Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Motivasi Inspirasi

Permohonan Prasekolah 2018

Imej: Flickr Ruzaimy Ismail Untuk kedua kalinya, we ols hantar borang permohonan anak untuk ke prasekolah tahun depan. Pertama kali, tahun lepas. Cuba mohon untuk pra 5 tahun tapi keputusan dukacita. Itu yang cuba tahun ni pulak. Permohonan prasekolah untuk 2018 dah start apply online mula tahun ni. Bulan 3 lagi dah open. Tarikh tutup apply online 30 April. Tarikh tutup hantar borang ke sekolah 31 Mei. Awal kan. Kalau tak alert atau takde siapa inform, memang terlepas. Sama gak untuk permohonan Tahun 1. Lagi awal tutup. Huhu Gambar pinjam. Bukan Prasekolah anak akak ni. Hehe Jadinya we ols dah isi secara online. Then kena print borang tu. Lepas print, lekat gambar pasport anak. Sediakan dokumen yang perlu, sahkan dan submit ke sekolah pilihan berserta borang tadi. Antara dokumen yang perlu: salinan IC ibu bapa, salinan surat beranak dan mykid anak, surat nikah ibu bapa dan slip gaji. Ingat, kena sahkan dulu tau. We ols hari tu ofis sekolah mintak cikgu sorang ni sahkan ...

Team Malaysia yang Ohsem di Olimpik Rio

Wah, menjadi-jadi sungguh nampaknya team Malaysia kat Olimpik kali ni ye. Berjangkit-jangkit aura pingat dari satu team ke satu team. Bermula dengan Pandelela, lepas tu Azizulhasni "PocketRocketMan", menyusul 3 sasaran pingat team badminton pulak. Pandelela dengan Azizul pun lepas ni ada lagi acara kalau tak silap, ada chance kumpul pingat lagi ni. Gambar: nst.com.my 2 pasangan beregu dalam badminton dah tentu dah pingat, cuma tak tau lagi perak atau emas. Update: Beregu campuran berjaya dapat pingat Perak 😊 Gambar: nst.com.my Datuk Lee Chong Wei pun on the way, sekarang tengah semi final. Haaa, semangat tak akak. Walaupun rumah akak tak bertelevisyen, tapi tak menghalang akak ambik tau pasal Olimpik tau. FB kan ada. Kehkehkeh Cuma akak takleh tengok live je lah. Akak cuma tau result aje laaaa. Jadilah kan. Biar kome kome je yang rasa getarnyaaaa 😉 Apapun syabas untuk team Malaysia kali ni. Memang haibat belaka mereka. Dan pastinya memang berusa...

Pentingnya Bangun Awal Pagi

Sedar ke tidak, kalau kita terlajak tidur hingga terlepas Subuh atau sempat Subuh gajah, satu hari rasa bengong semacam. Serba tak kena. Pening. Tak boleh fokus. Waktu pagi waktu paling produktif. Kalau bangun pagi dengan positif, siapkan kerja-kerja yang susah dulu, sebab tenaga masih banyak. Fokus pun tak lari. Nak baca Quran pun, waktu pagi lepas Subuh tu yang paling baik. Nak study, kerja-kerja yang perlu tumpuan pun elok dibuat pagi-pagi. Suri rumah elok juga siapkan kerja-kerja rumah awal pagi sebelum anak-anak bangun. Taklah terkejar-kejar. Tenaga pun masih ada. Waktu pagi juga berkat. Murah rezeki. Jangan lupa baca doa pagi juga! Jom berpagi-pagi. Semoga kita beroleh rezeki dan keberkatan hari ini.

9 Tabiat Pagi Orang yang Berjaya

Berpagi-pagian mencari rezeki  Orang yang berjaya dalam hidup mesti ada tabiat pagi yang dilakukan setiap hari untuk memastikan hidupnya terus berjaya. Jom tengok apa tabiat yang orang berjaya lakukan setiap pagi untuk memastikan kelancaran sepanjang hari. Tabiat #1 - Bangun Sangat Awal Kita digalakkan bangun awal untuk buat solat tahajud, taubat dan lain-lain. Bila bangun awal, kita tak rushing sangat untuk kerja seterusnya. Beberapa bulan ni saya cuba bangun seawal 4.30 pagi, selewatnya 5.45 pagi. Alhamdulillah ada banyak perkara boleh siap sebelum anak-anak bangun. Cuba bangun 15 minit awal daripada waktu yang anda biasa bangun. Tambahkan lagi 15 minit awal untuk hari seterusnya. Amalkan selama 21 hari. Insya Allah. Tabiat #2 - Membakar Kalori Bersenam ringan atau buat apa-apa aktiviti fizikal. Boleh menyegarkan tubuh. Kalau yang suri rumah tu, boleh buat kerja rumah macam menyapu ke. Buat senaman ringkas pun boleh. Tabiat #3 - Dengar Motivasi Manfaatkan 30 minit untuk den...