ceruk dia masuk main, segala almari nak buka, ketuk almari kaca. Mau tak gugur jantung saya. Dah lah kalau dia dok melasak tu saya tengah menyusu adik baby tu, apa yang s...

Our New Bundle of Joy

Alhamdulillah, akhirnya dah selamat melahirkan anak dan sedang dalam proses pantang. Kali ni dapat baby girl selepas 2 boys. Pengalaman baru juga ni. Mencabar juga pantang kali ni sebab dah ada 2 toddlers yang kena jaga jugak. Dan yang nombor 2 tu pun tumpang breastfeed, maka berlakulah tandem nursing yang mana sangat memerlukan tenaga yang banyak. Huhu. Semoga bertabah untuk habiskan 44 hari pantang. Dan juga bertabah untuk terus sabar dan kuat menjaga keluarga sambil merawat diri sendiri.

Panduan Buka Buku Merah dan Rutin Check Up Hamil di Klinik Kesihatan Kerajaan

Ibu yang pertama kali hamil atau pertama kali nak check up kat Klinik Kesihatan (KK) kerajaan, meh baca sikit rutin check up yang akan dilalui sepanjang kehamilan sampai bersalin. Ini prosedur sekitar tahun 2016 ya. Bukan apa, mungkin macam banyak prosedur atau leceh tapi percayalah setakat pengalaman saya yang 3 kali check up kat KK ni, alhamdulillah berbaloi dengan servis kesihatan yang satu ni dengan langsung tak kena bayaran. Gunakan peluang ni sebaik-baiknya :) Ok, ni panduan untuk ibu yang hamil pertama kali ya. Anak pertama lah senang kata. Kiranya ni step nak buka buku merah. Buku merah ni buku rekod kesihatan sepanjang hamil. Biasa orang panggil buku merah sebab cover buku ni warna merah. Kena simpan betul-betul tau dan perlu bawak ke KK setiap kali check up. Oh ya, sebelum ke KK, pastikan dah buat ujian kehamilan. Sama ada test sendiri guna pregnancy test kit atau check di klinik swasta. Dah confirm hamil, baru ke KK. Sebolehnya bukalah buku merah sebelum kandun...

Nasi Arab Sedap di Restoran Zam Zam Seksyen 9 Shah Alam

Semalam, ada rezeki dinner kat Restoran Zam Zam, yang sediakan arabic food. Teringin nak makan nasi arab. Kalau tak masak sendiri guna pek nasi arab Al Bayt tu, kat sinilah jadi pilihan nak makan nasi arab sedap. Walaupun ada banyak restoran nasi arab, rasanya sekarang ni lagi bercambah dengan pesat, bagi saya dan husband, kat sini jugaklah yang paling kena dengan selera kitorang. Semalam order mandy ayam, kabsah ayam, grilled chicken, mushroom soup. Air pulak, barbican strawberi, watermelon juice dan honeydew shake. Alhamdulillah makan dengan jayanya semalam, habis licin semuanya. Anak-anak pun kemain tak berenti bercakap dalam restoran, excited sungguh, agaknya satu restoran tu dengar suara diorang je. Hehe. Gambar makanan hanya sempat snap mandy dan kabsah ayam je sebab tak menyempat dah nak makan. Haha. Maklum la dengan kanak-kanak ribena ni, tangan tu cepat sangat nak mencapai apa yang ada depan mata. Jadinya ummi abah nye nak kena bertindak pantas la. Ok berkenaan menu kat re...

Nasi Lemak Ekspres

Pagi ni, alhamdulillah diberi tenaga luar biasa sikit. Makanya by 8.30 am tadi dah siap masak sarapan merangkap lunch dan dinner. Makanan untuk 1 hari sekaligus! Haha. Masak nasi lemak je pun sebenarnya. Rebus telur, masak nasi, buat sambal bilis. Memang seekspres dan seringkasnya lah sebab tak larat nak masak yang haibat sangat. Hihi. Yang jadi sekejap je proses masak tu sebab cili kering memang dah siap blend dengan bawang besar dan bawang putih. Buat stok simpan dalam peti ais. Nak masak sambal, tak payah dah nak kupas bawang bagai. Kacang takde takpe. Timun pun takde. Yang ada carrot dengan mixed vege je. Tengok la nanti belasah aje makan dengan nasi lemak, apa salahnya ye tak. Nasi lemak, masuk santan dengan halia aje. Tu pun mula macam mentah, sambung masak, terhangit pulok sikit. Aduyai. Tapi alhamdulillah sikit je hangitnye. Daun pandan takde, takde hal. Tapi kalau ada tu, semerbak harum la sikit kan. Oh ya, resipi follow buku Chef Wan. Haha buat nasi lemak pun ikut buku...

Baca Penjelasan Ini Dahulu Sebelum Buat Keputusan Nak Guna MSG Dalam Masakan

Saya memang tak biasa masak guna MSG atau Pak Aji (Ajinomoto). Tapi guna bahan perisa lain macam kiub ayam, serbuk pati ikan bilis, serbuk sos perang segera selalu jugak dulu. Cuma sekarang dah kurangkan. Garam pun dah ganti guna garam bukit, sebelum ni guna garam laut. Arwah mak pun seingat saya tak pernah masak guna MSG, mungkin sebab tu saya pun tak pernah guna. Lepas tu selalu orang tua cakap lepas makan makanan yang ada MSG ni, akan sakit perut. Bila baca status Dr Hamid Jan ni, baru paham rupanya depend pada badan masing-masing. Lama jugak nak hadam pasal MSG ni, tapi wonder jugak sebab dalam Reader's Digest, yang dulu-dulu la banyak cover pasal Ajinomoto. Depa sungguh-sungguh ni explain MSG tu buat dari apa, buat macamana. Tapi tak cukup nak yakin untuk guna pun. Sebab mindset bila guna MSG ni sebab tak pandai nak perasakan makanan sendiri. Haha. Sebab tu kedai yang banyak guna. Nak bagi sedap. Betui la nak enhance rasa, bagi jadi lebih sedap. Rupanya sama macam kita tamb...