Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Trending/Viral

Pengalaman Pertama Anak Ke Tadika

Akhirnya akak juga dah tergolong dalam golongan mak-mak yang dok kalut dengan anak sekolah. Hehe Rutin harian dah berubah sikit dan dalam 2 hari ni nampaknya so far so good lah. Anak akak start tadika lambat sehari daripada tarikh start sekolah. Lepas tu dia sesi petang pulak, punya lama rasa tunggu dia nak start tu. Sepupu dia dah 2 kali kelas baru dia start. Hahaha. Sepupu dia kat Tadika Kemas. So far alhamdulillah la sebab tengok dia happy nak pi tadika. In fact dia excited sebab tengok gambaq sepupu dia kat tadika, gambaq anak-anak kawan akak yang dah pi tadika macam best, jadi dia agak tak menyabar juga nak rasa pengalaman macam tu. First day dia kitorang semua gi hantar. Mula-mula tu dia dok risau jugak kena tinggal tapi lepas dah masuk kelas semua dah ok. Siap tak mau balik pulak tu! Kelas dia start 2.30 pm. Rehat 4.00 pm. Sambung balik 4.30 pm. Balik 5.30 pm. Semalam lepas abah dia ambik, kepenatan sungguh muka. Hehe main banyak masa rehat tu rasanya. Bekal akak bagi di...

Azam Baru Ke Tu?

Apa ada dengan azam baru kalau azam lama tak tercapai? Kehkeh. Mengata diri sendiri kau kan. Ngeee. Biarlah azam yang tak tercapai kita forward dan cuba lagi tahun ini. Yang dah tercapai, alhamdulillah semoga lebih baik. Akak? Ada jugaklah buat azam tapi akak tak suka share. Kikiki. Dan pada akak sebenarnya tak payah tunggu setiap kali tukar tahun untuk nak ada azam. Boleh je start bebila. Ini satgi tahun baru kemain kau beriya, semangat bagai. Lepas tu terbengkalai dah azam tu ha. Siapa lagi yang dok azam kurus sejak 2013 tapi tak kurus jugak? Hahaha 5 tahun dah oiii. Kihkihkih jangan marah haaa *Gambar hiasan*

Zizie Ezette Dapat Twin!

Imej: Instagram Zizie Ezette December babies! Baru tengok Fizo update Mawar dah selamat bersalin, Zizie Ezette pun menyusul dengan twin! Sheikh Muszaphar-Dr Halina pun baru dapat twin hari tu. Wahh meriah! Tengok mak-mak selebriti post-bersalin ni, lawa kemain. Akak dulu rasanya kemain selebet. Kahkahkah Penat meneran tak habis lagi kau. Apapun tumpang happy dengan mereka yang dapat baby baru tahun ni dan tahun depan. Rezeki :)

Lauk Kenduri, Antara Catu dan Ambil Suka Hati

Terbaca satu post di FB berkenaan lauk kenduri. Status FB tuan post tu akak kadang kadang follow juga. Ada yang boleh diterima, ada yang kurang. Begitulah setiap orang berbeza pendapat dan pandangan. Isu lauk kenduri ni, tuan ni suarakan rasa kurang senang bila masa datang kenduri, lauk disendukkan oleh pelayan dan kuantitinya dicatu. Seketul sahaja ayam atau daging setiap seorang. Tuan ni rasa macam tak patut sebab tetamu yang datang terpulanglah nak makan berapa banyak, kan ke meraikan tetamu bila dah jemput. Pada dia, dia rasa tak syok sebab seolah tuan rumah rasa tetamu ni gelojoh sangat ke nak makan banyak. Gitulah lebih kurang. Jadi bila baca komen memang macam-macam. Yang sokong ada, yang kurang setuju pun ada. Yang katerer kebanyakannya komen senario sebenar. Ada yang memang tuan rumah minta buat macam tu sebab nak pastikan lauk cukup untuk semua tetamu. Dan ada juga yang mengatakan supaya tak bazir. Kadang jenis yang ambik makanan setimbun tapi tak habis. Betul jugaklah...

My Coffee Prince versi Malaysia

Imej: www.gempak.com Drama Korea, My Coffee Prince ni memang akak dah banyak kali tengok. Husband akak pun layan. Actually dia bukan jenis layan sangat tapi yang ni dia suka. Satu lagi drama Korea tajuk Pasta. Itu aje yang dia follow sampai habis. Ok berbalik kepada MCP, sekarang ni dok tayang di Astro Ria dan Ria HD. Setiap Isnin sampai Khamis pukul 10 malam. Ini versi Malaysia. Jadi yang dah tengok versi asal Korea memang tak boleh tahan nak banding watak-watak yang dibawak oleh pelakon Malaysia. Yang pasti, pada akak pemilihan watak memang kena. Ngam sangat! Si hero Gong Yoo tu dibawak oleh Fattah Amin. Haha boleh la tu. Watak heroin, Janna Nick. Sesuai sesuai. Pada awalnya ramai jugak yang kecam apsal hero tu dibagi ke Fattah, hmm pada akak sesiapa jadi hero pun tetap jugak kena kecam. Dah tentu dia tengah glamer sekarang ni, ingat Micheal Ang takde strategi ke? Hahaha Pada akak, ok aje dia pun. Ok watak lain macam sepupu hero yang pengarah muzik tu, Fahrin Ahmad. Gf lama m...

Kahwin #fattzura

Walaupun dah beberapa hari berlalu sejak Fattah-Fazura kawin, akak tetap jua nak bagi komen. Hehe menumpang bahagia pengantin baru gitu. Akhirnya lepas announce depa bertunang dan bakal nikah dalam waktu terdekat, rupanya memang dekat sungguh. Tuptup nikah dah beberapa hari lepas PC tu je pun. Tapi tengokkan preparation nikah tu, nampak macam memang dah plan dan arrange dengan baik dari awal. Pandai sungguh simpan rahsia. Yang manage majlis pun pandai simpan rahsia. Padahal yang buat baju bukan calang calang, Rizman Ruzaini. Nikah buat di Ritz Carlton. Videographer photographer semua pun bukanlah main tangkap muat gitu jah. Apapun, majlis nikah tu nampak sweet. Baju nikah, mekap Fazura nampak classy and elegant. Simple and sweet. Tapi nanti masa sanding tak taulah kan. Semoga depa bahagia. Walaupun beza umur 7 tahun, tapi apa ada hal ye dok. Fazura nampak muda je. Hahaha Kemain trending la si Fattah, dah la tengah on My Coffee Prince. Glamer betui. Rezeki.

Fattzura Tunang

Haa. Puas hati kan rakyat Malaysia sekalian pasal status Fattah-Fazura. Ekekeke Baru bertunang ye u ols. Bakal menikah. Akak tak tengok pun press conference nye. Kalut kat dapo tadi ha. Update dari adik beradik dengan Fesbuk je. Apapun doakan baik-baik saja untuk depa dua. Semoga jodoh berpanjangan!

Fattah-Fazura Nikah

Kemain kecoh media hiburan, blog-blog dok update kata Fattzura dah menikah. Siap ada pengakuan daripada abang Fazura yang mengaku jadi wali adik dia menikah. Wah. Kalau betul, tahniah. Berbahagialah. Kalau gimik, hmm hampas je. Hahaha Ok jugaklah Fattah ngan Fazura pun. Kalau dah jodoh. Yedok. Mari kita tunggu depa punya press conference.

Hari Anugerah Cemerlang

Oh jadinya sekarang ni, Hari Anugerah Cemerlang sekolah, kalau yang tak dapat apa-apa anugerah tak payah pergi sekolah ye? Maksudnya, murid yang dapat anugerah dan mak bapak dia ajelah ye yang kena hadir? Yang dapat surat jemputan lah kan. Hmmm. Kenapa akak rasa agak errr... kenapa tak diraikan dengan seluruh sekolah? Jadinya yang 'tak berapa pandai' ni, nak mai ke tak mai sekolah ikut suka lah ye. Akak tak tahu rasionalnya dibuat begini jadi akak tak boleh la nak komen. Kot sekolah ada sebab tersendiri. Cuma masa akak sekolah dulu, seingatnya semua murid mai sekolah. Tapi yang dapat anugerah tu beratur la nak terima. Yang tak dapat, berlegar-legar membuang masa dengan kawan-kawan. Kahkahkah. Takde pulak cikgu kata, yang tak dapat surat tak payah datang. In fact mak bapak tak dapat surat apa pun rasanya. Anak-anak je yang bagitahu. Ke akak dah hilang ingatan bab ni? Hahahaha. Murid yang cemerlang diraikan di sekolah dengan cikgu-cikgu dan kawan-kawan aje. Balik rumah tu...

Pray for Penang

Terkejut dapat berita Penang banjir. Kat kampung akak pulak tu. Tak pernahnya kampung akak tu naik ayaq. Ni kira bencana terburuk dalam tempoh 27 tahun ka depa kata. Memang teruk betui. Kat pulau ngan seberang sama ja teruk. Habih pokok tercabut, feri buleh tersadai, kereta motor habih tenggelam, tanah runtuh. Sampai kerajaan Penang kena mintak tolong askar la mai bantu. Katanya hujan lebat non stop for few hours. Lepas tu masalah perparitan lagi. Mana la tak banjir. Rumah sedara mara akak kira banyak gak lah yang affected. Kesian depa. Nak kemas balik, bersihkan rumah lepas banjir bukan senang oo. Harap pakat bertabah. Dugaan hujung tahun. Baca lagi tentang banjir besar Pulau Pinang di SINI.

Peperiksaan PTD 2017

Alhamdulillah. Untuk kesekian kali yang akak sendiri kurang pasti, akak ambik lagi exam PTD. Tak tau PTD tu apa? Eh kome kalau yang pernah apply keje gomen mesti tahu kerjaya pilihan budak fresh grad. Huhu. Kerjaya idaman la katanyaaaa. Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41. Kira post gomen paling 'hebat' la ni. Hebat bukan apa, sebab nak dapat lepas semua tahap sampai confirm jadi PTD bukan senang. Dan bila dah bergelar PTD pun, bukan calang-calang kerja. Pembuat dasar gitu ha. Baiklah kembali kepada exam PTD, mungkin ini kali yang ke 7 atau 8 akak ambik. Ye memang banyak kali sejak akak grad. First masa betul-betul lepas grad. Excited gila masa tu. Masa tu exam kat dewan sekolah. Kebetulan kat sekolah lama akak. Pi exam pun pakai baju kurung baq hang. Masa tu pagi petang exam nya. Pagi soalan pasal kerajaan, daya penyelesaian masalah. Petang kena jawab esei BM dan BI. Exam gomen zaman dulu-dulu. It was circa 2006-2007. Ya rabbi dah almost 10 years! Alhamdulillah akak...

Siti Nurhaliza Junior is Coming!

Tumpang seronok dengaq news yang ctdk tengah pregnant. 11 tahun tunggu, berapa banyak kali dah cuba dan pernah jugak keguguran. Tengok muka dia kemain berseri. Cakap pun senyum-senyum. Lama dia tunggu kan. Bila dengaq news yang macam ni, betapa ramai orang masih berusaha dan menanti  zuriat, kita yang alhamdulillah diberi rezeki anak ni, kadang-kadang keja nak marah saja. Memang dah harus dah anak macam-macam perangai ngan kerenah, dengan cengengnya, dengan clingy-nya, dengan merengek nya kita dah tak tahan. Tak masuk lagi bab kita tengah sibuk, depa pun nak sibuk sama. Kita dok suruh depa main jauh-jauh. Huhu Mai malam, nak tidoq semua pakat dok bawah ketiak jugak. Ketiak masam ni jugak la yang depa dok berhimpit. Tengok muka tidoq, kesian. Anak bukan reti apa. Nak cakap nak apa pun tak pandai. Kita orang tua ni sikit-sikit nak marah ja. Huhuhu. Alhamdulillah rezeki yang satu ni, Allah bagi mudah. Yalahkan rezeki masing-masing tak sama. Dalam kita dok rasa syoknya couple ya...

Crime Patrol Dial 100 di Tara HD

Lately ni, kat rumah dilanda ketagihan drama India. Cerita pasal kes jenayah di India, rasanya kisah benar. Tajuk Crime Patrol di Tara HD 108. Mula-mula mak akak yang tengok, lepas tu terjebak ke satu keluarga, siap rekod. Seronok juga kira terhibur jugaklah. Tiap-tiap hari pulak tu, Isnin sampai Jumaat jam 8 ke 9 malam. Ulangan keesokannya jam 12.30 tengah hari. Kes-kes yang dipaparkan memang menarik juga. Memang tak sama langsung dengan Gerak Khas ye u ols. Dan cerita ni bagi gambaran jelas camana rupa kampung kat India tu. Kalau kampung tu memang kampung betul. Yang bandar cara bandar lah. Dan satu akak perasan kes-kes jenayah ni banyak betul melibatkan skandal seks. Suami orang dengan isteri orang, kak ipar dengan adik ipar, isteri orang dengan orang bujang. Ada satu kes tu siap 1 pompuan kawen 3 lelaki! Bermadu 3 lelaki tu engkauuuu. Lepas tu kalau kes bunuh tu boleh tahan juga kejamnya. Yang rosakkan muka mayat ada, yang lempar kat laut ada. Yang tergantung kat pokok ...

Jamu Ketat

Kecoh jugak ye pasal jamu insert lately ni. Akak folo juga sikit-sikit, nak juga tahu perkembangan. Akak bukan pengguna tapi kenal beberapa seller produk tu. Bagus jugak ada pencerahan macam ni, sebab dulu-dulu pun akak confuse perlu atau patut ke insert bendasing ke dalam faraj. Ikut kata dokter, tak perlu pun bahkan boleh jadi bahaya lagi ada. Baca komen sorang pengguna yang kata faraj sampai melekat, lagilah seram. Dasyat dia punya effect. Apapun elok la ikut nasihat dokter saja. Kalau dulu punya jamu mungkin masih boleh dipercayai tapi sekarang punya banyak fikir nak untung saja betul tak. Memang la untuk bisnes tapi kalau dah sampai tahap membahayakan orang lain, tak patut kot. Kita yang nak guna ni pun nak kena bijak jugak la. Kalau rasa pelik-pelik kaedahnya baik tak payah. Huhu

Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz

Lebih 24 jam dah kebakaran paling memilukan, menyayat hati dan meruntun jiwa semua rakyat Malaysia berlaku. Dok terbayang lagi api besar marak membakar masa azan Subuh semalam, ada jugak la akak tengok video. Tapi mujur takde video atau gambar yang bukan-bukan melintas kat wall FB akak. Pagi ni pulak terbaca pasal tong gas kuning yang tetiba ada di depan pintu asrama tu. Kemungkinan ada unsur khianat. Lagilah sedih. Akak tak pandai nak komen nak kata ni tanggungjawab pihak mana. Baca di FB macam-macam version keluar. Apapun akak doakan segala urusan pengecaman DNA dan pengebumian nanti dipermudahkan. Kalau betul ada unsur khianat, semoga Allah beri keadilan. Al fatihah.

Khairul Hafiz Jantan dan Abang Photographer Baju Hijau

Teks: Zaila Hafni Terhibur sangat akak dengan abang photographer baju hijau yang bersungguh-sungguh nak snap the best moment si Raja Pecut Asia - Khairul Hafiz Jantan (KHJ). Photog Bernama yang nama Iskandar tu memang beria sungguh lari sampai satu part yang dia lari lagi laju dari KHJ sebab nak ambik gambar jadi part yang paling lawak dan suwit gitu ha. Kesian betui si photog bila dok suruh si KHJ stop nak ambik gambaq, budak tu dok laa lari ke sana sini dek excited menang. Huhu tak perasan gamaknya kan. Dan berkejar la si photog nya mengikut ke mana dia lari. Memang dedicated habis incik Iskandar ni. Bangga Bernama ada photog cam ni. Dah la nak shoot sports event and athletes bukan senang. Mencabar oo. Depa kena pandai timing, pandai set kamera. Kena reti jugak dengan sport yang depa cover tu. Barulah boleh plan shot yang chantek. Kagum. Memang kagum. Dulu akak selalu layan gambar sport yang superb from talented media photogs kat web fotowarung. Tambah kalau musim sukan, meman...

Siapa di Sebalik Acara Pembukaan SEA Games yang Gah

Teks: Zaila Hafni Video: Youtube Semalam baru dapat tahu siapa yang di belakang tabir opening ceremony SEA Games yang superb tu. Saw Teong Hin namanya. Sebelum ni pernah mengarah Puteri Gunung Ledang dan filem Hokkien - You Mean The World To Me. Taknak cakap banyak lah. Layan video ok.

Acara Pembukaan Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017

Imej: Google Balik rumah mak, ada chance tengok opening ceremony SEA Games kat TV9. Hehe rumah akak takde tv, tumpang la tengok kat rumah mak. Pehhhhh satu je nak cakap. KAGUM. Best gile performance semuanya. Cantek, colorful, very the 1Malaysia gitu. Tarian hampir semua etnik yang ada kat Malaysia, dengan effect lampu semua bagai, memang kebaboom. Paling suka part kuda berlari macam belah laut, lepas tu dah jadi laut, kapal berhias pulak yang lalu. Waaahh memang vass sangat idea tu. Yang menyanyi, lagu tema oleh Dayang Nurfaizah, lain-lain yang perform, ada Datuk M. Nasir dan few other singers. Ada acara yang dah mula pun. Malaysia pun dah kumpul few medals dah. Kat area rumah mak akak ni pun akan ada jalan yang akan ditutup minggu depan sebab diguna untuk acara lumba basikal lebuh raya. Area rumah akak takde. Hihi Selamat berjuang kontinjen Malaysia! #bangkitbersama #seagames2017 #kitajuara #risingtogether

Love Aunty Patrin!

Teks: Zaila Hafni Sejak semalam masih tak dapat nak move on dengan Aunty Patrin. Siapa Aunty Patrin? Haaaa... akak mula kenal dia bila layan video KK12FM 89.5 segmen Joke Laugh Face Off dia dengan Daphne Iking. Lawak guling-guling weiiii! Berkali-kali akak ulang tengok dan setiap kali tu jugak akak gelak kaw kaw. Tak menahan betui dengan depa dua yang dok gelak sakan. Ni depa speaking Sabah tau. Sabah dan English. Tapi bila cakap Sabah tu yang jadi lawak, bukan pasal bahasa tu lawak, cara depa cakap tu buat kita rasa nak tergelak. Dah depa pun gelak! Dengan video singkat ni, akak belajar la jugak sikit vocab Sabah. Dan adik yang dok Labuan pun tolong translate few words yang akak tak paham. Batapuk, talingung antaranya yang akak takde idea langsung apa maknanya. Apapun, yang paling akak suka dan kagum ngan Aunty Patrin ni, bila dia speaking English tu sedap. Si Daphne dah tentu la kan. Slang British ni memang akak sukaaaaa. Cuba u ols pi tengok video tu. Memang menghilangkan ...

Dato' Fadza dan Datin Vivy

Imej: Twitter Akak salah seorang follower Vivy Yusof. Idaklah tegar, biasa je. Tapi agak addicted jugaklah tengok gambaq dia hari-hari! Haha suka tengok apa yang dia buat untuk promote her products. Suka tengok cara dia marketing bisnes dia.  Cuma hari tu kan Vivy ada receive 1 award daripada PM, anugerah usahawan ka apa, kat slide on stage tu mention DATIN VIVY YUSOF. Maka tertanya-tanya gitu khennnn. Wah... sejak bila beliau ber-datin kan? Tak pernah pulak declare or announce apa-apa. Dan maksudnya Fadza dapat Dato' la kan. Baca komen kat IG dia, followers pun pakat tanya sejak bilaaaa sejak bilaaaa kan. Satu pun dia tak reply. Kahkah. Memang bikin tertanya-tanya. Agaknya dia memang saja keep it as secret or people will eventually know but not from her. Dan pagi ni akak ternampak 1 tweet pasal Dato' Datin ni. Memang sakan orang korek dan stalk sampai jumpa ni kan. Hahaha memang betui la this FV bosses memang ada title begitu. Pehhhh. Kagum kagum. Walaupun akak belum ...