1.9.16

Biskut Cream Cracker Shoon Fatt Sedap, Sila Cuba!

Selamat datang bulan September!

Disebabkan semalam cuti, akak terasa macam hari ni Isnin pulak. Haha.

Apapun, bulan baru ni semoga kita semua pun bersemangat baru jugaklah ya. Tinggal 4 bulan lagi untuk capai misi 2016.

Misi kurus ke, misi jadi soleh solehah ke, misi jadi cantik ke, misi jadi pemaaf ke, misi jadi ibu yang penyabarrrr ke. Eh.

Pagi ni redup-redup manja je kat area umah akak ni. Dan macam biasa akak sarapan awal. Maklum le bangun pagi dah lapar. Pukul 7 lebih cenggitu akak mesti nak kena minum dulu. Lepas tu baru boleh proceed buat kerja.

Hari ni akak sarapan biskut cream cracker Shoon Fatt dengan air Vico O suam.

Ohoiiiii biskut ni sedap gila tauuu. Rangup, rasa lemak-lemak sedapppp!

Kiranya setaraf dengan biskut PingPong Hup Seng tu lah. Tapi bagi akak yang ni lagi sedap. Ngeeee.

Nengokkan brand memang tak convincing pun sebenarnya. Haha. Tapi sebab akak sendiri penah rasa jadi kalau akak terjumpa kat kedai memang akak beli. Susah gak nak dapat biskut Shoon Fatt ni.

Asalnya akak mula makan sebab ada dalam goodie bag majlis kenduri adik ipar akak. Diorang masukkan 1 peket kecik biskut Shoon Fatt ni dalam setiap goodie bag. Tapi nasiblah kan, dapat biskut perisa apa. Mula-mula pandang takde mata je kononnya biskut ni. Sekali ko makan, cicah teh o, kopi o, huih sedap weh.

Sejak tulah akak tau biskut ni best. Hehe.

Korang pun kalau terjumpa biskut ni kat kedai, cuba beli dan rasa. Mana tau korang pun akan suka, macam akak ni. Kehkehkeh

Oklah. Akak dah alas perut, dah makan vitamin, maka akak nak sambung buat kerja suri rumah sebelum askar-askar akak bangun.

Selamat bekerja hari ni ye semua! Punch card baru kan. Hihihi

31.8.16

Merdeka 59 Tahun



MERDEKA!

Apa je aktiviti korang hari cuti merdeka ni?

Akak kat rumah je, husband kerja. Jadi macam hari-hari Rabu yang biasa, kami di rumah pun sama saja.

Pagi sarapan maggi goreng ikan bilis. Lunch makan rendang ayam tak pedas  dan hati ayam masak kicap lebih semalam. Hehe.

Tapi bila skrol timeline tu penuh la dengan ucapan-ucapan merdeka, mereka yang pergi bercuti-cuti merdeka dan yang turut serta sambut merdeka di tempat masing-masing.

Akak tumpang seronok je lah tengok.

Apapun selamat hari kemerdekaan Malaysia ke 59.

Sumber: devianart.com

Sehati dan sejiwalah semuanya.

25.8.16

Kes Maahad Tahfiz



Hari ni, dah banyak akak nampak orang dok viral dan share berita maahad tahfiz yang terlibat kes cabul tu. Siap satu portal tu letak gambar ustaz pemilik maahad tu lagi.

Dan polis pun dah mula siasat kes ni, kita yang tak berkaitan ni eloklah kalau tak payah komen lebih sangat, kita sendiri tak tahu apa yang berlaku di sebaliknya. Ambik tahu dan ambik langkah berjaga-jaga tu ok, tapi nak hukum dan kata yang bukan-bukan kat individu tertentu rasanya tak patut jugak kot. Ni tertakluk kepada keyboard warrior semata lah ye.

Akak follow juga kes ni. Risau jugak esok anak-anak dah nak masuk sekolah. Kalau sebelum ni kita dok risau anak perempuan, sekarang ni anak lelaki pun sama juga. Dah nak kena educate anak pasal sexual education dari kecik. Kena explain terang-terang bagi dia paham apa yang boleh dan tak boleh.

Mak-mak ni kalau boleh nak anak depan mata dia je tapi memang la mustahil kan. Yang dia mampu, doa je Allah lindung ke mana-mana anak dia pegi, dengan sapa anak dia bergaul.

Kadang bila baca berita macam ni, kepercayaan kita pun dah jadi menurun kat orang yang tinggi agama. Disebabkan segelintir jugak terkena institusi lain jugak. Dah tentu bukan semua maahad macam tu. Tapi tak banyak sikit, terhakis jugak lah kepercayaan dan kredibiliti kita kat sekolah agama dan maahad tahfiz.

Sapalah yang taknak anak yang pandai Al Quran, baik akhlak dan soleh. Kalau boleh tu biar anak lebih baik daripada kita. Tapi nampaknya kena lebih hati-hati pilih sekolah agama untuk anak. Zaman sekarang ni, sekolah yang ada nama pun belum tentu bagus ye kan.

Makanya, selain ajar anak ABC, 123, mengaji dan sebagainya, kena masuk silibus jugak ni pendidikan seksual. Mencabar betul jadi mak ayah zaman sekarang eh.

Semoga anak-anak kita dilindungi Allah sentiasa.

24.8.16

Pendaftaran Pra Sekolah



Semalam, alhamdulillah berjaya submit borang Pra Sekolah untuk anak sulung akak. Haaa rasa macam dah up pangkat mak dah bila anak dah nak mula sekolah.



Tapi, ni baru pra. Dan anak baru 5 tahun pun. Tapi sebab sekolah kata boleh cuba apply, akak cuba ajelah.

Sebenarnya, untuk pra sekolah, anak yang umur 5 dan 6 tahun pada tahun hadapannya boleh je apply. Tu sekolah yang dekat rumah akak ni lah. Sekolah lain akak tak pasti. Tapi rasanya mana-mana sekolah rendah gomen boleh kot.

Keutamaan tempat akan diberi untuk anak yang umur 6 tahun, tapi kalau ada kosong, sekolah akan pilih budak 5 tahun. Sebab tu apply je mana tau ada rezeki dapat. Or else, senang nak apply tahun depannya pulak since dah ada rekod di sekolah.

Macam kat sekolah yang akak apply ni, akak nampak banner permohonan pra sekolah kat depan sekolah tu haa. Jadi, pegi la pejabat sekolah nak ambik borang.

Borang tu isi bagi lengkap, attach segala salinan dokumen yang perlu.

Macam borang anak akak ni, salinan dokumen yang perlu macam Mykid dan surat beranak anak, IC mak ayah, surat nikah mak ayah, slip gaji, bil utiliti (air/elektrik). Semua salinan ni kena disahkan ye.

Lepas tu, isi borangnya. Dalam borang ada macam-macam details lah pasal maklumat keluarga.

Satu yang kena ingat, pemilihan bergantung pada ranking gaji mak ayah, daripada yang rendah ke tinggi. Jadi, keutamaan akan dibagi pada keluarga yang berpendapatan rendah dulu. Dan bilangan pelajar yang sekolah nak ambik dalam 25 orang je. Memang sengit la persaingannye ye tak. Tapi tak payahlah pikir bab tu, kita apply aje kan.

Ok, lepas dah complete isi borang, buat salinan dokumen dan sahkan semua, beli setem 80 sen dua keping dan dua envelope putih saiz 4" x 9". Tampal setem kat envelope siap-siap. Envelope tu pulak kena siap ditulis nama dan alamat sendiri. Agaknya senang keja pejabat sekolah nanti nak pos surat in case dapat ke tak dapat kan. Ikut aje arahan, kita mudahkan keja orang, insha Allah keja kita pun mudah juga.

Lepas dah siap tu pegi balik hantar kat pejabat sekolah, nanti kerani akan minta kita isi buku rekod permohonan pra sekolah. Lepas kerani dah puas hati dengan borang yang kita hantar, dah boleh balik. Tunggu je jawapan sama ada dapat atau tak.

Haaaa kalau ada rezeki dapat ni, tahun depan anak akak dah masuk sekolah weh! Akak pulak yang neves. Kihkihkih.

Apapun kita tunggu ajelah ye.

18.8.16

Team Malaysia yang Ohsem di Olimpik Rio



Wah, menjadi-jadi sungguh nampaknya team Malaysia kat Olimpik kali ni ye.

Berjangkit-jangkit aura pingat dari satu team ke satu team.

Bermula dengan Pandelela, lepas tu Azizulhasni "PocketRocketMan", menyusul 3 sasaran pingat team badminton pulak. Pandelela dengan Azizul pun lepas ni ada lagi acara kalau tak silap, ada chance kumpul pingat lagi ni.

Gambar: nst.com.my

2 pasangan beregu dalam badminton dah tentu dah pingat, cuma tak tau lagi perak atau emas.

Update: Beregu campuran berjaya dapat pingat Perak 😊

Gambar: nst.com.my


Datuk Lee Chong Wei pun on the way, sekarang tengah semi final.

Haaa, semangat tak akak. Walaupun rumah akak tak bertelevisyen, tapi tak menghalang akak ambik tau pasal Olimpik tau. FB kan ada. Kehkehkeh

Cuma akak takleh tengok live je lah. Akak cuma tau result aje laaaa. Jadilah kan. Biar kome kome je yang rasa getarnyaaaa 😉

Apapun syabas untuk team Malaysia kali ni. Memang haibat belaka mereka. Dan pastinya memang berusaha sangat keras untuk sukan ni. Olimpik kot dek non oi. Dapat wakil pi Olimpik dah satu hal, dapat pingat tu satu hal lagi.

Yang bab depa dapat pencen dan insentif tu tak payah nak kecoh sangat lah nak banding dengan kerjaya-kerjaya lain. Tak sesuai. Setiap atlit pun ada sumbangan depa tersendiri jugak. Ingat menang pingat tu saja-saja ke?

Akak ada terbaca bila satu-satu negara (tambahan lagi kalau negara kecik dan tak glamer) ni menang apa-apa pingat kat sukan-sukan besar macam ni, tu salah satu cara nak perkenal negara pada dunia. Negara lain kenal dan buka peluang pelaburan. Kiranya walaupun negara tak semenggah mana pada mata negara besor, tapi at least diorang akan kenal. Yelah orang mesti nak tau Melesia ni letaknya kat mana? Macamana boleh ada atlit haibat pulak?

Kita tumpanglah berbangga. Daripada dok bercakap pandai je kutuk yang bukan-bukan. Kita sendiri pun tak tau sejauh mana pengorbanan atlit nak sampai ke tahap ni.

Jom kita tengok siapa yang akan bawak balik #emasuntukmalaysia kali ni.

16.8.16

Inspirasi Pandelela Rinong di Olimpik Rio 2016



Sebelum ni akak baca berita Pandelela Rinong menang pingat kat Olimpik Rio 2016, akak kagum jugak tapi tak hairan sebab dia memang haibat pun.

Gambar: Yahoo Sports UK

Tapi pagi ni, melintas artikel The Star pasal mak ayah Pandelela on the way nak ke Rio.

Link artikel kat SINI.

Wah, dalam pikiran akak, jenuh jugak mak ayah dia pi ke sana tu nak tengok dia perform. Yalah kan, Rio tu bukannya dekat macam kampung akak. Eh kampung hasben akak yang sejam dah sampai tu.

Dan duit flight pun bukan sikit-sikit tau. Akak dok pikir berapa lama mak ayah dia kena simpan duit belanja dan duit tiket nak pegi Brazil nun.

Punya hebat tak hebat mak ayah punya nak support anak.

Tapi, bila kali sampaikat  satu paragraph dalam artikel tu, ada mention rupanya Pandelela dah memang plan nak bawak the whole family dia ke Rio. Siap rancang dari bulan Mac hari tu. Dia jugak yang belanja tiket flight ahli keluarga dia yang harga dalam RM9k seorang.

Haa kau. Dia yang sponsor tiket ok.

Patutlah semangat pun jadi lain macam. Dia tau family dia akan datang. Of course dia nak family dia datang dan balik dengan bangga. Belum sampai sana lagi dia dah dapat pingat. Ni kalau family ada depan mata, agak-agak kau?

Lantas akak rasa patut lah budak Pandelela ni champion. Dia jaga mak ayah, family dia. Ayah dia kerja buruh, mak suri rumah. Memang background bukan orang senang. Ayah dia sendiri pun kata dia usaha sendiri sampai ke tahap ni. Tapi mungkin dari satu segi, sebab berkat doa mak ayah dia jugak (tak kira lah kau agama apa sekalipun).

Semoga dapat bawak balik pingat lagi lah ye, Pandelela.





Pasaraya Bajet di Shah Alam & Klang

Kalau bawak RM100 ke supermarket sekarang ni, agak-agaknyalah berapa barang yang boleh dapat ye?

Kalau bujang tu ok lagi kot. Kalau yang dah ada family ni, beli barang keperluan anak atau barang dapur saja pun dah boleh cecah 2-3 ratus dah sekali shopping.

Haa. Sebab tu kena pandai survey supermarket atau kedai yang offer harga yang affordable. Janji dapat barang yang sama kualiti.

Meh akak nak share supermarket atau kedai yang pada akak, boleh la nak beli barang-barang dapur atau barang keperluan rumah dan anak dengan harga yang berpatutan. Ni untuk kawasan Shah Alam-Klang aje ye. Kawasan lain akak tak tau. Hehe.

1. Econsave

Lebih tepat Jalan Kebun (lebih spesifik dekat Kemuning Greenville) sebab akak selalu pegi situ je. Yang paling dekat dengan rumah. Sayur ngan buah ok jugak beli sini. Barang basah akak tak berapa suka beli sini. Barang kering, barang rumah ok. Baju budak pun ada, takde la mahal sangat. Susu budak pun ok banyak gak choice. Lagipun tutup lewat pukul 10.30 malam.

2. Pasaraya Anggerik



Lokasi di Seksyen 19. Dekat dengan Hospital Pakar Salam. Susu budak dengan pampers agak berpatutan harga kat sini. Barang rumah lain pun ok la kalau nak beli runcit-runcit. Satu lagi akak suka beli majalah kat sini. Cepat sampai majalah baru. Tapi cepat habis jugaklah. Kihkihkih

3.  Pasaraya Hero


Kat Kota Kemuning. Sini wet market dia best. Harga pun masih ok dengan kualiti. Sayur, buah, ikan, seafood fresh. Kadang ada less 50% untuk certain seafood atau ikan. Nak clear stock hari sebelum. Tapi tengokkan elok je lagi. Banyak choice jugak sini. Parking pun senang. Akak suka beli sayur, buah kat sini. Bahan untuk baking, cheese pun banyak choice. Ada kafe gak kat dalam ni. Satu lagi, roti ban manis dia sedap! Siap ada bakery sendiri dalam ni. Masuk-masuk je pintu, bau roti. Pehhh best woih.

4. Maxvalu


Pasaraya ni dalam Gamuda Walk. Aeon punya pasaraya la gitu tapia Maxvalu offer murah sikit. Sini sekali-sekala ok jugaklah datang. Akak paling suka kalau datang lewat sikit ada barang basah less 50%. Kahkahkah akak memang minah bajet. Barang lain harga agak standard la. Tapi nak beli dan belah memang selesa, tak ramai orang. Dan banyak la pilihan sayur, buah organik juga.

5. Kedai Runcit Jalan Kebun


Ada banyak, tapi ada satu ni ada jual ayam fresh sekali. Tak ingat nama kedai tu apa. Dekat dengan Klinik Kesihatan Jalan Kebun dan masjid. Mula-mula akak pegi memang nak beli ayam je. Tapi sekarang ni sangkut dah, barang basah banyak beli sini je. Murah-murah. Kedai kampung kan. Selain ayam, suka gak beli ikan, sotong, ayam kat sini. Sayur pun murah. Orang kampung macam akak memang seronok la dapat shopping kat kedai kampung macam ni. Kau ambik daun limau purut, daun kari setangkai dua kira free je. Hehe.

6. Pasaraya Checkers


Kat Seksyen 15. Sini boleh beli borong. Jadi memang harga agak murah. Akak suka beli sayur kalau kat sini. Barang dapur kering pun ok. Banyak choice. Parking pun senang depan pintu pasaraya je. Tapi dah lama akak tak pegi sejak tak duduk area situ dah.

7. Pasaraya CLC


Kat area Bandar Putera 2. Jalan menghala ke Johan Setia (Banting) dah ni. Mula-mula pandang sebelah mata je sebab nama tak glamer kan. Haha. Sekali dah pegi, terus jatuh suka! Wet market dia, wallauweh best gila. Macam pasar basah betul punya feeling. Ikan punya lah banyak jenis. Sayur pun banyak. Dan paling penting murah. Kalau kat sini memang rambang mata nak pilih ikan. Ikan besor, ikan kecik, kau pilih nak yang mana. Paling tak menahan, bau ikan melekat kat baju kau sampai balik rumah. Kahkahkah. Try la shopping sini. Berbaloi akak habaq hang.

Cukup la eh 7 tempat shopping bajet untuk u ols. Tempat-tempat ni kira sesuai la untuk beri barang basah, barang dapur dengan bajet yang sederhana. Dan kurang sikit nafsu berbelanja lebih kalau banding shopping kat Tesco dan Giant. Pegi sana mau bertroli-troli. Hahaha.

Semoga bermanfaat untuk u ols yang tinggal dekat-dekat area sini. Moh le kita berbelanja dengan bijak!




Bye 2025, Hai 2026!

Syukur direzekikan jumpa lagi tahun baharu, Allah bagi peluang untuk jadi lebih baik dan baiki diri. Kredit: FB Introvert Hari pertama tahun...

Popular Post