Skip to main content

Posts

Thursday Thought

Alhamdulillah, woke up another day today. Be grateful for another beautiful day and another oppportunity to live life to the fullest. I am grateful for the small family I have. I am grateful for the chance to take care of my kids on my own. That's the beauty of being a wahm. It's so challenging being a mother, yet I enjoy every moment of that. May Allah ease the journey. Happy Thursday!

Sakit Kepala Berdenyut, Petanda Migrain?

Sakit kepala berdenyut-denyut, pada satu bahagian kepala boleh jadi petanda migrain. Pernah kena tak? Lebih kurang 75% penderita migrain ni kaum wanita tau. Nampak benor wanita ni sukar sikit nak kawal stres dan tekanan. Eh. Bukan, tu antara sebab yang mungkin menyebabkan migrain je. Banyak lagi punca lain yang sebabkan terjadinya migrain. Alkisahnya, anak-anak saya tak sihat. Dua orang sekali. Dek takut suhu badan naik tengah malam, kita tidur pun ayam-ayam aje lah. Mana tahu tetiba suhu spike ke 38 ke 39 ke, kena cecepat pegi klinik atau hospital. Yang kecik pantang kudengar merengek terus disua susu. Yang besar, perhati dulu kadang-kadang dia mengigau je. Sejak tu, waktu tidur memang terganggu. Tak cukup tidur, tak cukup rehat. Siang buat kerja macam biasa tapi lepas sehari dua, terasa sangatlah lemah satu badan. Keesokannya bertambah lemah bila kepala start pusing dan berdenyut. Memang lain macam. Saya tak pernah lagi kena macam ini. KENALI SIMPTOM MIGRAIN DI SINI. Terus amb...

Cara Nak Tahu Kalau Anak Salah Urat/Demam Urat

Beberapa minggu lepas, banyak aktiviti luar. Berturut-turut. Disebabkan anak-anak pun keluar masuk kereta aircond, kena panas terik kat luar... masing-masing pun tak berapa sihat minggu lepas. Yang si abang nak hampir bengkak tonsil, yang adik dedar-dedar. Adik tu dengan demam uratnya dengan nak tumbuh giginya, dengan tak sabar nak meniarap hari-hari tu yang kejap panas kejap sejuk badan dia. Tapi yang pasti memang demam atau salah urat sebab bahagian atas pinggang panas, bahagian bawah sejuk. Gitu lah simptom salah urat kat budak-budak. Ini pun belajar daripada mak mertua masa anak sulung dulu la. Pernah sekali apsal kepala sampai pinggang je panas tapi kaki sejuk budak ni. Orang muda mana nak tahu. Lepas tu bawak pergi urut lah. Kami sekeluarga ni memang dah biasa guna khidmat sorang wak urut kat Sepang. Wak ni pandai urut baby dan budak. Orang lepas bersalin pun dia urut. Jadi kami anak beranak memang selalu juga lah berurut dengan dia. Masa anak sulung dulu, belum setahun umu...

Nasi Arab Mudah Masak

Minggu lepas, husband dan kawan-kawannya ada majlis makan-makan. Saje together gather. Husband dah ditugaskan untuk siapkan main course, maka bertungkus-lumus jugaklah kami husband and wife siapkan makanan untuk 50 orang. Menu - Nasi Arab. Tak pernah pun masak untuk orang makan seramai ni. Selalu masak runcit-runcit je jamu family dan kawan-kawan. Ni agak mencabar jugaklah kan. Tapi husband memang confident. Dia memang biasa masak kalau masa program company beliau... program camping ke, bbq ke. Dialah masterchefnye. Hehe Nak masak nasi arab ni insya Allah ok. Sebab guna rempah segera. Beras pun dah ada siap. So tak payah nak risau tentang rasa. Insya Allah sedap! Kami masak guna rempah Nasi Arab Al Bayt je senang. Dalam 10 kotak jugaklah sebab 50 orang kan. Sekotak anggaran 4-5 orang makan. Beras dah bagi, rempah semua pun dah ada dalam. Maka bekerjasama lah husband dan wife siapkan menu. Husband tolong potong timun, tomato, bawang-bawang. Then siapkan salad arab siap-siap simpan...

Sebab Ibu Bekerja yang Menyusu Perlu Makan Multivitamin

Jadi ibu yang bekerja dan menyusu tak dinafikan memang menuntut tenaga dan kekuatan yang tinggi. Nampak macam mudah kan menyusu ni tapi ibu menyusu sajalah yang faham keadaan yang cepat lapar, mengantuk lepas menyusu, susu perahan tak cukup atau terlalu letih dengan urusan kerja, rumah dan anak. Tapi biasalah ibu-ibu ni selalu ada kuasa super. Hehe. Semua benda boleh buat padahal dalam hati kata tak larat. Dua orang kawan saya amalkan vitamin  sejak mengandung hingga menyusu mengaku yang sangat penting ambil multivitamin. Selalunya bila dah balik kerja dah letih tapi banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan. Kalau anak sorang pun penat, bayangkan kalau anak lebih ramai. Habis urusan kerja, balik untuk urus rumah pulak. Banyak tenaga kena guna. Dan dengan umur yang makin bertambah, kudrat pun selalunya makin kurang. Kadang tu bila dah letih sangat, makan pun tak berapa selera. Yang sorang ni, memang ambik multivitamin. Katanya bila makan multivitamin ni, bila balik kerja masih...

Sambal Belacan Mak Mertua

Sambal belacan memang banyak versi. Saya ni kan belajar masak ikut buku, ikut Google. Jadinya banyak resipi sambal belacan saya cuba tapi satu pun tak kena selera suami saya. Yelah, sambal belacan mak tersedap mana ada dalam buku atau Google! Kena belajar dengan mak mertua lah. Hehe. Dan saya selama ni alergik makan belacan, maka memang tak pernah la nak belajar buat sambal belacan. Kesian incik suami. Sekarang ni alhamdulillah dah kurang alergik, makan belacan pun takde nak gatal-gatal sangat, tu yang berani masak semua nak letak belacan. Tapi apa pun tetap kena sederhana. Banyak sangat tak boleh la. Hehe. Sebab tak sempat nak tanya mak mertua, kita tanya resipi kat anak mak mertua je lah. Rupanya dia tahu! Hmmm. Sabar je lah. Ni saya kongsikan resipi sambal belacan versi mak mertua saya. Nanti balik kampung kalau ada tambahan tips saya akan update. Ini versi anak mak mertua yakni suami saya. Sambal Belacan Cik Zah Bahan: 5-6 biji cili merah 10-15 biji cili padi 1 sudu besar b...

Menu Mudah Suri Bekerja Di Rumah

Sekarang ni, by hook or by crook, memang memasak kat rumah. Tak kisahlah lauk apa pun. Tapi semua pun mudah-mudah je. Sebab saya mak yang kerja dari rumah, jadinya hari-hari mesti la saya masak. Untuk anak makan, suami makan bila balik kerja. Saya pun kena makan jugak nak menyusu bagi anak baby 'makan'. Dan saya memang suka masak. Tapi tidaklah terer mana, husband saya lagi terer. Ni menu semalam. Mencabar sikit sebab menu tak pernah cuba. Ni cedok dari buku. Tak menjadi sangat. Mana taknya, siap satu lauk anak bujang dah mengadu lapar. Berhenti makan dulu. Sambung 1 lauk lagi lepas tu adiknya pula merengek nak tido. Dugaannnnn... Menu of the day: Sotong Berlada Singgang Ikan Tenggiri Salad Saderi Ikan Tenggiri Goreng Komen suami, sotong terlebih masam. Huhu. Singgang tu takde pulak komen apa tapi saya rasa macam tak cukup serai. Salad pulak macam terkurang masam kot. Haha macam-macam. Gitu la bila masak-masak kan. Setiap kali itu la kita belajar benda baru. Tapi anak...