Skip to main content

Posts

Showing posts with the label sambal belacan

Pasaraya Bajet di Shah Alam & Klang

Kalau bawak RM100 ke supermarket sekarang ni, agak-agaknyalah berapa barang yang boleh dapat ye? Kalau bujang tu ok lagi kot. Kalau yang dah ada family ni, beli barang keperluan anak atau barang dapur saja pun dah boleh cecah 2-3 ratus dah sekali shopping. Haa. Sebab tu kena pandai survey supermarket atau kedai yang offer harga yang affordable. Janji dapat barang yang sama kualiti. Meh akak nak share supermarket atau kedai yang pada akak, boleh la nak beli barang-barang dapur atau barang keperluan rumah dan anak dengan harga yang berpatutan. Ni untuk kawasan Shah Alam-Klang aje ye. Kawasan lain akak tak tau. Hehe. 1. Econsave Lebih tepat Jalan Kebun (lebih spesifik dekat Kemuning Greenville) sebab akak selalu pegi situ je. Yang paling dekat dengan rumah. Sayur ngan buah ok jugak beli sini. Barang basah akak tak berapa suka beli sini. Barang kering, barang rumah ok. Baju budak pun ada, takde la mahal sangat. Susu budak pun ok banyak gak choice. Lagipun tutup lewat pukul 10.30 malam....

Sambal Belacan Mak Mertua

Sambal belacan memang banyak versi. Saya ni kan belajar masak ikut buku, ikut Google. Jadinya banyak resipi sambal belacan saya cuba tapi satu pun tak kena selera suami saya. Yelah, sambal belacan mak tersedap mana ada dalam buku atau Google! Kena belajar dengan mak mertua lah. Hehe. Dan saya selama ni alergik makan belacan, maka memang tak pernah la nak belajar buat sambal belacan. Kesian incik suami. Sekarang ni alhamdulillah dah kurang alergik, makan belacan pun takde nak gatal-gatal sangat, tu yang berani masak semua nak letak belacan. Tapi apa pun tetap kena sederhana. Banyak sangat tak boleh la. Hehe. Sebab tak sempat nak tanya mak mertua, kita tanya resipi kat anak mak mertua je lah. Rupanya dia tahu! Hmmm. Sabar je lah. Ni saya kongsikan resipi sambal belacan versi mak mertua saya. Nanti balik kampung kalau ada tambahan tips saya akan update. Ini versi anak mak mertua yakni suami saya. Sambal Belacan Cik Zah Bahan: 5-6 biji cili merah 10-15 biji cili padi 1 sudu besar b...