Skip to main content

Posts

Motivasi Jumaat

Carilah motivasi anda. Sama ada individu, persekitaran, lagu atau benda. Motivasi perlu dicari dan dipupuk. Dan perlu dibaja. Hilang motivasi, hilang semangat. Jangan biarkan ia hilang.

Semerbak Bau Asam Pedas Pari

Apa saja yang mak kita masak walaupun yang seringkas mungkin mesti sedap di mulut kita. Makan bertambah. Pasti. Lagi-lagi kalau mak masakkan apa yang kita suka. Asam pedas ikan pari, contohnya. Tapi versi arwah mak saya dengan versi mak mertua saya tak sama. Jauh berbeza sebab satu versi utara, satu versi selatan. Saya yang selama ni hanya tahu asam pedas adalah yang jenis rebus. Pernah cuba nak masak tapi tengok resipi jenis tumis. Baru saya tahu rupanya ada dua versi asam pedas 😊 Walau apapun, kedua-duanya sama sedap. Kedua-duanya dimasak dengan ikhlas dan kasih sayang. Cukup rencah dan rasanya. Walaupun masakan saya tak sesedap kedua-dua mak saya, tapi saya tetap akan usahakan supaya anak saya akan merasa sama macam yang saya rasa terhadap masakan mak-mak saya. Cuma perlu rajin untuk masak 😉 Berbalik kepada asam pedas, bahan utama kan daun kesum dan bunga kantan. Daun kesum - saya suka baunya. Bau laksa. Bunga kantan... harga terkini RM4.90 sekuntu...

Hilangkan Mengantuk di Waktu Siang

Bab mengantuk waktu siang, cepat letih, selalu lesu, takde mood nak kerja, kemurungan selalu jadi kat ibu bekerja kan? Mana taknya, ibu-ibu yang bekerja ni mana la berhenti 'kerja' sepanjang hari. Kena urus masa dengan baik -- ya, tapi tak boleh nafikan nak konsisten agak sukar dek dah habis tenaga, yang penting nak tidur. Saya memang ada masalah mengantuk waktu pagi, kadang-kadang hilang fokus memandu (yang mana sangatlah berbahaya) dan lesu bila dah sampai ofis. Nak mengadap kerja 9-5 terasa sungguh la panjang. Semua kerja dirasakan bosan. Memang tak produktif langsung. Dan bila nak hilangkan mengantuk, pegi pulak buat kopi. Sebenarnya terlalu banyak kafein dalam badan pun boleh buat kita letih lesu. Itu 'penyegar' sementara saja. Dan bila kandungan kafein banyak sangat dalam badan, ada kesan jangka panjang juga. Hati-hati dengan pengambilan kafein sehari-hari dan minum banyak air kosong untuk detoks. Selain jadual tidur yang berubah masa puasa-raya, huru-hara...

Raya Orang Jawa

Suami saya daripada keluarga Jawa. Maklum kita tahu, orang Jawa banyak adat tradisi dan kebiasaan dan juga kepelbagaian makanan. Kalau dulu, yang saya tahu dan suka makan hanyalah tempe. Sekarang ni? Dah macam-macam. Raya orang Jawa dengan raya orang melayu kebanyakan macam saya di Utara nun dah tentu la tak sama. Dari segi makanan. Raya ni asyik cerita makanan aje kan. Sinonim katanya. Apapun jangan dilupa saudara kita di Gaza sana yang masih bertempur dengan Zionis laknatullah. Doakan keselamatan dan kemenangan untuk umat Islam Palestin. Raya tahun pertama sebagai menantu orang Jawa...balik kampung di Bagan Datoh. Betul-betul kampung original. Ada la sikit sama dengan suasana kampung sendiri. Dah memang asal pun orang kampung juga saya ni. Jadi seronok. Tahun ni dah masuk tahun ketiga. Alhamdulillah :) Menu hari raya orang Jawa: 1. Pecal. Kebanyakan rumah akan menjamu pecal. Yang beza sayur-sayuran yang diguna dan dah tentu rasanya. Tapi semua sedap. Selalunya kuah p...

Try Me!

Misi 5 Pagi: Jom Mulakan!

Saya memang berniat nak bangun awal dan boleh gerak awal ke tempat kerja tanpa sakit hati terkejar-kejar. Bukan apa, bila dah lambat, akan jadi semakin lambat dan belum pun mula kerja, saya dah berpeluh-peluh dan penat. Lagi stres kalau tak sempat sarapan. Atau sarapan dalam keadaan kelam-kabut. Habis rosak satu hari saya. Suami pun dah pesan, bangun awal, siap urusan awal sebelum si kecik saya tu bangun. Senang takde gangguan. Paling tidak, dia akan merengek nak susu bila nak Subuh. Dan memang betul, bangun awal sikit daripada biasa, banyak urusan boleh diselesaikan dan kita tak serabut. Saya pernah ternampak di FB - Kelab 4.00 Pagi. Wow. Bangun seawal 4 pagi. Tapi, buat masa ni, saya boleh cuba masuk Kelab 5 Pagi dulu, dan saya ambil kesempatan bangun sahur sekali untuk ganti puasa. Dah berminggu-minggu buat cubaan nak puasa, tapi ada saja alasan dan halangan. Terbaru, batuk dan tonsil bengkak. Sayang tak dapat sehari pun puasa dalam bulan Rejab. Misi terus di bulan Syaaban. Ma...

Persediaan Berpuasa

Dah masuk bulan Rejab dah kita ni. Syukur Allah bagi lagi peluang, insya Allah sampai ke Syaaban, Ramadan dan Syawal. Bagi yang belum habis ganti puasa, better start from now. Ini pun sebenarnya dah masuk masa kecederaan dah ni, kurang 2 bulan lagi je kita dah nak start puasa. Mana la tau nanti tak sihat ke, ada halangan apa-apa ke...jadi mula daripada sekarang. Tapi itulah, nak mulakan tu memang la liat sikit. Tapi percayalah bila dah mula, everything will be fine and smooth. Insya Allah. Saya pun dalam misi nak habiskan semua puasa ganti ni. Dan nak bersedia daripada sekarang sebab saya jangka saya akan makin sibuk dengan urusan bisnes saya. Alhamdulillah, daripada tak pernah terpikir nak berbisnes, tiba-tiba seronok pulak.  Kuasa Allah. Boleh ubah hati hambaNya bila-bila je. Ok, bab nak bersedia untuk berpuasa. Harus kena biasakan diri. Dengan jadual yang makin sibuk, padat dan dengan anak yang makin membesar dan lasak. Kalau tahun lepas, cabaran nak menyusuk...