Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Jalan-jalan

Lauk Kenduri Tapau

Syoknya dapat makan nasi kenduri! Sejak PKP dah dilonggarkan ni, barulah boleh buat majlis kahwin. Dapatlah merasa lauk kenduri setelah sekian lama. Akak memenuhi jemputan sepupu yang buat majlis meraikan dua anaknya yang menikah 2 tahun lepas. Diorang menikah masa awal PKP dulu, jadinya dah setahun lebih majlis tertangguh. Masing-masing pun dah ada sorang anak dah. Jadinya, bersanding dengan anaklah. Akak sampai masa majlis baru selesai. Sebelum tu hadir ke majlis lain. Apapun memang gitu dah matlamatnya, kalau terlewat pun tak apa sebab yang penting dapat jumpa tuan rumah sepupu tu yang dah lama tak jumpa. Pengantin-pengantin pun dah pegi outdoor photography masa kami sampai. Tak sempat jumpa pun. Pelamin pun dah habis bungkus dah haha! Tapi tuan rumah dah siapkan makanan dalam bekas untuk tapau. Jadi, kami bawak balik hotel makan nasi kenduri. Hihi Gitulah. Kenduri ni untuk meraikan saudara. Masing-masing pun masih jaga SOP. Syukur Allah izinkan kami sampai juga. Mudah-m...

1969 Business Suites, Ipoh

1969 Business Suites ni hotel sebenarnya tapi difokuskan kepada pengembara bisnes atau mereka yang mempunyai urusan kerja berbanding meluangkan masa dengan keluarga. Tapi tak bermakna hotel ni tak boleh bawa keluarga, boleh je sebab deko dia lawa! Dekat pula tu debgan Aeon Mall. Sebelah je, walking distance. Salah satu pintu masuk ke hotel (business suites). Kafe Cawanmu  Pakej sarapan di kafe Cawanmu Bubur nasi chinese style Trek joging di koridor atas Nombor bilik. Tertera butang untuk loceng, do not disturb, housekeeping. Peringatan mesra supaya tak terkial-kial buka paip di singki. 1969 Hotel Suites Ipoh Garden, Ipoh, Perak

Bye 2021, Welcome 2022

Selesai 2021 yang penuh mencabar, cerita suka dan duka. Pandemik belum berakhir, entah bila kita akan dapat hidup yang normal semula. Jadi peluang hidup yang masih ada ni kita manfaatkan sebaik-baiknya. Kita sambut 2022 dengan pandemik yang bukan menunjukkan tanda nak reda, bahkan bertambah serius. Seriau juga tapi itulah hidup mesti terus.  Apapun setiap yang bermula akan berakhir cuma kita tak tahu bila.  Biarpun hidup kita tak sebebas dulu namun hargailah apa yang ada depan mata. Bersyukur setiap hari dengan nikmat yang Allah bagi. 

Farm in The City Part 2

Okey setelah sekian lama akhirnya berjaya juga sambung kisah kami ke FITC. Part ni akak cerita apa aktiviti yang korang boleh buat masa kat dalam tu. 1. Pony Ride Ada la sekor 'pony' untuk bagi anak-anak merasa naik pusing-pusing. Bayarannya 7 token (RM7 kot kalau tak salah). Boleh la pusing 1 round. Tapi ride terhad untuk budak yang dah besar. Dalam 3 tahun ke atas gitulah. Kalau budak kecik nak naik, bahaya, takut jatuh. Nak dok atas pony then bergambar, boleh lah. 2. Feed the animals Yang ni ikut sukalah. Kalau beli makanan untuk bagi haiwan makan tu, ha sua lah ke mulut kuda, kambing, arnab. Kebanyakannya memang lapar. Kuda yang kami tengok tu sampai tersua mulut keluar pagar minta makan. Kalau ikan, asal baling je palet tu, bercempera mengibas ngibas datang makan. 3. Talk + activities Ada satu corner, beberapa staf akan bagi penerangan tentang haiwan. Haiwan apa, dependlah. Masa kitorang datang, ni ha haiwannya. Nak participate dalam aktivi...

Farm in the City Part 1

Tak dapat nak pergi zoo, dapat pergi ladang dalam bandar pun bolehlah. Tambah pulak zoo agak jauh dari rumah, jadi kitorang decide nak melawat 'kengkawan' di Farm in the City je, dekat Seri Kembangan. Banding harga tiket walk in dengan online, yang walk in macam lagi berbaloi sebab boleh dapat harga pakej untuk family yang ada 2 adults + 2 kids. More people than that, kena top up lah but still worth it than beli single tickets. So, we ols gerak awal untuk sampai sana awal. Taman mula buka jam 9.30 pagi kalau weekend. Kitorang pegi Sabtu, we reached there around 10 am, sempatlah secure parking dalam means depan entrance. Kalau lambat, kena parking luarlah. Since memasing kebuluran, lepas dah dapat tiket semua, tangan memasing dah pakai gelang kertas, kitorang terus ke kafe dia yang kat depan sekali untuk breakfast. Kat situ boleh guna baucar, dan ada  pilihan set untuk family. Hasben akak pilih set makanan segera je yang ada sandwic, nuget, sosej, fries. Tambah order kepok l...

Rawatan Kaki Terseliuh, Terpelecok, Terpeleot

Alkisah semalam berlakulah insiden yang tak dijangka, buat pertama kali dalam hidup akak, kaki terpeleot masa turun tangga. Mujur masa tu dah sampai tangga yang last, dan bukan jatuh gedebuk. Cuma tersalah bajet kaki dan kasut pulak longgar. Terkepak kaki ke dalam, siap bunyi meletup 'pop'. Perghhhh sakit yakmat! Dah la masa tu keluar nak pergi Farm in The City, yang tentu-tentu banyak berjalan. "Tak payah pergilah", hasben kata. "Takpa. Sikit je kot ni. Nanti tuam ais sebelum pergi", jawab akak. Kami singgah umah mak dulu sebelum pergi, jadi sempatlah tuam kat buku lali tu dengan ais. Lepas tu mak sapu krim panas Flanil. Then zupppppp pegi Farm in The City kat Seri Kembangan tu. Maka berjalanlah ke seluruh farm, masa tu okey lagilah masih steady. Tapi dok terhencot-hencot jugak dah. Cuma tak berapa nak enjoylah but I managed to snap few pictures buat kenangan. But then after almost 2 hours, dah nak balik tu... ya Allah sakitnya rasa nak memijak pun ra...