Skip to main content

Kedai Bahan Bakeri, Rambang Mata Dibuatnya!


Hari ni besday abah mentua. Akak ngan hasben rancang nak buat sendiri kek besday.

Konon bawak keluar buku dengan majalah resipi kek, nak ambik ilham tapi last akak cakap kat hasben, beli cake premix ajalah. Bukan apa, akak tak yakin nak buat yang sukat satu-satu bahan tu. Tak jadi karang, naya. Dah la kek besday huhuhu

Jadi kitorang pun carilah kat Mydin tadi, tapi takde. Ada premix muffin aje.

Then hasben teringat ada sebijik kedai bakeri kat Bandar Baru Salak Tinggi (BBST). Maka teruslah ke sana.

Masuk ke Kedai Bahan Bakeri nama dia. Kat area Kosmopleks, sebelah kanan ada kedai dobi layan diri, sebelah kiri ada kedai gunting rambut.

Wahhh masuk je semerbak bau sedap. Macam bau kek ke entah apa hidung akak tak dapat kenal pasti. Kagum gila barang-barang yang ada. Dari acuan, bahan bakeri segala mak nenek ada. Deko untuk kek pun banyak ada.

Yang pasti harganya berpatutan dan banyak pilihan serta paling penting halal, tak payah pening fikir ni ada logo halal ke tidak. Banyak bahan diorang produce sendiri, jadi harganya memang alhamdulillah pada akak, mampu milik.

Tadi kitorang decide nak buat kek coklat moist dengan topping strawberi. Beli cake premix, sepeket dalam RM8 lebih, strawberry topping tu pun dalam RM8 lebih jugak. Nak buat keknya senang bangat.

Untuk kek coklat moist ni, just tambah telur, minyak dengan air saja. Lepas tu mix dengan premix tu ha. Pukul semua, masuk loyang, kite bakor.

Memang moist. Sedap!

Satu family enjoy makan. Akak pun happy. Hahaha. Maklumla akak tak berapa pandai bab baking ni. Maka nebes jugaklah kalau tak jadi. Dahlah kek besday.

Lepas ni bolehlah try cake premix lain pulak. Tadi ada butter cake, luxurious chocolate cake, red velvet, carrot cake, sponge cake. Tepung florentine pun ada.

Oklah kalau sapa yang berdekatan, nak cari bahan bakeri halal dan berpatutan, boleh la ke Kedai Bahan Bakeri ni ye.

Akak lupa alamat dia, boleh tengok kat FB: iwanabakingsolution . Owner dia friendly, siap speaking utara lagi. Hahah memang la akak suka ekekekek

Pi lah jamu mata. Hehe

Comments

Popular Post

Resipi Sambal Tumis Tanpa Guna Cili Giling atau Cili Kisar

Pernah tak rasa nak makan sambal tumis tapi takde stok cili giling atau tak sempat nak blend cili kering kat dapur? Saya pernah. Tapi kes saya sebenarnya cari cili giling siap kat kedai tapi tak ada. Jadi dapatlah idea lain. Nak jugak masak sambal sebab masa tu dah janji dengan husband. Pusing punya pusing 1 Speedmart tu tak ada satu pun cili giling. Macamana ni...saya dah tak kuasa nak pi kedai lain. Tup tup ternampak serbuk cili. Agaknya boleh guna ni kot. Tengok kat belakang peket ada resipi sambal tumis ikan bilis.   Gambar hiasan Boleh ke ni? Rembat ajelah dulu. Nak cuba. Mana tau sedap ke. Maka balik rumah saya cuba masak. Tak yakin mulanya. Mesti tak sedap ni. Hah punya lah negatif. Saya ikut aje resipi macam yang dicadangkan. Sampailah akhirnya...eh. Nampak ok macam sambal biasa. Rasa pun sedap jugak. Yay! Berjaya buat sambal tumis akhirnya. Dan boleh je masak sambal tumis tak payah guna cili giling atau cili kisar. Haaa. Apakah lagi alasan yang membuatkan kita tak p...

Scan Baby di Klinik Ajwa Shah Alam

Di Shah Alam ni, banyak juga klinik yang ada servis scan baby atau check up pregnancy.  Akak check up biasa kat Klinik Kesihatan gomen, kat Klinik Desa dekat dengan rumah ni. Tapi sebab KD takde scanner, maka akak kena pegi GP (general practitioner) atau klinik swasta untuk scan baby. Oh, klinik gomen kalau yang bertaraf klinik kesihatan ade je scanner. Cuma nak kena set appointment awal dan selalunya ramaiiii. Maka terpaksa lah husband akak melaburkan sikit duit consultation dan scan baby tiap-tiap bulan kat GP. Akak memang kena scan baby each month sebab akak ada GDM. Kena monitor growth baby, takut besar sangat atau kecik sangat. Setakat ni alhamdulillah. Growth dan berat nampak ok, selari dengan umur dalam kandungan. Mak dia je naik berat sikit. Heh. Sebelum ni, akak biasa pegi Klinik Sofia kat Seksyen 23. Rujuk entri pos kat SINI . Tapi sebab ada satu hari tu, akak pegi Klinik Sofia tapi doktor yang in charge tu tak buat scan. Alamak, klinik mana pulak akak ...

Cara Nak Tahu Kalau Anak Salah Urat/Demam Urat

Beberapa minggu lepas, banyak aktiviti luar. Berturut-turut. Disebabkan anak-anak pun keluar masuk kereta aircond, kena panas terik kat luar... masing-masing pun tak berapa sihat minggu lepas. Yang si abang nak hampir bengkak tonsil, yang adik dedar-dedar. Adik tu dengan demam uratnya dengan nak tumbuh giginya, dengan tak sabar nak meniarap hari-hari tu yang kejap panas kejap sejuk badan dia. Tapi yang pasti memang demam atau salah urat sebab bahagian atas pinggang panas, bahagian bawah sejuk. Gitu lah simptom salah urat kat budak-budak. Ini pun belajar daripada mak mertua masa anak sulung dulu la. Pernah sekali apsal kepala sampai pinggang je panas tapi kaki sejuk budak ni. Orang muda mana nak tahu. Lepas tu bawak pergi urut lah. Kami sekeluarga ni memang dah biasa guna khidmat sorang wak urut kat Sepang. Wak ni pandai urut baby dan budak. Orang lepas bersalin pun dia urut. Jadi kami anak beranak memang selalu juga lah berurut dengan dia. Masa anak sulung dulu, belum setahun umu...