Skip to main content

Posts

Cara Buat Telur Separuh Masak yang Betul

Sekian lama akak buat telur separuh masak guna satu alat yang khusus, yang dapat masa cabutan bertuah sewaktu makan malam syarikat. Memang senang kerja. Letak je telur dalam alat tu, tuang air mendidih dan tunggu hingga air tu habis turun ke bahagian dasar alat tersebut. Itu tandanya telur dah sedia untuk dipecahkan dan dinikmati. Tapi dah lama tak guna, entah dah ke mana-mana alat tu dah. Sampai beberapa minggu lepas teringin nak sarapan begini, dok buat tapi tak menjadi. Frust jugalah. Bila google, rupanya senang saja buatnya. Sebelum ni cara akak salah. Itu yang kejap telur suku je masak, kejap terus jadi telur rebus. Yang betulnya, gini caranya kalau nak buat telur separuh masak. 1. Didihkan air. 2. Dah mendidih, tutup api. Terus masukkan telur. Cepat-cepat tutup. 3. Lepas 5 minit keluarkan telur. 4. Pecahkan ke dalam mangkuk. 5. Korek baki isi putih telur, titiskan kicap lemak manis dan beberapa cubit lada sulah. Ambil roti bakar, patah du...

Farm in The City Part 2

Okey setelah sekian lama akhirnya berjaya juga sambung kisah kami ke FITC. Part ni akak cerita apa aktiviti yang korang boleh buat masa kat dalam tu. 1. Pony Ride Ada la sekor 'pony' untuk bagi anak-anak merasa naik pusing-pusing. Bayarannya 7 token (RM7 kot kalau tak salah). Boleh la pusing 1 round. Tapi ride terhad untuk budak yang dah besar. Dalam 3 tahun ke atas gitulah. Kalau budak kecik nak naik, bahaya, takut jatuh. Nak dok atas pony then bergambar, boleh lah. 2. Feed the animals Yang ni ikut sukalah. Kalau beli makanan untuk bagi haiwan makan tu, ha sua lah ke mulut kuda, kambing, arnab. Kebanyakannya memang lapar. Kuda yang kami tengok tu sampai tersua mulut keluar pagar minta makan. Kalau ikan, asal baling je palet tu, bercempera mengibas ngibas datang makan. 3. Talk + activities Ada satu corner, beberapa staf akan bagi penerangan tentang haiwan. Haiwan apa, dependlah. Masa kitorang datang, ni ha haiwannya. Nak participate dalam aktivi...

Spray & Wash, Sembur dan Cuci, Tak Perlu Memberus!

Masa quick sale sempena Parkson kata area rumah akak ni nak tutup, akak rembat satu benda yang nampak best ni. Tinggal pun sebotol je, ambik ajelah sebab terpengaruh dengan USPnya. Hahaha korang tau ka usp tu apa? USP - unique selling point Spray & Wash ni, katanya just spray aje kat kotoran pada pakaian ke fabrik ke, then biarkan maksimum 5 minit. Lepas tu terus campak masuk dalam mesin basuh. Wahhh senangla keje akak khennn. Maklumla anak-anak ni baju kalau tak tertumpah milo la, aiskrim paddle pop la, cokelet la... bukan budak kecik la namanya. Jadi akak pun cubalah hari tu kat baju anak dara yang terkena milo. Cuma after 5 mins tu, akak tenyeh la juga nak tengok kesan kotor tu tanggal ke idok. Wallahhh hilang! Best best. Then campak masuk mesin basuh macam biasa. Lepas ni gamak dah habis entah la kat mana akak nak cari. Dan lepas ni nak pulak try kat baju sekolah anak yang dah kelabu asap, kena tanah la, apalah. Geram je akak nengoknya. Syokla mai...

10 Menu dengan Menggunakan Isi Ayam (Dada)

Perasan tak kadang-kadang bila kita beli ayam sekor, bila nak buat ayam goreng ke, kari ayam ke selalulah part dada atau yang isi tebal tu diabaikan. Tapi akak tak tahulah keluarga lain, tapi kalau akak selalu gitulah takde sapa nak makan yang part tu. Yang laku of course la drumstick. Lepas tu wings ngan ribs. Yang thigh tu selalu sedih je last sekali baru dimakan. Huhu Akak yang diet yoyo ni, kadang saja asingkan isi tu kot nak panggang ke bakar ke buat sup ke. Tapi kalau ngikut ke mak mentua akak, dia suka asingkan untuk buat rencah mi ke, sayur ke, bubur ke. Dia siap dah potong kecik tau. Kalau akak terus simpan je lepas beli. Dah defrost baru akak potong ikut nak masak apa. Actually, isi ayam ni lagi senang dan cepat masak sekaligus memudahkan kerja memasak dan memakan. Meh akak list down apa menu yang korang boleh buat dengan guna isi ayam ni. Yang tulang tu simpan buat masak merah ke, kari ke, goreng tepung ke ye. Okey, menu ni actually kalau korang nak guna part tulang seka...

Apa Nak Buat Bila Kaki Tergeliat/Terpelecok

Rutin apabila kaki tergeliat ni, kan dah ambik ubat semua jadi teruskan makan. Pagi lepas mandi, tuam ais dulu kat tempat yang bengkak. Lepas tu sapu krim panas, pakai bandage/ankle support. Lepas sarapan, makan ubat. Nak solat Zuhur, buka balik bandage, biarkan kejap. Then ulang benda sama macam kat atas tu. Sama juga bila nak solat Maghrib. Kalau ada masa nak ke toilet tu, buka jelah then lap, pakai semula. Akak biasanya tak biar terdedah lama sangat, actually lagi sedap kalau berbalut sebab rasa kejab sikit kaki tu. Sesekali pusing-pusing jugak buku lali tu tapi ringan-ringan jelah. Solat, kalau tak boleh nak lipat kaki tu, boleh guna cara duduk buat sementara waktu. Tuam ais ni memang sedaplah, insya Allah cepat surut bengkak. Korang tuam lah sampai kebas untuk lebih berkesan. Hehe tapi janganlah lama sangat... dalam 15 minit setiap kali. Bengkak kat buku lali akak dah makin surut, now bengkak kat belah atas, dekat dengan jari 3-4. Lebam kat situ. Agaknya jari tu terlipat....

Farm in the City Part 1

Tak dapat nak pergi zoo, dapat pergi ladang dalam bandar pun bolehlah. Tambah pulak zoo agak jauh dari rumah, jadi kitorang decide nak melawat 'kengkawan' di Farm in the City je, dekat Seri Kembangan. Banding harga tiket walk in dengan online, yang walk in macam lagi berbaloi sebab boleh dapat harga pakej untuk family yang ada 2 adults + 2 kids. More people than that, kena top up lah but still worth it than beli single tickets. So, we ols gerak awal untuk sampai sana awal. Taman mula buka jam 9.30 pagi kalau weekend. Kitorang pegi Sabtu, we reached there around 10 am, sempatlah secure parking dalam means depan entrance. Kalau lambat, kena parking luarlah. Since memasing kebuluran, lepas dah dapat tiket semua, tangan memasing dah pakai gelang kertas, kitorang terus ke kafe dia yang kat depan sekali untuk breakfast. Kat situ boleh guna baucar, dan ada  pilihan set untuk family. Hasben akak pilih set makanan segera je yang ada sandwic, nuget, sosej, fries. Tambah order kepok l...

Rawatan Kaki Terseliuh, Terpelecok, Terpeleot

Alkisah semalam berlakulah insiden yang tak dijangka, buat pertama kali dalam hidup akak, kaki terpeleot masa turun tangga. Mujur masa tu dah sampai tangga yang last, dan bukan jatuh gedebuk. Cuma tersalah bajet kaki dan kasut pulak longgar. Terkepak kaki ke dalam, siap bunyi meletup 'pop'. Perghhhh sakit yakmat! Dah la masa tu keluar nak pergi Farm in The City, yang tentu-tentu banyak berjalan. "Tak payah pergilah", hasben kata. "Takpa. Sikit je kot ni. Nanti tuam ais sebelum pergi", jawab akak. Kami singgah umah mak dulu sebelum pergi, jadi sempatlah tuam kat buku lali tu dengan ais. Lepas tu mak sapu krim panas Flanil. Then zupppppp pegi Farm in The City kat Seri Kembangan tu. Maka berjalanlah ke seluruh farm, masa tu okey lagilah masih steady. Tapi dok terhencot-hencot jugak dah. Cuma tak berapa nak enjoylah but I managed to snap few pictures buat kenangan. But then after almost 2 hours, dah nak balik tu... ya Allah sakitnya rasa nak memijak pun ra...