Skip to main content

Tenaga Ibu Berpantang


Alhamdulillah hari ini dah hari ke 19, ada lagi baki 25 hari nak kena teruskan pantang.

Errr.. kadang-kadang dalam haru biru uruskan rutin baru sebagai mak anak tiga, hampir lupa dah kita ni masih lagi dalam tempoh pantang. Beza banding masa pantang anak sulung dulu, masa tu luka jahit besar. Nak gerak agak payah dan sakit. Lama jugak nak baik luka tu. Yang kedua ketiga ni alhamdulillah luka sikit saja, cepat baik dan hmm memang rasa sihat cepatlah, walaupun pada hakikatnya pantang tetap kena pantang jugak.

Tapi itulah, masalahnya bila rasa cepat sihat ni, kita jugak rasa mampu nak buat macam-macam a.k.a kerja rumah dan kerja yang biasa kita buat. Sebenarnya nak kena orang bantu dan kena rehat dan rawat diri (sebenarnya) tapi dengan tuntutan urusan rumah tangga yang lain, memang tak dapat tak, gagahkan jualah buat.

Ikut betul-betul, ibu pantang tak boleh angkat barang berat, tak boleh berendam air (mandi lama, basuh pinggan banyak, basuh baju beria) - itu yang paling utama lah.

Setakat ni masih kat umah mak mentua, boleh tahan lagilah. Esok dah balik sambung pantang kat rumah, silap-silap lupa masih dalam pantang!

Macam saya ni, ada benda terpaksa jugaklah buat tapi saya cuba minimumkan lah. Maklumlah, nak ambik pembantu jaga masa pantang, tak mampu. Nak order makanan pantang pun agak-agak kurang mampu juga tengokkan harga pakejnya. Huhu. Jadi terpaksalah kita buat mana yang boleh dengan kudrat yang ada masa pantang ni. Memang menderhaka betuilah.

Semoga Allah bagi kekuatan dan kesihatan berpanjangan pada saya untuk terus urus keluarga. Insha Allah saya mesti boleh.

Comments

Popular Post

Resipi Sambal Tumis Tanpa Guna Cili Giling atau Cili Kisar

Pernah tak rasa nak makan sambal tumis tapi takde stok cili giling atau tak sempat nak blend cili kering kat dapur? Saya pernah. Tapi kes saya sebenarnya cari cili giling siap kat kedai tapi tak ada. Jadi dapatlah idea lain. Nak jugak masak sambal sebab masa tu dah janji dengan husband. Pusing punya pusing 1 Speedmart tu tak ada satu pun cili giling. Macamana ni...saya dah tak kuasa nak pi kedai lain. Tup tup ternampak serbuk cili. Agaknya boleh guna ni kot. Tengok kat belakang peket ada resipi sambal tumis ikan bilis.   Gambar hiasan Boleh ke ni? Rembat ajelah dulu. Nak cuba. Mana tau sedap ke. Maka balik rumah saya cuba masak. Tak yakin mulanya. Mesti tak sedap ni. Hah punya lah negatif. Saya ikut aje resipi macam yang dicadangkan. Sampailah akhirnya...eh. Nampak ok macam sambal biasa. Rasa pun sedap jugak. Yay! Berjaya buat sambal tumis akhirnya. Dan boleh je masak sambal tumis tak payah guna cili giling atau cili kisar. Haaa. Apakah lagi alasan yang membuatkan kita tak p...

Scan Baby di Klinik Ajwa Shah Alam

Di Shah Alam ni, banyak juga klinik yang ada servis scan baby atau check up pregnancy.  Akak check up biasa kat Klinik Kesihatan gomen, kat Klinik Desa dekat dengan rumah ni. Tapi sebab KD takde scanner, maka akak kena pegi GP (general practitioner) atau klinik swasta untuk scan baby. Oh, klinik gomen kalau yang bertaraf klinik kesihatan ade je scanner. Cuma nak kena set appointment awal dan selalunya ramaiiii. Maka terpaksa lah husband akak melaburkan sikit duit consultation dan scan baby tiap-tiap bulan kat GP. Akak memang kena scan baby each month sebab akak ada GDM. Kena monitor growth baby, takut besar sangat atau kecik sangat. Setakat ni alhamdulillah. Growth dan berat nampak ok, selari dengan umur dalam kandungan. Mak dia je naik berat sikit. Heh. Sebelum ni, akak biasa pegi Klinik Sofia kat Seksyen 23. Rujuk entri pos kat SINI . Tapi sebab ada satu hari tu, akak pegi Klinik Sofia tapi doktor yang in charge tu tak buat scan. Alamak, klinik mana pulak akak ...

Cara Nak Tahu Kalau Anak Salah Urat/Demam Urat

Beberapa minggu lepas, banyak aktiviti luar. Berturut-turut. Disebabkan anak-anak pun keluar masuk kereta aircond, kena panas terik kat luar... masing-masing pun tak berapa sihat minggu lepas. Yang si abang nak hampir bengkak tonsil, yang adik dedar-dedar. Adik tu dengan demam uratnya dengan nak tumbuh giginya, dengan tak sabar nak meniarap hari-hari tu yang kejap panas kejap sejuk badan dia. Tapi yang pasti memang demam atau salah urat sebab bahagian atas pinggang panas, bahagian bawah sejuk. Gitu lah simptom salah urat kat budak-budak. Ini pun belajar daripada mak mertua masa anak sulung dulu la. Pernah sekali apsal kepala sampai pinggang je panas tapi kaki sejuk budak ni. Orang muda mana nak tahu. Lepas tu bawak pergi urut lah. Kami sekeluarga ni memang dah biasa guna khidmat sorang wak urut kat Sepang. Wak ni pandai urut baby dan budak. Orang lepas bersalin pun dia urut. Jadi kami anak beranak memang selalu juga lah berurut dengan dia. Masa anak sulung dulu, belum setahun umu...