Skip to main content

Posts

Kedai Bahan Bakeri, Rambang Mata Dibuatnya!

Hari ni besday abah mentua. Akak ngan hasben rancang nak buat sendiri kek besday. Konon bawak keluar buku dengan majalah resipi kek, nak ambik ilham tapi last akak cakap kat hasben, beli cake premix ajalah. Bukan apa, akak tak yakin nak buat yang sukat satu-satu bahan tu. Tak jadi karang, naya. Dah la kek besday huhuhu Jadi kitorang pun carilah kat Mydin tadi, tapi takde. Ada premix muffin aje. Then hasben teringat ada sebijik kedai bakeri kat Bandar Baru Salak Tinggi (BBST). Maka teruslah ke sana. Masuk ke Kedai Bahan Bakeri nama dia. Kat area Kosmopleks, sebelah kanan ada kedai dobi layan diri, sebelah kiri ada kedai gunting rambut. Wahhh masuk je semerbak bau sedap. Macam bau kek ke entah apa hidung akak tak dapat kenal pasti. Kagum gila barang-barang yang ada. Dari acuan, bahan bakeri segala mak nenek ada. Deko untuk kek pun banyak ada. Yang pasti harganya berpatutan dan banyak pilihan serta paling penting halal, tak payah pening fikir ni ada logo halal ke tidak. Banyak baha...

Bila Anak Ekzema

Pagi tadi, akhirnya ke klinik jua bawak anak bujang nombor 2 tu yang sebelum ni dok gatal, naik ruam, merah-merah kulitnya. Sebenarnya dah ok sikit tapi tetap nak bawa jumpa dokter untuk sahkan dan nak ambik ubat. Skarang ni we ols selalu pi KK je, since dekat bangat dengan rumah. Dan most of the time ubat KK serasi dengan anak-anak. Dapat consultation dokter yang ok, memang rezeki la. Tapi actually jarang sangat pun dapat dokter yang kerek. Biasa dapat dokter yang friendly, kita tanya apa pun dia jawab dengan tenang dan gembira. Haha Dan tadi bila jumpa dokter, memang pun dokter kata kulit anak dah nampak kering dan tak teruk sangat. But still it is considered as eczema. Kan ekzema ada banyak jenis. And as usual memang tak dapat dipastikan tiap-tiap ekzema tu puncanya apa. Tapi hati-hati if ada keturunan asma atau ekzema ni, memang boleh menurun ke generasi. Punca lain boleh jadi habuk dari karpet, tilam, sarung bantal, cadar segala. Boleh jadi alahan makanan macam seafood dan jaj...

Tua Bermanfaat

Kadang-kadang tu akak terfikir jugak, kalau dah tua-tua esok (sekarang ni muda lagi ok), anak-anak dah besar, apalah yang akak nak buat di rumah. Akak tak mau la sekadar dok rumah buat kerja rumah semata, layan tv sepanjang hari. Niat di hati kalau Allah bagi umur panjang, kesihatan yang baik -- nak  jugak lah bermasyarakat. Join kuliah ke, usrah ke, persatuan apa-apa ke selain akak dok membayangkan akak menulis. Dari dulu pun akak memang berniat kalau dah pencen (dulu kan akak keje), memang akak nak fokus menulis atau menterjemah. Atau buat buku. Tapi nampaknya rancangan tu Allah awalkan. Ada hikmahnya tu. Oklah akak ada job menulis ni. Melambat aje submit artikel. Time idea mencurah, anak masing-masing berkerenah. Time depa senyap sunyi, idea akak pun terbang ke mana entah. Aduh. Takpe. Akak tetap coba. Nak reti menulis, memang hang kena menulis aje. Layankan aje. Zasssss!

Siti Nurhaliza Junior is Coming!

Tumpang seronok dengaq news yang ctdk tengah pregnant. 11 tahun tunggu, berapa banyak kali dah cuba dan pernah jugak keguguran. Tengok muka dia kemain berseri. Cakap pun senyum-senyum. Lama dia tunggu kan. Bila dengaq news yang macam ni, betapa ramai orang masih berusaha dan menanti  zuriat, kita yang alhamdulillah diberi rezeki anak ni, kadang-kadang keja nak marah saja. Memang dah harus dah anak macam-macam perangai ngan kerenah, dengan cengengnya, dengan clingy-nya, dengan merengek nya kita dah tak tahan. Tak masuk lagi bab kita tengah sibuk, depa pun nak sibuk sama. Kita dok suruh depa main jauh-jauh. Huhu Mai malam, nak tidoq semua pakat dok bawah ketiak jugak. Ketiak masam ni jugak la yang depa dok berhimpit. Tengok muka tidoq, kesian. Anak bukan reti apa. Nak cakap nak apa pun tak pandai. Kita orang tua ni sikit-sikit nak marah ja. Huhuhu. Alhamdulillah rezeki yang satu ni, Allah bagi mudah. Yalahkan rezeki masing-masing tak sama. Dalam kita dok rasa syoknya couple ya...

Karnival Sekolah

Hari ni join anak-anak sedara ke sekolah depa, ada Karnival PIBG. Meriah jugaklah. Ikut hati tak mau pi sebab akak ada job nak kena submit next week tapi hasben kata jom je lah pegi ambik angin. Sekolah pun dekat je ngan rumah. Lepas sarapan kat kedai dekat ngan sekolah tu, terus la ke sana. Ada macam-macam gerai. Burger, aiskrim bajet, otak-otak segala macam. Permainan pun ada banyak khusus untuk budak-budak sekolah tu. Paintball, abseiling, masuk rumah hantu etc. Anak-anak enjoy dapat banyak mainan. Tumpang seronok tengok anak seronok. Dah lama depa pun tak keluar cam gini. Asyik pi supermarket sajo. Huhu Tengok budak sekolah ni dok terbayang esok anak sendiri masuk sekolah macamana la. Tak lama dah nak masuk Darjah 1. Besaq dah rasa. Adakah akak nanti akan ada masa macam ni nak attend program sekolah anak? Macamana anak akak nak beradaptasi dengan sekolah? Akak cuma harap anak akak mampu survive dan adapt dengan sekolah, cikgu dan kawan-kawan dia esok.

Crime Patrol Dial 100 di Tara HD

Lately ni, kat rumah dilanda ketagihan drama India. Cerita pasal kes jenayah di India, rasanya kisah benar. Tajuk Crime Patrol di Tara HD 108. Mula-mula mak akak yang tengok, lepas tu terjebak ke satu keluarga, siap rekod. Seronok juga kira terhibur jugaklah. Tiap-tiap hari pulak tu, Isnin sampai Jumaat jam 8 ke 9 malam. Ulangan keesokannya jam 12.30 tengah hari. Kes-kes yang dipaparkan memang menarik juga. Memang tak sama langsung dengan Gerak Khas ye u ols. Dan cerita ni bagi gambaran jelas camana rupa kampung kat India tu. Kalau kampung tu memang kampung betul. Yang bandar cara bandar lah. Dan satu akak perasan kes-kes jenayah ni banyak betul melibatkan skandal seks. Suami orang dengan isteri orang, kak ipar dengan adik ipar, isteri orang dengan orang bujang. Ada satu kes tu siap 1 pompuan kawen 3 lelaki! Bermadu 3 lelaki tu engkauuuu. Lepas tu kalau kes bunuh tu boleh tahan juga kejamnya. Yang rosakkan muka mayat ada, yang lempar kat laut ada. Yang tergantung kat pokok ...

Memilih Kaedah Merancang Keluarga: Pil atau Suntikan?

Sekarang ni kalau di hospital kerajaan, sebelum discaj ibu dan baby, dokter akan tanya siap-siap kaedah apa yang ibu pilih untuk merancang keluarga. Sendiri? Pil? Suntikan? Implan? IUD? Ada banyak cara kan. Mana la nak tahu nak pilih yang mana satu. Atau pilih pun sebab kakak pernah guna la, kawan yang guna la. Jadinya tak cukup pengetahuan nak buat keputusan. Akak pun mula-mula ingat nak pakai perancang ni senang aje. Pegi KK, inform nurse then bagitahu kita nak perancang apa lepas tu jumpa dokter lepas tu go on la dengan apa yang di'decide'. Rupanya prosedur nak mulakan perancang ambil masa juga. Macam buka buku merah mengandung. Sebab nak isi buku perancang pula. Misi akan interview dan isikan history. Jadi lama sikitlah. Lepas tu kena check urine dan BP.  Misi akan tanya kita nak guna perancang apa. Lepas tu dia akan advise. Kalau pil, ada macam-macam jenis pil. Ada yang single hormone (satu hormon saja contoh Noriday) dan double hormones (ada 2 horm...