Skip to main content

Posts

Apa Kaitan Mengandung, Saiz Sandal dan Vitamin C?

Semalam, rancak perbualan di group bisnes saya. Daripada satu topik ke satu topik sampai ke satu topik ni, yang mana berkenaan kehebatan Vitamin C. Vitamin C, vitamin yang agak popular dalam kalangan kita, bukan? Dari kecik sampai besar kita digalakkan ambik vitamin C tak kiralah dalam bentuk tablet atau pun dengan makan buah yang kaya vitamin C. Yang saya sedia maklum, vitamin C penting untuk elak demam, selsema dan batuk, makna kata untuk tingkatkan keimunan badan. Tapi tau tak ada manfaat lain vitamin C ni? Untuk ibu mengandung macam saya ni, dah tentulah penting. Saya memang ambik Sustained Release Vita-C untuk elak batuk, demam, selsema sepanjang mengandung sebab sebolehnya saya nak sihat-sihat saja dalam tempoh ini. Insha Allah. Maklumlah, dalam keadaan ni, kadang-kadang sakit sikit tu impaknya 2 kali ganda. Walaupun batuk ringan... Semalam, daripada hasil perbincangan, antara kesan pengambilan vitamin C sepanjang mengandung berdasarkan pengalaman kami: Mengurangkan se...

Pisang Goreng Cheese Sedap di Shah Alam

Rata-rata orang craving pisang goreng cheese ni kan. Dah tu ada macam-macam topping pulak tu. Lepas tu lagi, harga pun hmmmm... boleh tahan juga untuk satu set. Padahal kalau beli pisang goreng tepi jalan (kat sebelah Klinik Kesihatan Seksyen 19 Shah Alam ada satu stall pisang goreng sedap) RM3 - balik tabur cheese kat atas tu baru berapa ringgit je kosnya kan. Tapi kalau dah tak berapa rajin tu - beli je lah yang dah siap ni haa. Saya tak ada lah nak craving sangat cuma kawan yang dok mencanang katanya sedap bebenor. Jadi saya cuba sekali kat Tam Nasi Ayam, Seksyen 23 Shah Alam (sebelah Aeon Big, tepi highway LKSA). Boleh tahan la buat lepas teringin. Tapi sekarang ni, kalau singgah makan situ lagi pun, takde la nak sangat makan ni, bila nengok kan harga nye (dasar kedekut eh... bukan, berjimat). Sedap tu sedap jugak lah. Dan saya rasa dah banyak kot tempat jual pisang goreng macam ni. Cuma saya baru berkesempatan merasa yang ni aje. Kalau orang yang ada kencing manis n...

Elak Rebah, Kekal Gagah di Trimester 3

Sekuat mana saya tahan rasa letih + penat + mengantuk saya ni, kadangkala saya terpaksa akur juga yang sebenarnya badan saya perlu rehat. Dengan perut yang dah makin ke depan, jalan pun tak boleh nak laju-laju dan cepat mengah -- perubahan fizikal yang nak ingatkan saya yang saya tak boleh nak bergerak macam sebelum-sebelum ini. Sekarang, nak drive pun rasa betapa penat, lagi mengadap kerja-kerja yang sama setiap hari yang harus saya bereskan sebelum saya bersalin. Bila saya Google tadi sebab saya rasa mengantuk dan letih sangat ni, barulah faham yang simptom begini lazimnya muncul semasa trimester 1 (memang keletihan melampau waktu itu) dan stabil semasa trimester 2 dan kembali pada trimester 3. Ye saya dalam trimester 3 dan dah tak lama dah nak bersalin (semoga Allah mudahkan urusan bersalin saya kali ni). Kalau saya baring ni, memang confirm terus lena. Hehe. Bila sampai ke penghujung ni, maklum la banyak benda perlu settle, banyak benda perlu fikir, kadang-kada...

Salun & Spa Muslimah - Siti Salon-Al Zahrah, Seksyen 7, Shah Alam

Bulan lepas, akhirnya berjaya potong rambut setelah sekian lama. Kenapa saya kata berjaya? Sebab sebelum tu asyik tertangguh nak cari masa nak selit ke salun. Saya sebenarnya ada salun favourite di Seksyen 18, Shah Alam. Tapi, bila call owner tu tak angkat pulak. Salun pun tutup. Jadinya saya terus google cari lokasi salun muslimah yang ada di sekitar Shah Alam. Terjumpa di blog Ainul Mustafa tentang Salun Muslimah Al-Zahrah. Teruja nak pergi, lagipun saya agak familiar dengan Seksyen 7. Jadi, terus pergi ke sana. Tengok review nya pun banyak yang positif. Saya pun nak juga rasa sendiri. Premis salun ni tak susah sangat nak cari. Dekat dengan Fareeda (kalau sesiapa yang biasa datang). Ini Seksyen 7 yang dekat area Jakel. Tapi on the other side. Saya biasa juga datang sini, pernah makan kat restoran kat sebelah bawah. Oh ya, salun ni kat tingkat 2, jadi kena mendaki tangga sikit lah ya. Masa saya sampai, tengah hari. Daftar nama, dan tunggu. Kebetulan masa tu ramai customer. Kena t...

Bagaimana Saya Meningkatkan Bacaan Hb Semasa Mengandung

Salah satu dilema ibu mengandung adalah bacaan Hb rendah. Apa dia Hb rendah tu? Senang nak faham, kurang darah. Hb tu hemoglobin. Hemoglobin ni peranan dia untuk angkut oksigen dalam darah. Maka kalau kurang hemoglobin, akan kuranglah oksigen yang diangkut dalam darah. Bila tak cukup oksigen, itu yang kita tengok orang yang Hb rendah ni selalu pucat, cepat letih, dan tak bermaya. Dan keadaan ni sangat bahaya untuk ibu mengandung. Sebab tu nurse dan doktor akan pantau betul-betul kalau bacaan Hb kita rendah. Berapa bacaan yang dikatakan rendah tu? Borderline reading adalah 11. Kurang daripada tu (9-10) memang kena top up dengan vitamin tinggi zat besi sebab mungkin kita tak ambik zat besi yang cukup dalam diet harian kita. Saya juga salah seorang yang tergolong dalam kategori yang Hb rendah di trimester pertama. Tapi bacaan borderline lah. Tidaklah sampai terlalu rendah. Rupanya selama ni yang saya selalu penat dan letih walaupun cukup tidur dan rehat, kerap rasa...

Pasta Bolognaise Telur?

Rentetan tonsil bengkak kat anak, sekarang ni alhamdulillah bengkak makin surut tapi masih ada demam dan batuk berkahak. Maka, kemanjaan beliau sangatlah ketara dan sikit-sikit nak ABAH. Huhu. Abah masuk bilik air, abah solat tak sampai seminit dah nangis-nangis panggil abah. Nak abah dukung. Layankan aje lah anak bujang kurang sihat. Hari ni, anak tak ke taska. Abahnya teman di rumah. Lagipun nak mengurangkan dia terdedah kat kawan-kawan yang batuk kat taska. Kurang imun ni. Kadang makan Vitamin C Chewable tu tapi dihisapnya separuh, dilueknya balik. Minyak ikan curi-curi masuk dalam susu... cuma sabar sikit bau minyak ikan tulen pekat melekat semerbak harummmm itu. Mealshakes ok la sebab sedap kan rasa vanilla gitu nya. Maka lunch dua beranak di rumah adalah yang tak de jual di kedai ye tuan-tuan dan puan-puan. Ta daaa!! Pasta dengan bolognaise telur katanya. Hehe. Ok lah nak juga anak ni makan. Dia memang geng dengan abah... selera sama. Makanan eksotik macam ni ummi nye pan...

Misi Bangun Awal dan Kelab 5 Pagi

Seminggu ni, alhamdulillah mampu bangun sebelum Subuh. Saya taklah kata saya bangun jam 5 pagi setiap hari tapi setakat seminggu ni, memang sebelum jam 5 tu sebenarnya saya dah automatik terjaga (walaupun belum melompat dari katil...ahaks). Betul. Bila kita buat sesuatu memang lebih baik secara berkumpulan. Bukan tak boleh sorang-sorang tapi kadang-kadang kalau terbabas atau tersasar kita sukar nak get back on track. Manusia hari-hari perlu motivasi. Carilah sumber motivasi anda. Saya join group Kelas 5 Pagi , initiated by Kak Aishah Amin . Sebenarnya sebelum tu lagi saya memang cuba nak buat tapi selalu sangattttt terbabas. Agaknya tak cukup kental lagi tu. Dan sekarang yang paling best adalah kami sama-sama buat (saya dan suami). Kadang tu dia lagi awal bangun. Hehe. Nak tak nak bini kena la bangun sama ye tak. Sebenarnya, banyak sangat manfaat bangun awal pagi macam ni. Tambah lagi untuk saya yang ada anak kecik ni, sangat membantu saya buat kerja-kerja rumah sementara...