Imej: Kementerian Kesihatan Malaysia Banjir sudah mulai surut di sesetengah kawasan, namun masih ada lagi kawasan yang masih belum reda. Biarpun banjir makin pulih, tapi harus diingat, impak dan fasa pemulihan pasca banjir amat penting dan besar. Semoga semua mangsa TABAH. Dalam pada itu, awasi juga penyakit-penyakit berjangkit dan penyakit bawaan air yang boleh mengancam kesihatan orang dewasa tambah lagi kanak-kanak. Antara penyakit yang berisiko ketika banjir adalah cirit-birit dan demam kepialu (taun). Awasi simptom-simptom berikut (jika berterusan) dan berjumpalah pakar kaunseling atau doktor: - Resah gelisah - Kurang bermaya - Marah - Murung Simptom-simptom lain yang berkaitan dan perlu diambil perhatian, terus ke hospital jika berlarutan: - Loya, muntah - Cirit-birit - Perut meragam - Sakit otot - Demam tinggi - Masalah pernafasan (sesak nafas, sakit dada) Ini kerana, air banjir mengandungi pelbagai bahan beracun yang juga berbahaya kepada kesihatan ...
Everything worth sharing, it's here.