Skip to main content

Posts

Showing posts with the label buku mengandung

Panduan Buka Buku Merah dan Rutin Check Up Hamil di Klinik Kesihatan Kerajaan

Ibu yang pertama kali hamil atau pertama kali nak check up kat Klinik Kesihatan (KK) kerajaan, meh baca sikit rutin check up yang akan dilalui sepanjang kehamilan sampai bersalin. Ini prosedur sekitar tahun 2016 ya. Bukan apa, mungkin macam banyak prosedur atau leceh tapi percayalah setakat pengalaman saya yang 3 kali check up kat KK ni, alhamdulillah berbaloi dengan servis kesihatan yang satu ni dengan langsung tak kena bayaran. Gunakan peluang ni sebaik-baiknya :) Ok, ni panduan untuk ibu yang hamil pertama kali ya. Anak pertama lah senang kata. Kiranya ni step nak buka buku merah. Buku merah ni buku rekod kesihatan sepanjang hamil. Biasa orang panggil buku merah sebab cover buku ni warna merah. Kena simpan betul-betul tau dan perlu bawak ke KK setiap kali check up. Oh ya, sebelum ke KK, pastikan dah buat ujian kehamilan. Sama ada test sendiri guna pregnancy test kit atau check di klinik swasta. Dah confirm hamil, baru ke KK. Sebolehnya bukalah buku merah sebelum kandun...