16.8.19

Cara Buat Telur Separuh Masak yang Betul

Sekian lama akak buat telur separuh masak guna satu alat yang khusus, yang dapat masa cabutan bertuah sewaktu makan malam syarikat.

Memang senang kerja. Letak je telur dalam alat tu, tuang air mendidih dan tunggu hingga air tu habis turun ke bahagian dasar alat tersebut. Itu tandanya telur dah sedia untuk dipecahkan dan dinikmati.

Tapi dah lama tak guna, entah dah ke mana-mana alat tu dah.

Sampai beberapa minggu lepas teringin nak sarapan begini, dok buat tapi tak menjadi.

Frust jugalah.

Bila google, rupanya senang saja buatnya. Sebelum ni cara akak salah. Itu yang kejap telur suku je masak, kejap terus jadi telur rebus.

Yang betulnya, gini caranya kalau nak buat telur separuh masak.

1. Didihkan air.
2. Dah mendidih, tutup api. Terus masukkan telur. Cepat-cepat tutup.
3. Lepas 5 minit keluarkan telur.
4. Pecahkan ke dalam mangkuk.
5. Korek baki isi putih telur, titiskan kicap lemak manis dan beberapa cubit lada sulah.



Ambil roti bakar, patah dua, cicahkan dengan telur tadi.

Aduh. Sedap hoiiii!

Cubalah.

9.8.19

Farm in The City Part 2

Okey setelah sekian lama akhirnya berjaya juga sambung kisah kami ke FITC. Part ni akak cerita apa aktiviti yang korang boleh buat masa kat dalam tu.

1. Pony Ride


Ada la sekor 'pony' untuk bagi anak-anak merasa naik pusing-pusing. Bayarannya 7 token (RM7 kot kalau tak salah). Boleh la pusing 1 round. Tapi ride terhad untuk budak yang dah besar. Dalam 3 tahun ke atas gitulah. Kalau budak kecik nak naik, bahaya, takut jatuh. Nak dok atas pony then bergambar, boleh lah.

2. Feed the animals


Yang ni ikut sukalah. Kalau beli makanan untuk bagi haiwan makan tu, ha sua lah ke mulut kuda, kambing, arnab. Kebanyakannya memang lapar. Kuda yang kami tengok tu sampai tersua mulut keluar pagar minta makan. Kalau ikan, asal baling je palet tu, bercempera mengibas ngibas datang makan.

3. Talk + activities


Ada satu corner, beberapa staf akan bagi penerangan tentang haiwan. Haiwan apa, dependlah. Masa kitorang datang, ni ha haiwannya. Nak participate dalam aktiviti pun boleh. Pegang haiwan tu ke, jawab soalan ke.

4. Ikan longkang



Aktiviti ni best dan menarik bagi anak-anak. Depa boleh ambil sauk (ke apa namanya) dan besen untuk tangkap/tangguk ikan kecik dalam longkang. Longkang pun kecik aje, memang sesuai la untuk budak. Anak boleh cuba tangguk ikan dan masukkan dalam besen. Then kena lepaskan semula ikan tadi ke dalam longkang. Kita yang dewasa pun excited, anak lagilah. Maklumlah budak bandar manalah ada pengalaman gini. Hehe

5. Ular

Boleh tengok, pegang dan bergambar dengan ular secara live. Kalau beranilah. Akak memang taklah! Lari jauh siap-siap. I is takut dan geli ular.

6. Taman buah dan sayur

Kitorang tak masuk sini. Tengok dari luar je. Jadi takdelah cerita panjang.

7. Taman burung, rama-rama

Biasalah ni. Budak-budak suka jugak ni.

8. Kedai cendera hati

Tempat bahaya ni. Boleh mengopakkan poket mak bapak. Haha. Ada macam-macam souvenir, mainan, makanan, minuman. Harganya biasalah mahal sikit. Kalau tak nak beli, jalan laju-laju terus keluar. Hihi

Dalam tour ni, kita akan rasa macam kita dok jalan-jalan dalam kampung. Ada sungai kat bawah, ada kawanan itik dok berenang. Ada replika rumah papan macam kat kampung. Ada rumah atas air. Tapi tak boleh masuklah. Nak bergambar depan rumah tu bolehlah. 

Nak stop stop kejap pun boleh ada pangkin kat bawah pokok. Ada gerai-gerai juga. Nak minum ke makan ke.

Sambil-sambil jalan tu, ayam melintas tu biasalah. Ada kura-kura (tapi dalam kawasan dialah), burung semua. Kiranya feeling desa gitu.







Bolehlah bawak anak-anak jalan cuti sekolah. Kalau datang awal boleh dapat parking dalam. Kalau kena parking luar pun ok lagilah tak jauh sangat sebenarnya.

Tiket boleh beli online atau walk in. Tapi hari tu masa kitorang pegi, beli tiket walk in je sebab diorang offer package price for family (2 adults + 2 kids). Tiket beli online harga biasa. So lagi berbaloi beli walk in.

Ni alamatnya kalau nak pergi. Nak arrange lawatan taska ke sekolah ke pun boleh ni. Masa kitorang pegi ada few tadika buat lawatan dan aktiviti. Memang menarik!

Farm in the City, Malaysia
Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor

8.8.19

Spray & Wash, Sembur dan Cuci, Tak Perlu Memberus!



Masa quick sale sempena Parkson kata area rumah akak ni nak tutup, akak rembat satu benda yang nampak best ni. Tinggal pun sebotol je, ambik ajelah sebab terpengaruh dengan USPnya. Hahaha korang tau ka usp tu apa?

USP - unique selling point

Spray & Wash ni, katanya just spray aje kat kotoran pada pakaian ke fabrik ke, then biarkan maksimum 5 minit. Lepas tu terus campak masuk dalam mesin basuh. Wahhh senangla keje akak khennn. Maklumla anak-anak ni baju kalau tak tertumpah milo la, aiskrim paddle pop la, cokelet la... bukan budak kecik la namanya.




Jadi akak pun cubalah hari tu kat baju anak dara yang terkena milo. Cuma after 5 mins tu, akak tenyeh la juga nak tengok kesan kotor tu tanggal ke idok. Wallahhh hilang! Best best. Then campak masuk mesin basuh macam biasa.

Lepas ni gamak dah habis entah la kat mana akak nak cari. Dan lepas ni nak pulak try kat baju sekolah anak yang dah kelabu asap, kena tanah la, apalah. Geram je akak nengoknya.


Syokla main spray je hilang kotor semua. Hihi memang la kegemaran mak-mak produk cenggini.

Update terkini, akak spray kat baju sekolah anak yang terkena cheese sauce. Tak gosok, spray aje then after 5 mins campak masuk mesin. Hilang! Yessss I love it!

Marilah menapak ke Parkson cawangan lain kalau nak tambah stok. Mudah-mudahan adalah. Hihi

20.7.19

10 Menu dengan Menggunakan Isi Ayam (Dada)

Perasan tak kadang-kadang bila kita beli ayam sekor, bila nak buat ayam goreng ke, kari ayam ke selalulah part dada atau yang isi tebal tu diabaikan.

Tapi akak tak tahulah keluarga lain, tapi kalau akak selalu gitulah takde sapa nak makan yang part tu. Yang laku of course la drumstick. Lepas tu wings ngan ribs. Yang thigh tu selalu sedih je last sekali baru dimakan. Huhu

Akak yang diet yoyo ni, kadang saja asingkan isi tu kot nak panggang ke bakar ke buat sup ke. Tapi kalau ngikut ke mak mentua akak, dia suka asingkan untuk buat rencah mi ke, sayur ke, bubur ke. Dia siap dah potong kecik tau. Kalau akak terus simpan je lepas beli. Dah defrost baru akak potong ikut nak masak apa.

Actually, isi ayam ni lagi senang dan cepat masak sekaligus memudahkan kerja memasak dan memakan. Meh akak list down apa menu yang korang boleh buat dengan guna isi ayam ni. Yang tulang tu simpan buat masak merah ke, kari ke, goreng tepung ke ye.

Okey, menu ni actually kalau korang nak guna part tulang sekalipun terpulang ler. Tapi lagi senang masak dan makan kalau guna isi aje. Ngeeee

1. Ayam kunyit dengan kacang panjang/buncis

2. Tomyam ayam dengan sayur

3. Ayam paprik

4. Sate ayam ringkas

5. Ayam mentega

6. Ayam sos lemon

7. Ayam panggang rangup

8. Sandwic ayam

9. Salad ayam ringkas

10. Sup ayam diet

Ringkasan resipi nanti akak bagi.

16.7.19

Apa Nak Buat Bila Kaki Tergeliat/Terpelecok

Rutin apabila kaki tergeliat ni, kan dah ambik ubat semua jadi teruskan makan.

Pagi lepas mandi, tuam ais dulu kat tempat yang bengkak. Lepas tu sapu krim panas, pakai bandage/ankle support.

Lepas sarapan, makan ubat.

Nak solat Zuhur, buka balik bandage, biarkan kejap. Then ulang benda sama macam kat atas tu. Sama juga bila nak solat Maghrib.

Kalau ada masa nak ke toilet tu, buka jelah then lap, pakai semula.

Akak biasanya tak biar terdedah lama sangat, actually lagi sedap kalau berbalut sebab rasa kejab sikit kaki tu.

Sesekali pusing-pusing jugak buku lali tu tapi ringan-ringan jelah.

Solat, kalau tak boleh nak lipat kaki tu, boleh guna cara duduk buat sementara waktu.

Tuam ais ni memang sedaplah, insya Allah cepat surut bengkak. Korang tuam lah sampai kebas untuk lebih berkesan. Hehe tapi janganlah lama sangat... dalam 15 minit setiap kali.

Bengkak kat buku lali akak dah makin surut, now bengkak kat belah atas, dekat dengan jari 3-4. Lebam kat situ. Agaknya jari tu terlipat. Patutlah sakit gila.

Mudah-mudahan cepatlah baiknya ni. Huhu

14.7.19

Farm in the City Part 1

Tak dapat nak pergi zoo, dapat pergi ladang dalam bandar pun bolehlah. Tambah pulak zoo agak jauh dari rumah, jadi kitorang decide nak melawat 'kengkawan' di Farm in the City je, dekat Seri Kembangan.

Banding harga tiket walk in dengan online, yang walk in macam lagi berbaloi sebab boleh dapat harga pakej untuk family yang ada 2 adults + 2 kids. More people than that, kena top up lah but still worth it than beli single tickets.

So, we ols gerak awal untuk sampai sana awal. Taman mula buka jam 9.30 pagi kalau weekend. Kitorang pegi Sabtu, we reached there around 10 am, sempatlah secure parking dalam means depan entrance. Kalau lambat, kena parking luarlah.

Since memasing kebuluran, lepas dah dapat tiket semua, tangan memasing dah pakai gelang kertas, kitorang terus ke kafe dia yang kat depan sekali untuk breakfast.

Kat situ boleh guna baucar, dan ada  pilihan set untuk family. Hasben akak pilih set makanan segera je yang ada sandwic, nuget, sosej, fries. Tambah order kepok lekor. Peh sedap kepok ni. Oh set tu siap air. Oren ataupun sirap. Nak breakfast benda lain pun boleh. Ada nasik goreng kampung kalau tak silap. Pilih mana suka.

Kafe pun selesa. Masa kami makan tu, sapa pun tak ada. Jadi memang sedaplah makan situ hehe.

Selesai makan, kat tepi tangga masuk ada diorang jual makanan untuk bagi haiwan makan. Yaaaa tak boleh sewenang-wenang bagi makan kat haiwan oiiii! Kena bagi makanan yang betul.

Dalam 1 bekas, ada beberapa jenis makanan macam carrot, hay, daun kering, palet. RM10. Makanan ikan diorang dah siap bagi masa beli tiket dah.

Nanti akak sambung cerita di Part 2. Apa aktiviti yang boleh buat, haiwan apa yang ada.

Rawatan Kaki Terseliuh, Terpelecok, Terpeleot

Alkisah semalam berlakulah insiden yang tak dijangka, buat pertama kali dalam hidup akak, kaki terpeleot masa turun tangga. Mujur masa tu dah sampai tangga yang last, dan bukan jatuh gedebuk. Cuma tersalah bajet kaki dan kasut pulak longgar. Terkepak kaki ke dalam, siap bunyi meletup 'pop'.

Perghhhh sakit yakmat! Dah la masa tu keluar nak pergi Farm in The City, yang tentu-tentu banyak berjalan.

"Tak payah pergilah", hasben kata.
"Takpa. Sikit je kot ni. Nanti tuam ais sebelum pergi", jawab akak.

Kami singgah umah mak dulu sebelum pergi, jadi sempatlah tuam kat buku lali tu dengan ais. Lepas tu mak sapu krim panas Flanil. Then zupppppp pegi Farm in The City kat Seri Kembangan tu.

Maka berjalanlah ke seluruh farm, masa tu okey lagilah masih steady. Tapi dok terhencot-hencot jugak dah. Cuma tak berapa nak enjoylah but I managed to snap few pictures buat kenangan.

But then after almost 2 hours, dah nak balik tu... ya Allah sakitnya rasa nak memijak pun rasa azab. Tak boleh nak berdiri lama. Jalan pun seret-seret. Sakit ya robbi!

Terus cakap kat hasben nak pi klinik. Sakit gila ni. Kami pun singgah Klinik Ibnu Sina kat Cyberjaya on the way balik rumah tu.

Dokter kata boleh bandage dulu. Tapi nanti kena pi xray kalau masih bengkak dan sakit. Akak bagitahu la yang ada bunyi pop tu then dokter takut ada tulang retak ke cemana. Tapi klinik tu takde x-ray. Jadi akak mintak bandagekan jelah dulu buat sementara.

Assistant klinik then minta akak baring, then dia sapu krim, lepas tu balut bandage. Dokter bekalkan ubat tahan sakit, ubat untuk bengkak, krim panas dan stok bandage.

Alhamdulillah dah makin surut bengkak dan akak pun boleh jalan macam biasa dan buat kerja rumah. Cuma akak bawak bertenang jelah taknak pulun sangat sebab nak bagi cepat baik.

Mungkin seminggu dua jugaklah kot nak recover.

Akak ada tanya adik ipar yang reti sikit pasal medic ni. Antara krim panas dengan krim sejuk, which one's better?

Dia kata krim panas, kalau gel sejuk kurang berkesan. Actually mak akak ada suggest satu gel anti bengkak, jenama Fastum Gel. Mak kata gelnya sejuk, cepat dan senang meresap. Mak memang biasa guna gel tu kalau dok sakit-sakit kaki ke pinggang.

Adik ipar cadangkan, tuam ais dan sapu minyak panas selang seli. Tuam ais tu redakan bengkak dan krim panas untuk elak angin banyak masuk. Alhamdulillah setakat semalam dah pagi ni, sakit makin kurang dan bengkak pun makin susut.

Begitulah. Kadang-kadang benda nak jadi sekejap aje tapi kesannya lama. Nak menanggung tu kena sabar jelah.

Adik akak yang biasa cedera lutut bagi advise R.I.C.E (Rest, Ice, Compression, Elevation). Masa tidur kaki tinggikan sikit.

Memanglah tak berapa nak selesa buat masa ni. Tapi syukur ada improvement. Kena lebih exercise dan stretching dannnnn pakai kasut yang fit dan sesuai. Kalau tidak... macam-macam insiden boleh jadi yang kita tak jangka.

Bye 2025, Hai 2026!

Syukur direzekikan jumpa lagi tahun baharu, Allah bagi peluang untuk jadi lebih baik dan baiki diri. Kredit: FB Introvert Hari pertama tahun...

Popular Post