Skip to main content

Posts

Showing posts with the label anak lasak

Fridge Lock Punah

Aduh. Tension tahap lapan puluh ganda kuasa lapan belas tau dengan fridge lock ni. Udah le akak beli nun mai dari China, guna sekejap je dah hancoooo T_T Beli kat Lazada, tapi kemahen pilih barang obersi. Seminggu lebih baru sampai barang secoet tu. Tup tup pasang sekejap je, dah tanggal gam dia dek anak-anak yang sel otak depa berhubung dengan pesatnya ni dok berhempas pulas sehabis tenaga nakkkkk juga buka pintu fridge. Hangin gok eh. Lepas tu akak boh la double sided tape berdouble double. Takde nye berkesan. Dengan selamber budak-budak tu boleh buka peti ais lantas melempor je apa yang deme nak lempor. Gerammmmm! Yang sulung tu boleh la tahan sikit, tak melempor tapi suka dok buat inspection dan menempel kat hawa sejuk. Almaklum musim ekuinoks di rumah nan tiada ekon. Yang nombor 2 tu, ya ampun. Kita marah dia buka peti ais, dilempornya botol air sejuk. Sebijik dah pecah. Botol air Shaklee pulak tu. Maghah maghah! Udah le air tumpah lagi. Fresh milk pun penah tumpah dek terl...

Cara Nak Tahu Kalau Anak Salah Urat/Demam Urat

Beberapa minggu lepas, banyak aktiviti luar. Berturut-turut. Disebabkan anak-anak pun keluar masuk kereta aircond, kena panas terik kat luar... masing-masing pun tak berapa sihat minggu lepas. Yang si abang nak hampir bengkak tonsil, yang adik dedar-dedar. Adik tu dengan demam uratnya dengan nak tumbuh giginya, dengan tak sabar nak meniarap hari-hari tu yang kejap panas kejap sejuk badan dia. Tapi yang pasti memang demam atau salah urat sebab bahagian atas pinggang panas, bahagian bawah sejuk. Gitu lah simptom salah urat kat budak-budak. Ini pun belajar daripada mak mertua masa anak sulung dulu la. Pernah sekali apsal kepala sampai pinggang je panas tapi kaki sejuk budak ni. Orang muda mana nak tahu. Lepas tu bawak pergi urut lah. Kami sekeluarga ni memang dah biasa guna khidmat sorang wak urut kat Sepang. Wak ni pandai urut baby dan budak. Orang lepas bersalin pun dia urut. Jadi kami anak beranak memang selalu juga lah berurut dengan dia. Masa anak sulung dulu, belum setahun umu...