Semasa mengandungkan sulung, saya memang ada darah tinggi. Masa mula-mula check up terkejut dokter dan nurse sampai beberapa kali ulang ambik BP. Masa tu agaknya dengan nervous lagi, memang tinggi lah. Dan bermula la episod saya ulang alik ke klinik dan rekod BP setiap 2 minggu. Sampai beli sendiri lah Blood Pressure Monitor. Takkan tiap-tiap kali nak kena pi klinik... dah tu kena caj pulak. Terpaksa melabur sikit. Tapi sangat berbaloi sebab satu keluarga boleh guna. Bagi yang tak tahu, bacaan normal tekanan darah adalah 120/80. Kalau kurang daripada tu, tekanan darah rendah, kalau lebih tekanan darah tinggi lah (atau hipertensi). Untuk ibu mengandung, memang dokter akan pantau rapat sebab boleh beri kesan pada ibu dan baby. Kesan yang macamana, saya kongsikan lain kali. Dulu macam-macam petua juga ikut untuk kurangkan darah tinggi ni, mula-mula memang susah. Sebab kita dah terbiasa dengan tabiat makan kita yanh tak sihat tu. Sangat kritikal kawal kandungan garam dalam diet dan jug...
Everything worth sharing, it's here.