Skip to main content

Posts

Bagaimana Saya Meningkatkan Bacaan Hb Semasa Mengandung

Salah satu dilema ibu mengandung adalah bacaan Hb rendah. Apa dia Hb rendah tu? Senang nak faham, kurang darah. Hb tu hemoglobin. Hemoglobin ni peranan dia untuk angkut oksigen dalam darah. Maka kalau kurang hemoglobin, akan kuranglah oksigen yang diangkut dalam darah. Bila tak cukup oksigen, itu yang kita tengok orang yang Hb rendah ni selalu pucat, cepat letih, dan tak bermaya. Dan keadaan ni sangat bahaya untuk ibu mengandung. Sebab tu nurse dan doktor akan pantau betul-betul kalau bacaan Hb kita rendah. Berapa bacaan yang dikatakan rendah tu? Borderline reading adalah 11. Kurang daripada tu (9-10) memang kena top up dengan vitamin tinggi zat besi sebab mungkin kita tak ambik zat besi yang cukup dalam diet harian kita. Saya juga salah seorang yang tergolong dalam kategori yang Hb rendah di trimester pertama. Tapi bacaan borderline lah. Tidaklah sampai terlalu rendah. Rupanya selama ni yang saya selalu penat dan letih walaupun cukup tidur dan rehat, kerap rasa...

Pasta Bolognaise Telur?

Rentetan tonsil bengkak kat anak, sekarang ni alhamdulillah bengkak makin surut tapi masih ada demam dan batuk berkahak. Maka, kemanjaan beliau sangatlah ketara dan sikit-sikit nak ABAH. Huhu. Abah masuk bilik air, abah solat tak sampai seminit dah nangis-nangis panggil abah. Nak abah dukung. Layankan aje lah anak bujang kurang sihat. Hari ni, anak tak ke taska. Abahnya teman di rumah. Lagipun nak mengurangkan dia terdedah kat kawan-kawan yang batuk kat taska. Kurang imun ni. Kadang makan Vitamin C Chewable tu tapi dihisapnya separuh, dilueknya balik. Minyak ikan curi-curi masuk dalam susu... cuma sabar sikit bau minyak ikan tulen pekat melekat semerbak harummmm itu. Mealshakes ok la sebab sedap kan rasa vanilla gitu nya. Maka lunch dua beranak di rumah adalah yang tak de jual di kedai ye tuan-tuan dan puan-puan. Ta daaa!! Pasta dengan bolognaise telur katanya. Hehe. Ok lah nak juga anak ni makan. Dia memang geng dengan abah... selera sama. Makanan eksotik macam ni ummi nye pan...

Misi Bangun Awal dan Kelab 5 Pagi

Seminggu ni, alhamdulillah mampu bangun sebelum Subuh. Saya taklah kata saya bangun jam 5 pagi setiap hari tapi setakat seminggu ni, memang sebelum jam 5 tu sebenarnya saya dah automatik terjaga (walaupun belum melompat dari katil...ahaks). Betul. Bila kita buat sesuatu memang lebih baik secara berkumpulan. Bukan tak boleh sorang-sorang tapi kadang-kadang kalau terbabas atau tersasar kita sukar nak get back on track. Manusia hari-hari perlu motivasi. Carilah sumber motivasi anda. Saya join group Kelas 5 Pagi , initiated by Kak Aishah Amin . Sebenarnya sebelum tu lagi saya memang cuba nak buat tapi selalu sangattttt terbabas. Agaknya tak cukup kental lagi tu. Dan sekarang yang paling best adalah kami sama-sama buat (saya dan suami). Kadang tu dia lagi awal bangun. Hehe. Nak tak nak bini kena la bangun sama ye tak. Sebenarnya, banyak sangat manfaat bangun awal pagi macam ni. Tambah lagi untuk saya yang ada anak kecik ni, sangat membantu saya buat kerja-kerja rumah sementara...

5 Cara Atasi Mengantuk di Pejabat

Imej: livestrong.com Khamis! Ada jugak orang yang lemau dan lesu pada hari Khamis. Tak mesti Isnin, kan. Kenapa ya, kita rasa lesu, letih, mengantuk sewaktu kerja? Saya kira ni bagi mereka yang bekerja dalam pejabat, bagi mereka yang banyak kerja luar, mungkin letih dan lesunya berbeza. Kalau bekerja di rumah, lagiiiii la ada masalah macam ni. Lagi besar dugaan pulak tu. Kain kotor bertimbun, drama bersiri best kat tv, pinggan kotor penuh sinki, mainan anak bersepah kat ruang tamu....tu pun boleh buat letih lesu juga (bila tengok..hehe). Dipetik daripada WebMD.com, antara panduan yang boleh kita ikut untuk TIDAK RASA LETIH LAGI adalah: 1. Ambil sarapan.  Walaupun anda jenis yang kurang ambil sarapan atau tak berapa lapar sangat waktu pagi, makanlah walau sikit. Sebabnya, ada kajian mengatakan dengan mengambil sarapan dapat mengurangkan rembesan hormon stres (kortisol). Selepas sarapan, ambil suplemen B-Complex. Suplemen ni boleh bagi rasa lebih tenang dan meningk...

Salam Maulidur Rasul 1436H

Sumber: Youtube & Google Salam Maulidur Rasul. Banyakkan berselawat ke atas Rasulullah. Jika belum atau jarang-jarang, mula sekarang. Yang dah biasakan diri, ganda-gandakan dan teruskan :) Kalau masa sekolah dulu, sambutan Maulidur Rasul sinonim dengan perarakan, alunan selawat dan pertandingan nasyid. Ye - saya dulu masuk kumpulan nasyid tau. Those good old days hehe. Sekarang ni, macam-macam jenis alunan selawat kita dapat dengar. Sedap pulak tu. Saya selalu dengar UNIC. Eh UNIC sekarang tak sama macam dulu. Lagu-lagu depa sedap tau. Sambil kita dengar, kita terikut sama. Tak sedar kita dok sama-sama ikut selawat. Moh sama-sama banyakkan selawat hari ini. Saya suka yang ini: Nota Syukur (Kelebihan Berselawat)

Awasi Simptom Penyakit Bawaan Air Ketika Banjir

Imej: Kementerian Kesihatan Malaysia Banjir sudah mulai surut di sesetengah kawasan, namun masih ada lagi kawasan yang masih belum reda. Biarpun banjir makin pulih, tapi harus diingat, impak dan fasa pemulihan pasca banjir amat penting dan besar. Semoga semua mangsa TABAH. Dalam pada itu, awasi juga penyakit-penyakit berjangkit dan penyakit bawaan air yang boleh mengancam kesihatan orang dewasa tambah lagi kanak-kanak. Antara penyakit yang berisiko ketika banjir adalah cirit-birit dan demam kepialu (taun). Awasi simptom-simptom berikut (jika berterusan) dan berjumpalah pakar kaunseling atau doktor: - Resah gelisah - Kurang bermaya - Marah - Murung Simptom-simptom lain yang berkaitan dan perlu diambil perhatian, terus ke hospital jika berlarutan: - Loya, muntah - Cirit-birit - Perut meragam - Sakit otot - Demam tinggi - Masalah pernafasan (sesak nafas, sakit dada) Ini kerana, air banjir mengandungi pelbagai bahan beracun yang juga berbahaya kepada kesihatan ...

Senarai Tabung Bantuan Banjir Pantai Timur

Imej: Carian Google Ada yang antara kita nak menyumbang untuk mangsa banjir tapi tak tahu nak salurkan ke mana? Di sini saya senaraikan beberapa NGO atau agensi yang terlibat dalam penghantaran dana dan bantuan barangan keperluan serta bekalan air bersih ke kawasan yang dilanda banjir. 1. NSTP & Media Prima 2. MERCY Malaysia 3. Pertubuhan IKRAM Malaysia 4. Muslim Care Malaysia Society 5. Master Coordinator (Shaklee) Farah Wahida  • Menyewa helikopter untuk pemindahan pesakit di Hospital Kuala Krai • Membekalkan sumber air bersih • Menghantar barang keperluan asas • Bantuan boleh disalurkan ke akaun FAWA Enterprise ( Maybank: 5627 3110 8836 ) • Follow Facebook Farah Wahida untuk update terkini Update terkini (26/12/2014 jam 8.00 am)