Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Hamil

Ibu Mengandung Kembung

Masa mengandung memang tak sahlah kalau tak buang angin memanjang. Susah nak kontrol oi. Haha tapi kena berhemah sikitlah masa nak buat pelepasan tu kan. Ada masa pulak, kembung sakit perut guling-guling. Payah nau nak keluar angin. Pun sama terseksa. Punyalah dugaan dan cabaran bawak satu nyawa dalam perut. Nah, ni akak jumpa satu tip baek punya daripada dokter, special untuk ibu mengandung yang dok kembung-kembung. Boleh try tip beliau ni yaaa.

Panduan Buka Buku Merah dan Rutin Check Up Hamil di Klinik Kesihatan Kerajaan

Ibu yang pertama kali hamil atau pertama kali nak check up kat Klinik Kesihatan (KK) kerajaan, meh baca sikit rutin check up yang akan dilalui sepanjang kehamilan sampai bersalin. Ini prosedur sekitar tahun 2016 ya. Bukan apa, mungkin macam banyak prosedur atau leceh tapi percayalah setakat pengalaman saya yang 3 kali check up kat KK ni, alhamdulillah berbaloi dengan servis kesihatan yang satu ni dengan langsung tak kena bayaran. Gunakan peluang ni sebaik-baiknya :) Ok, ni panduan untuk ibu yang hamil pertama kali ya. Anak pertama lah senang kata. Kiranya ni step nak buka buku merah. Buku merah ni buku rekod kesihatan sepanjang hamil. Biasa orang panggil buku merah sebab cover buku ni warna merah. Kena simpan betul-betul tau dan perlu bawak ke KK setiap kali check up. Oh ya, sebelum ke KK, pastikan dah buat ujian kehamilan. Sama ada test sendiri guna pregnancy test kit atau check di klinik swasta. Dah confirm hamil, baru ke KK. Sebolehnya bukalah buku merah sebelum kandun...

Scan Baby di Klinik Ajwa Shah Alam

Di Shah Alam ni, banyak juga klinik yang ada servis scan baby atau check up pregnancy.  Akak check up biasa kat Klinik Kesihatan gomen, kat Klinik Desa dekat dengan rumah ni. Tapi sebab KD takde scanner, maka akak kena pegi GP (general practitioner) atau klinik swasta untuk scan baby. Oh, klinik gomen kalau yang bertaraf klinik kesihatan ade je scanner. Cuma nak kena set appointment awal dan selalunya ramaiiii. Maka terpaksa lah husband akak melaburkan sikit duit consultation dan scan baby tiap-tiap bulan kat GP. Akak memang kena scan baby each month sebab akak ada GDM. Kena monitor growth baby, takut besar sangat atau kecik sangat. Setakat ni alhamdulillah. Growth dan berat nampak ok, selari dengan umur dalam kandungan. Mak dia je naik berat sikit. Heh. Sebelum ni, akak biasa pegi Klinik Sofia kat Seksyen 23. Rujuk entri pos kat SINI . Tapi sebab ada satu hari tu, akak pegi Klinik Sofia tapi doktor yang in charge tu tak buat scan. Alamak, klinik mana pulak akak ...

Check up Kehamilan dengan Doktor Perempuan di Klinik Sofia Shah Alam

Kalau ada masalah nak check up kehamilan di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (Kerajaan), masalah dari segi masa terutamanya, boleh cuba ke Klinik Sofia kat Seksyen 23 Shah Alam ni. Untuk kehamilan kali ni, saya check up di KK yang takde scanner, maka saya perlu scan kandungan sendiri di klinik swasta. Nak pegi klinik kerajaa  lain pun boleh, tapi kena buat appointment awal dan slot pun terhad. Jadi, terpaksalah ke klinik swasta untuk scan tiap-tiap bulan. Saya memang kena scan tiap-tiap bulan sebab saya ada diabetes. Jadi kena scan untuk check baby growth, sebab baby ibu yang diabetes ni ada risiko terlalu kecil atau terlalu besar. Sebab tu kena scan tiap-tiap bulan untuk pantau berat dan pertumbuhan baby selari dengan yang sepatutnya atau tak. Alhamdulillah terjumpa klinik ni. Agak baru juga buka. Dan tak jauh dari rumah. Lagipun tiap-tiap hari buka termasuk weekend. Cuma kalau check up weekend, doktor lelaki yang on duty. Doktor perempuan ada pada weekdays (Isnin-Jumaat). Saya d...