Showing posts with label kesihatan ibu. Show all posts
Showing posts with label kesihatan ibu. Show all posts

3.10.17

Memilih Kaedah Merancang Keluarga: Pil atau Suntikan?



Sekarang ni kalau di hospital kerajaan, sebelum discaj ibu dan baby, dokter akan tanya siap-siap kaedah apa yang ibu pilih untuk merancang keluarga.

Sendiri? Pil? Suntikan? Implan? IUD?

Ada banyak cara kan. Mana la nak tahu nak pilih yang mana satu. Atau pilih pun sebab kakak pernah guna la, kawan yang guna la. Jadinya tak cukup pengetahuan nak buat keputusan.

Akak pun mula-mula ingat nak pakai perancang ni senang aje. Pegi KK, inform nurse then bagitahu kita nak perancang apa lepas tu jumpa dokter lepas tu go on la dengan apa yang di'decide'.

Rupanya prosedur nak mulakan perancang ambil masa juga. Macam buka buku merah mengandung. Sebab nak isi buku perancang pula. Misi akan interview dan isikan history. Jadi lama sikitlah. Lepas tu kena check urine dan BP. 

Misi akan tanya kita nak guna perancang apa. Lepas tu dia akan advise. Kalau pil, ada macam-macam jenis pil. Ada yang single hormone (satu hormon saja contoh Noriday) dan double hormones (ada 2 hormon contoh Regulon). Single hormone pill biasa dimakan masa 6 bulan pertama lepas tu digalakkan tukar ke pil yang ada 2 hormon. Akak pernah guna dua-dua, mula-mula je ada gangguan sikit menses tapi lepas tu ok. 

Satu saja kalau ambil pil ni, kena follow up kat KK tiap-tiap bulan sebab dia monthly basis. Setiap kali nak ambik pil baru kena ambik BP dan timbang berat. Nak pantau kesihatan ibu semasa dok amal perancang ni.

Pil ni, tak boleh miss sehari pun ye. Kena tiap-tiap hari makan. Nak mudah, tetapkan waktu nak makan. Pagi ke tengah hari ke malam ke. Supaya tak termiss. Dan kalau terlupa, masa ingat tu terus makan tau.

After few months, akak cakap kat misi nak cuba suntikan pulak. Akak tak larat nak pi KK every month huhu. Misi suruh consult dokter, then dokter cakap ok boleh cuba. Cuma kalau suntikan depo ni ada kemungkinan menses akan jadi lebih lama dan keluar darah sikit-sikit. Jadi mungkin kurang selesa bagi sesetengah orang. Jadi dokter advise kalau ok boleh go on dengan suntikan, if not boleh tukar balik ke pil. No problem. 

Implanon atau IUD akak takde pengalaman. Setakat dengar pengalaman orang lain adalah. 

Apapun nak mulakan perancang, consult dokter dulu. Tak boleh main balun aje sebab kita nak kena pantau kesan lepas ambil perancang tu. Perubahan mood ke berat badan ke atau apa-apa side effect. 

23.8.17

Pil Perancang

Teks: Zaila Hafni

Pil perancang ni dah biasa diamalkan oleh mak-mak kat Malaysia ni sejak dulu kala. Walaupun ada yang pandang serong kata makan pil perancang ni bagi gemok la, naik selera makan la tapi semua tu depend kat badan masing-masing.

Kenapa ambik pil perancang?

Untuk merancang keluarga lah, heh.

Buat apa nak merancang?

Banyak sebab. Selalunya sebab kesihatan. Risiko banyak nak keluarkan satu nyawa ke dunia ni. Kalau sihat walafiat alhamdulillah, beranaklah 2-3 tahun sekali ye meramaikan rakyat. Tapi kalau ada macam-macam masalah kesihatan, kena pertimbangkanlah kaedah perancangan keluarga.

Macamana nak start makan pil?

Kalau kat klinik kesihatan kerajaan, walk in dan bagitau nurse nak ambik perancang. Nanti nurse akan buka satu buku perancang, sama prosedur macam nak buka buku merah mengandung.

Lepas dah buka buku, interview semua, tak semestinya dapat pil sebab nurse dan doktor akan revise dulu tengok condition ibu dan akan cadangkan kaedah mana yang sesuai.

Tapi pilihan kaedah tetap pada ibu sama ada nak pil, cucuk depo, pasang alat atau implan.

Ini nak cerita pil saja ye.

Ok, dah buka buku, ibu kena pi kencing untuk check urin, ambik tekanan darah, timbang berat. Macam rutin mengandung jugaklah. Sebab bila ambik perancang pun nak kena monitor jugak keadaan kesihatan kot ada apa-apa side effects atau isu. So doktor akan review.

Biasa masa 6 bulan pertama lepas bersalin boleh ambik pil Noriday. Bekalan untuk 28 hari, kena makan hari-hari tak bleh miss. Noriday ni sesuai untuk ibu menyusu dan hanya ada 1 hormon saja. Tak ingat pulak progesteron atau estrogen.

Ikut kata nurse, after 6 months better tukar kepada pil yang ada 2 hormon macam Regulon. Ada hormon progesteron ngan estrogen sekali. Bekalan 21 hari.

Pil-pil lain akak tak pasti sebab akak pernah try dua ni saja.

Setakat ni ok je cuma ada masalah sikit dengan aturan period. Entah pening dah cycle nya. Haha

Tapi nak kata bertambah selera makan ke, gemok ke, pening, loya semua macam tak berlaku pada akak. Alhamdulillah. Risau la jugak kan. Tapi so far ok.

Kalau nak continue ambik kat KK, kena pi appointment tiap-tiap bulan. Bayar RM1. Pil tu if beli kat luar, RM15 kalau Noriday. Kalau Regulon tu tak pasti mahai skit kot sebab tengok import dari Belgium. Haaa kelas!

Kot gaya tak sanggup nak pi ambik atau beli pil tiap-tiap bulan, boleh cuba cucuk depo. Tu tiap-tiap 3 bulan kena cucuk kat KK ek. Pun kena bayar RM1 saja. Hat ni senang jugak tak payah pikir makan pil ke belum hari-hari. Kahkah

Apapun pilihan, rancang dengan bijak. Kalau tak dok gelisah mengandung tapi tak bersedia. Atau tension anak rapat-rapat sangat umurnya. Ibu tak sempat nak pulihkan badan. Huhu