30.3.15
It's 12 Days Away...
Menjelang minggu akhir sebelum bersalin, rasa macam-macam aje belum settle, belum siap. Saspen pun ada juga. Situasi pun lebih kurang sama macam abangnya, yang mana masa ini saya memang dah ada di rumah, bebas daripada kerja di pejabat. Home Office sajalah.
Banding dengan abangnya dulu, tahap kesihatan sedikit berbeza. Dulu, seawal minggu 34-35 dah refer ke HTAR. Sebab songsang dan uri di bawah (placenta previa type I). Tambah lagi, ada GDM (kencing manis) dan PIH (darah tinggi).
Dulu minggu-minggu akhir tu gilir-gilir la appointment HTAR dengan KKIA... tapi alhamdulillah selamat. Bersalin pada minggu 38, induced.
Induced pun sebab warded awal (spotting) dan keadaan dah favourable untuk deliver. Tapi bukaan je tak naik-naik daripada 4 cm sampai 2 hari. Nama masuk waiting list bilik bersalin, iaitu bermaksud asal ada katil kosong, bila-bila masa je saya akan di'bersalin'kan kalau masih tak sakit contraction.
Kali ni, seboleh-bolehnya biarlah cukup 39 minggu. Tapi kuasa Allah, mana kita tahu.
Itu pun dah terasa-rasa dah sakit perut...false contraction sebab sebenarnya perut masuk angin. Heh.
Trimester 3 sama je ngan Trimester 1. Pantang makan lambat sikit, kembung perut. Dah makan, sendawa tak berhenti. Nak makan banyak, tak boleh. Kena makan sikit-sikit tapi selang 2-3 jam. Kadang-kadang dah mati kutu nak makan apa.
Satu lagi, tak tertahan betul kalau nak pee pee. Kadang tu keluarnya sikit aje. Tapi macam penuh sepenuh-penuhnya pundi tu. Maklumlah kepala budak dah di bawah, dok pressure pundi tu. Atau orang tua-tua kata selalu budak rambut lebat ni. Wallahua'lam.
Jantina?
Seriously...kitorang tak tahu. Haha. Cam lawak. Tapi itulah hakikatnya.
Masa 5 months, cakap kat dokter tak nak tahu walaupun dokter dah nampak. Month after that, selalu dokter tak sempat scan pulak. Maka sampailah ke minggu 35, dokter kata macam girl. MACAM je ye. Then minggu 37, pun dokter kata sama, girl. Tetapi...tak berapa clear. Maka 2 dokter lain analyse the scanned image...both of them said it's a boy.
Maka, moral of the story....tunggu je baby keluar. Haha. Yang penting sihat, sempurna dan selamat.
It's 12 days away. Nervous but at the same time excited juga.
Saya mohon maaf kalau ada kesilapan apa-apa yang tidak disedari. Doakan proses bersalin saya berjalan lancar, mudah dan selamat. Semoga anak dan ummi selamat semuanya, insya Allah.
20.3.15
Resipi 15 Minit: Spageti Bolognaise
Semalam, teringin pulak nak makan pasta. Lagi pun dah lama tak masak sendiri. Dan memang ada stok pasta dan sos pasta di rumah. Jadinya, dengan ada sikit ayam, boleh tambah dalam sos pasta tu.
Pasta yang saya pilih - spageti. Dan sos pasta yang saya guna, jenis serbuk dalam peket. Sos tomato segera untuk pasta. Tapi kedua -dua bahan ni bukan jenama biasa yang saya guna.
Dua-dua bahan ni saya beli kat kedai arab. Mahnaz Food kat Seksyen 22, Shah Alam.
Sebelum ni, pernah nampak ada terjual pasta tapi tak terasa nak beli pun sebab matlamatnye pegi selalu nak beli kurma atau madu je.
Hari tu, saja la cakap kat hasben jom try mana tau sedap ke kan. Maka beli la serba satu spageti ngan sos pasta tu.
Dua-dua produk from Turki. Pasta tu brand Kartal. Sos pasta brand Basak.
Nak masaknya sama je macam kita masak spageti brand lain pun. Rebus pasta sampai al dente. Then toskan.
Sos pasta tu pulak, mula-mula panaskan marjerin/butter, masukkan air. Then masukkan serbuk sos tu. Kacau hingga pekat dan larut semuanya.
Cuma saya tambah ayam cincang. Tumis kejap lepas panaskan butter. Kalau tak, boleh makan terus je dengan sos tu. Dalam sos dah ada semua sekali dengan herbs. So dah tak payah tambah apa-apa lagi dah.
Dah pun siap.
Saya tambah parmesan cheese sikit dan nak juga tabur italian herbs. Hehe. Maka siaplah lunch segera saya - spageti bolognaise 15 minit :)
Sesuai sangat kalau kita tak de banyak masa kat dapur atau dalam keadaan yang lapar gile!
Jadi takde alasan untuk dapur tak berasap ye. Ngeee
18.2.15
Apa Kaitan Mengandung, Saiz Sandal dan Vitamin C?
Semalam, rancak perbualan di group bisnes saya. Daripada satu topik ke satu topik sampai ke satu topik ni, yang mana berkenaan kehebatan Vitamin C.
Vitamin C, vitamin yang agak popular dalam kalangan kita, bukan? Dari kecik sampai besar kita digalakkan ambik vitamin C tak kiralah dalam bentuk tablet atau pun dengan makan buah yang kaya vitamin C. Yang saya sedia maklum, vitamin C penting untuk elak demam, selsema dan batuk, makna kata untuk tingkatkan keimunan badan. Tapi tau tak ada manfaat lain vitamin C ni?
Untuk ibu mengandung macam saya ni, dah tentulah penting. Saya memang ambik Sustained Release Vita-C untuk elak batuk, demam, selsema sepanjang mengandung sebab sebolehnya saya nak sihat-sihat saja dalam tempoh ini. Insha Allah. Maklumlah, dalam keadaan ni, kadang-kadang sakit sikit tu impaknya 2 kali ganda. Walaupun batuk ringan...
Semalam, daripada hasil perbincangan, antara kesan pengambilan vitamin C sepanjang mengandung berdasarkan pengalaman kami:
Mengurangkan sembab di muka
Mengurangkan kaki bengkak
Ini pengalaman saya sendiri. Saya perasan yang saya tak tukar sandal yang saya pakai sejak 8 bulan lalu (sebelum mengandung). Dan masih muat. Cuma sandal tu aje yang tak tahan dek dikerjakan saya ke sana sini. Masuk dalam perancangan juga, tukar sandal baru tapi sebab sandal yang ada ni masih boleh pakai dengan selesa, saya hampir terlupa. Masa mengandung anak pertama dulu, ada tukar sandal tapi tak ingat masa bulan keberapa. Dan setiap kali check up pun, bila nurse check kaki, pun kata takde bengkak. Kaki gemok sikit ada lah. Normal la tu, perubahan hormon masa mengandung. Dan nurse memang pantau sebab saya ada history darah tinggi dulu, yang mana kaki bengkak adalah satu tanda perlu berjaga-jaga bagi ibu berisiko macam saya ni. Jadi...kena konsisten makan vitamin, jimat duit tak payah tukar sandal banyak kali..haha!Kurang selsema, batuk dan demam
Sepanjang mengandung kali ni, batuk-batuk ada lah sekali hari tu. Itu pun sekejap je. Alhamdulillah demam, selsema tak de. Rasa kering tekak je, cepat-cepat minum air lebih sikit. Atau ambil vitamin C lebih sikit. Bukan apa, kalau tak sihat masa mengandung ni, nak makan ubat pun tak digalakkan sangat dan sakit sikit pun dah rasa tak selesa.Ibu mengandung juga disaran mengambil multivitamin (turut bantu kurangkan edema iaitu sembab muka dan kaki bengkak) iaitu pil yang dalam sebiji tu ada kebanyakan nutrien penting. Pilih yang mengandungi vitamin A, C, E, B Complex, mineral surih (magnesium, kalsium, zink dan selenium). Saya pilih multivitamin Vita-Lea with Iron Formula sebab tak mampu tahan dengan Zincofer (multivitamin yang diberi oleh Klinik Ibu dan Anak).
Ok lah. Tengah tunggu turn check up ni. Hopefully semua baik-baik sahaja. Insha Allah.
17.2.15
Pisang Goreng Cheese Sedap di Shah Alam
12.2.15
Elak Rebah, Kekal Gagah di Trimester 3
Sekuat mana saya tahan rasa letih + penat + mengantuk saya ni, kadangkala saya terpaksa akur juga yang sebenarnya badan saya perlu rehat.
Dengan perut yang dah makin ke depan, jalan pun tak boleh nak laju-laju dan cepat mengah -- perubahan fizikal yang nak ingatkan saya yang saya tak boleh nak bergerak macam sebelum-sebelum ini.
Sekarang, nak drive pun rasa betapa penat, lagi mengadap kerja-kerja yang sama setiap hari yang harus saya bereskan sebelum saya bersalin.
Bila saya Google tadi sebab saya rasa mengantuk dan letih sangat ni, barulah faham yang simptom begini lazimnya muncul semasa trimester 1 (memang keletihan melampau waktu itu) dan stabil semasa trimester 2 dan kembali pada trimester 3.
Ye saya dalam trimester 3 dan dah tak lama dah nak bersalin (semoga Allah mudahkan urusan bersalin saya kali ni).
Kalau saya baring ni, memang confirm terus lena. Hehe.
Bila sampai ke penghujung ni, maklum la banyak benda perlu settle, banyak benda perlu fikir, kadang-kadang tu rasa nak meletup juga. Tapi bila ada kekurangan dalam pemakanan kita, yang kita tampung dengan vitamin, insha Allah tekanan tu berkurang. Atau, kita dapat hadapi semua tu dengan baik dan tenang.
Konsisten je ambik multivitamin, pil kalsium, B Complex - insha Allah.
Selain berdoa pada Allah - amalan rohaniah tak boleh tinggal. Untung ada mentor dan kawan-kawan yang selalu ingatkan. Manusia lupa.
Semoga saya akan terus tenang untuk selesaikan apa yang tertunggak ini, dan mampu berehat lebih sikit sebelum bersalin. Doakan la ye.
Jangan nanti suami saya pelik pulak awat bini dok cium tangan berkali-kali. Nak rasa ketenangan, bang. Haha.
3.2.15
Salun & Spa Muslimah - Siti Salon-Al Zahrah, Seksyen 7, Shah Alam
Bulan lepas, akhirnya berjaya potong rambut setelah sekian lama. Kenapa saya kata berjaya? Sebab sebelum tu asyik tertangguh nak cari masa nak selit ke salun. Saya sebenarnya ada salun favourite di Seksyen 18, Shah Alam. Tapi, bila call owner tu tak angkat pulak. Salun pun tutup. Jadinya saya terus google cari lokasi salun muslimah yang ada di sekitar Shah Alam.
Terjumpa di blog Ainul Mustafa tentang Salun Muslimah Al-Zahrah. Teruja nak pergi, lagipun saya agak familiar dengan Seksyen 7. Jadi, terus pergi ke sana. Tengok review nya pun banyak yang positif. Saya pun nak juga rasa sendiri.
Premis salun ni tak susah sangat nak cari. Dekat dengan Fareeda (kalau sesiapa yang biasa datang). Ini Seksyen 7 yang dekat area Jakel. Tapi on the other side. Saya biasa juga datang sini, pernah makan kat restoran kat sebelah bawah. Oh ya, salun ni kat tingkat 2, jadi kena mendaki tangga sikit lah ya.
Masa saya sampai, tengah hari. Daftar nama, dan tunggu. Kebetulan masa tu ramai customer. Kena tunggu lama sikit lah sebab dalam ramai-ramai pekerja tu pun (5-6 orang) semuanya occupied dengan customer. Ada yang tengah buat treatment, ada yang datang anak-beranak jadinya kena sabar menunggu.
Tapi, tak boring sangat nak menunggu pun sebab mula-mula customer dah dihidangkan secawan teh. Cewah. Dan boleh lepak-lepak depan tv sambil baca majalah. Taklah bosan menunggu sangat.
Saya selalu gunting rambut dan cuci sekali. Sesekali orang tolong syampukan rambut best jugaklah. Sambil-sambil tu diurutnya kepala sekali.
Pekerja semua muda-muda. Tapi nampak terlatih. Cepat aje buat kerja dan bagi saya, saya suka dan puas hati. Selain suasana yang selesa.
Yelah, zaman dulu-dulu, mak saya bawak gunting rambut kedai aunty Cina kat pekan. Sekarang dah payah sebab batasan aurat. Selain kedainya yang pintu terbuka, suaminya kadang-kadang keluar masuk. Dan masa itu dan saya rasa kebanyakan tempat luar bandar masih lagi macam tu. Jadi tepat sangat ada salun muslimah macam ni, kita rasa selesa dan aurat terjaga.
Kat sini, spa pun ada. Nak try jugak lah one fine day. Insha Allah lepas bersalin nanti ke.
Saya memang recommend salun ni kalau sesiapa yang tinggal sekitar Shah Alam. Kalau nak datang weekdays, ok je. Kalau weekend, better buat appointment sebab selalu penuh. Demand tinggi ooo.
Sesekali, best juga dapat rehatkan diri macam ni. Harga pun saya kira berpatutan. Gunting rambut dan cuci sekali hari tu saya bayar dalam RM46. Pada saya, masih ok.
Salun ni jugak tersenarai antara salun pilihan di wanista.com.
Kalau anda berminat nak cuba gunting rambut ke, merawat rambut ke atau rawatan spa boleh ke alamat ni. Untuk muslimah saja ye.
Siti Salon Al Zahrah Shah Alam
14B, Jalan Plumbum Q, Seksyen 7, Shah Alam
29.1.15
Bagaimana Saya Meningkatkan Bacaan Hb Semasa Mengandung
Saya ambil 1 tab saja. Kalau bandingkan kandungan zat besi (iron) memang jauh beza dengan Zincofer. Zincofer memang tinggi sangat iron dia.
Bulan berikut tu, bila check Hb -- tak memberangsangkan. Sedih jugaklah.
Lepas tu saya up jadi 2 tabs Vitalea, bulan seterusnya check up, nurse tak cakap apa pun. Yang di soundnya berat badan naik aje. Hb? Sepatah tak komen.
Bila saya tengok kat buku merah tu, rupanya reading ok! Alhamdulillah dah 11 ++ banding sebelum ni cukup-cukup makan.
Makanya, saya kena ambil 2 tabs Vitalea untuk bekalan zat besi yang cukup dan yang paling best saya tak pening :)
Jadi, saya continue ambil hingga sekarang.
Kalau kita ada pilihan yang lebih baik dan semula jadi (berbanding ubatan sintetik), baik ambik yang semula jadi, ye tak.
Untuk ibu-ibu mengandung yang ada masalah yang sama macam saya, saya sarankan ambil Vitalea ni. Bagus sangat, insha Allah. Lepas bersalin nanti pun elok diteruskan juga sebab nak menyusu.
![]() |
| Selain Vitalea, ibu mengandung juga digalakkan mengambil Ostematrix (tablet kalsium) bagi yang sukar minum susu |
![]() |
| Pill box saya untuk sehari. 2 tabs Vitalea (hijau), 1 tab B Complex (kuning) dan 2 Vitamin C (putih) |
Bye 2025, Hai 2026!
Syukur direzekikan jumpa lagi tahun baharu, Allah bagi peluang untuk jadi lebih baik dan baiki diri. Kredit: FB Introvert Hari pertama tahun...
Popular Post
-
Pernah tak rasa nak makan sambal tumis tapi takde stok cili giling atau tak sempat nak blend cili kering kat dapur? Saya pernah. Tapi kes s...
-
Di Shah Alam ni, banyak juga klinik yang ada servis scan baby atau check up pregnancy. Akak check up biasa kat Klinik Kesihatan gomen, k...
-
Beberapa minggu lepas, banyak aktiviti luar. Berturut-turut. Disebabkan anak-anak pun keluar masuk kereta aircond, kena panas terik kat lua...

.jpg)

