Skip to main content

Posts

Showing posts with the label pasar raya

Pasaraya Bajet di Shah Alam & Klang

Kalau bawak RM100 ke supermarket sekarang ni, agak-agaknyalah berapa barang yang boleh dapat ye? Kalau bujang tu ok lagi kot. Kalau yang dah ada family ni, beli barang keperluan anak atau barang dapur saja pun dah boleh cecah 2-3 ratus dah sekali shopping. Haa. Sebab tu kena pandai survey supermarket atau kedai yang offer harga yang affordable. Janji dapat barang yang sama kualiti. Meh akak nak share supermarket atau kedai yang pada akak, boleh la nak beli barang-barang dapur atau barang keperluan rumah dan anak dengan harga yang berpatutan. Ni untuk kawasan Shah Alam-Klang aje ye. Kawasan lain akak tak tau. Hehe. 1. Econsave Lebih tepat Jalan Kebun (lebih spesifik dekat Kemuning Greenville) sebab akak selalu pegi situ je. Yang paling dekat dengan rumah. Sayur ngan buah ok jugak beli sini. Barang basah akak tak berapa suka beli sini. Barang kering, barang rumah ok. Baju budak pun ada, takde la mahal sangat. Susu budak pun ok banyak gak choice. Lagipun tutup lewat pukul 10.30 malam....