Menjelang minggu akhir sebelum bersalin, rasa macam-macam aje belum settle, belum siap. Saspen pun ada juga. Situasi pun lebih kurang sama macam abangnya, yang mana masa ini saya memang dah ada di rumah, bebas daripada kerja di pejabat. Home Office sajalah. Banding dengan abangnya dulu, tahap kesihatan sedikit berbeza. Dulu, seawal minggu 34-35 dah refer ke HTAR. Sebab songsang dan uri di bawah (placenta previa type I). Tambah lagi, ada GDM (kencing manis) dan PIH (darah tinggi). Dulu minggu-minggu akhir tu gilir-gilir la appointment HTAR dengan KKIA... tapi alhamdulillah selamat. Bersalin pada minggu 38, induced. Induced pun sebab warded awal (spotting) dan keadaan dah favourable untuk deliver. Tapi bukaan je tak naik-naik daripada 4 cm sampai 2 hari. Nama masuk waiting list bilik bersalin, iaitu bermaksud asal ada katil kosong, bila-bila masa je saya akan di'bersalin'kan kalau masih tak sakit contraction. Kali ni, seboleh-bolehnya biarlah cukup 39 minggu. Tapi kuasa...
Everything worth sharing, it's here.