16.8.19

Cara Buat Telur Separuh Masak yang Betul

Sekian lama akak buat telur separuh masak guna satu alat yang khusus, yang dapat masa cabutan bertuah sewaktu makan malam syarikat.

Memang senang kerja. Letak je telur dalam alat tu, tuang air mendidih dan tunggu hingga air tu habis turun ke bahagian dasar alat tersebut. Itu tandanya telur dah sedia untuk dipecahkan dan dinikmati.

Tapi dah lama tak guna, entah dah ke mana-mana alat tu dah.

Sampai beberapa minggu lepas teringin nak sarapan begini, dok buat tapi tak menjadi.

Frust jugalah.

Bila google, rupanya senang saja buatnya. Sebelum ni cara akak salah. Itu yang kejap telur suku je masak, kejap terus jadi telur rebus.

Yang betulnya, gini caranya kalau nak buat telur separuh masak.

1. Didihkan air.
2. Dah mendidih, tutup api. Terus masukkan telur. Cepat-cepat tutup.
3. Lepas 5 minit keluarkan telur.
4. Pecahkan ke dalam mangkuk.
5. Korek baki isi putih telur, titiskan kicap lemak manis dan beberapa cubit lada sulah.



Ambil roti bakar, patah dua, cicahkan dengan telur tadi.

Aduh. Sedap hoiiii!

Cubalah.

No comments:

Post a Comment

Ada soalan? Komen di sini.