9.8.16

Apa Nak Buat Bila Anak Batuk & Selsema?


Anak-anak batuk dengan selsema sehari dua ni. Berjangkit ummi la ni. Maka dengan itu, kelam kabut la jadinya jadual ummi, bertongkang pecahlah rumah.

Mana taknya, si kecik tu sebolehnya nak menggantung saje. Orang tak sihat, macam gitulah. Serba tak kena.

Biasanya kalau anak-anak selsema batuk ni, kitorang takde la terus pi klinik dulu selagi kahak jernih, badan tak panas dan bernafas macam biasa.

Melainkan kahak dah bertukar kuning-hijau, on off panas badan nak demam, nafas laju, maka terpaksa bawak gi klinik lah bagi doktor check. Hari tu, si kecik ni nafas agak laju, risau pulak dibuatnya. Jadi bila pi klinik, doktor bagi neb seround. Lepas tu baru ok.

Kalau nafas laju tu maksudnya ada kahak dalam saluran pernafasan, ganggu dia bernafas. Nak bernafas tak selesa. Yang risau takut kahak berkumpul lama-lama boleh jadi jangkitan. Bila neb tu, maksudnya wapkan hidung dan mulut anak dengan saline water (air garam), supaya kahak longgar dan legakan saluran pernafasan. Proses neb sekejap aje, tapi kena tahan sikit lah anak meronta-ronta rimas dipakaikan mask tu. Kena bertabah sikit lah. Janji anak sihat.

Si kecik ni, lepas neb hari tu, alhamdulillah ok. Dah boleh nafas macam biasa. Tapi on ubat lah lepas tu sebab batuk selsema dia agak teruk juga.

Sebelum tu ada juga percubaan nak stim hidung dia dengan air panas bawang putih tapi tak pandai. Lepas tu ada baca kat facebook Masyarakat Kena Tahu (Ori), katanya kaedah stim tu tak digalakkan sangat pun. Percussion tu yalah. Tepuk-tepuk belakang dada anak (cupping) untuk longgarkan kahak. Tapi macam kahak tak keluar habis.

Lepas pi klinik tu, doktor bagi ubat cairkan kahak, ubat selsema, ubat wheezing. Ubat batuk memang dah ada kat rumah. Bawak ubat batuk tu tunjuk kat doktor, dia kata boleh continue. Jadinya on ubat dalam 3-4 hari, alhamdulillah ok. Antibiotik takde sebab doktor kata bukan sebab bakteria. Cuma kalau 3 hari tak baik-baik datang klinik semula.

Tapi, home remedies pun diteruskan juga. Kalau saya, ini yang saya buat kalau anak selsema batuk:

1. Beri madu. Sama ada bagi direct guna sudu atau bancuh dengan air masak. Untuk anak yang setahun ke atas saja ye. Madu boleh bantu keringkan kahak. Tapi jangan bagi banyak sebab madu ni panas. Takut badan budak tak tahan pulak nanti dah panas dalam pulak. Pernah jadi kat anak sulung saya dulu. Dok bagi hari-hari sepanjang hari pulak tu (minum air masak + madu), lepas tu nak sakit tekak pulak sebab panas dalam. Sehari sekali je pun boleh. 1 sudu teh je. Ambik masa juga lah dalam 4-5 hari untuk kahak kering.

2. Sapu minyak bawang putih. Kalau rajin, saya buatlah. Bakar bawang putih, lenyekkan. Lepas tu campur dengan minyak kelapa dara (vco). Tapi nak guna minyak zaitun atau minyak masak pun boleh. Sapu kat dada, belakang dada dengan tapak kaki anak lepas mandi.

3. Buat sup ayam. Letak bawang putih lebih sikit. Kalau ada tulang dan kaki ayam tu, boleh masukkan. Reneh dengan api slow je.

Cara nak buat, masukkan air dan ayam dalam periuk. Masukkan bawang putih dan halia yang diketuk.  Masak dengan api kecik. Nak tutup periuk pun boleh. Sayur kalau nak masukkan, carrot, kobis bunga, seleri, kentang. Biar je sup mereneh.

Kalau nak letak bunjut sup, boleh masukkan. Kalau takde, boleh letak rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang). Kalau saya, tabur serbuk Chinese 5 Spice. Serbuk ni gabungan rempah 4 sekawan jugak lebih kurang tapi ada 1 lagi lupa pulak.

Dah mendidih, masuk garam sikit. Kalau ada daun sup, boleh cincang kasar dan masukkan. Tutup api.

4. Sapu minyak panas (minyak mestika baby) atau krim herba bayi Tropika. Sama jugak sapu kat dada, belakang dada, tapak kaki sebelum tidur. Lepas tu pakaikan stokin. Setakat ni, anak serasi juga dengan krim herba tu. Tak panas sangat. Cepat jugak kering kahak dia.

5. Bagi anak minum banyak air. Kena paksa anak minum. Kalau taknak minum nanti lagi pekat kahak, lagi susah nak keluar. Kalau anak taknak, boleh bancuh ribena atau sunquick sikit. Kot air masak dia rasa payau. Kalau kurang air nanti sakit tekak, tonsil bengkak pulak. Kadang-kadang paksa je anak minum guna picagari (syringe).

6. Boleh standby nasal spray atau ubat titik hidung. Spray tu in case hidung anak tersumbat, susah bernafas. Spray bagi hingus loose, nanti keluar meleleh-leleh kot hidung. Baru dia lega. Ubat titik hidung pulak akan tolak hingus ke dalam, nanti keluar sekali dengan najis. Nasal spray (brand Sterimar) dan ubat titik hidung, dua-dua beli kat farmasi.

Setakat ni, inilah yang saya pernah cuba. Ada ibu yang pandai sedut kahak anak, boleh juga. Saya pernah cuba tapi tak berjaya. Tak cukup kuat nak sedut keluar! Haha. Cara ni pun efektif juga.

Apapun kalau nampak anak makin teruk, bawaklah ke klinik. Tambah lagi kalau anak tak mahu makan minum dan tak aktif. Sekarang ni macam-macam penyakit ada.

Wallahua'lam.

8.8.16

Check up Kehamilan dengan Doktor Perempuan di Klinik Sofia Shah Alam

Kalau ada masalah nak check up kehamilan di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (Kerajaan), masalah dari segi masa terutamanya, boleh cuba ke Klinik Sofia kat Seksyen 23 Shah Alam ni.

Untuk kehamilan kali ni, saya check up di KK yang takde scanner, maka saya perlu scan kandungan sendiri di klinik swasta. Nak pegi klinik kerajaa  lain pun boleh, tapi kena buat appointment awal dan slot pun terhad. Jadi, terpaksalah ke klinik swasta untuk scan tiap-tiap bulan.

Saya memang kena scan tiap-tiap bulan sebab saya ada diabetes. Jadi kena scan untuk check baby growth, sebab baby ibu yang diabetes ni ada risiko terlalu kecil atau terlalu besar. Sebab tu kena scan tiap-tiap bulan untuk pantau berat dan pertumbuhan baby selari dengan yang sepatutnya atau tak.

Alhamdulillah terjumpa klinik ni. Agak baru juga buka. Dan tak jauh dari rumah. Lagipun tiap-tiap hari buka termasuk weekend. Cuma kalau check up weekend, doktor lelaki yang on duty. Doktor perempuan ada pada weekdays (Isnin-Jumaat).

Saya disebabkan suami agak sibuk masa weekdays, adakalanya pegi je weekend. Jadi memang yang attend tu doktor lelaki lah. Masa masuk bilik doktor tu, suami dengan anak-anak pun semua masuk nak tengok baby. Pada saya, ok saja. Tapi kalau takde masalah nak pegi weekdays masa doktor perempuan on duty, boleh je pegi. Saya kalau weekdays nak angkut anak-anak ikut sekali tu susah sikit. Masa doktor nak scan saya, sapa nak tengokkan diorang? Sebab tu pilih pegi weekend. Dan selalu tak ramai orang. Tak perlu tunggu lama.

Tapi, kalau rasa tak selesa, boleh je arrange time pegi weekdays. Doktor ada sepanjang hari.

Doktor-doktor kat sini, setakat yang saya datang memang semua friendly. Servis pun ok.

Kalau untuk scan biasa, sekali consultation RM60. Kalau nak buat detail scan, 3D/4D, kena set appointment. Bayaran tak silap saya dalam RM120.

Kalau pm kat FB page diorang pun, cepat aje reply. Boleh like FB page diorang kat sini:
Klinik Sofia .

Setakat ni, saya check up untuk buat scan baby je. Sebab check up antenatal yang lain (berat badan, urine test semua di KK). Tapi, kalau sesiapa memang nak buat follow up check up pregnancy kat sini pun boleh.

Yelah ada orang tak boleh nak selalu time off atau cuti untuk check up kat KK kerajaan, yang dok sekitar Shah Alam boleh la cuba kat klinik ni.

Lokasi klinik kat Seksyen 23, area Aeon BIG dan Tam's Nasi Ayam. Sebelah Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).

Untuk lebih info, boleh like FB page Klinik Sofia (klik link di atas).

4.8.16

Cendol Sedap di Shah Alam

Ahad lepas, husband teringin cendol. Selalunya dia beli cendol area Seksyen 7 dekat-dekat Pharmaniaga tu. Nak dekat ke Bukit Raja dah pun lah. Tapi malangnya hari tu tak buka pulak.

Jadi, try shoot ke Seksyen 16, ke gerai cendol yang lejen dan famous kat Shah Alam ni.

Cendol Pak Ayob.

Lokasi dia kat Seksyen 16, depan masjid. Diorang meniaga kat tepi bus stand. Ada lori pick up jual rojak jugak. So kalau makan cendol, boleh la try rojak sekali. Cuma bagi akak, rojak dia tak berapa kena pada selera saya.

Rojak yang akak suka kat sini, ada satu di Taman Sri Muda, Seksyen 25. Kat simpang 3, nak dekat sempadan dah Seksyen 25-Kemuning Utama. Satu lagi rojak (tak ingat nama) yang ada kat Seksyen 9 Shah Alam. Berniaga belakang Concorde Hotel, kalau masih ada lagi sekarang lah.

Berbalik kepada cendol, kat gerai Pak Ayob ni, ada cendol biasa dan pulut. Takde fancy-fancy macam kat Cendol Bakar tu. Sini cendol dia simple je. Tak ingat pulak kalau ada cendol tapai. Dan cendol dia memang original je.

Cendol, santan fresh (sedap gila), kacang merah. Yang biasa, RM1.50 je semangkuk.

Kitorang minum kat situ, ikutkan hati semangkuk memang tak cukup. Tak puas. Husband tapau sebungkus besar, RM6. Boleh jamu satu keluarga tu punya banyak. Ada rezeki mak mentua rasa sebab diorang datang rumah petang tu.

Yang bestnya, bila dah bungkus bawak balik pun, masih sedap lagi. Tak macam ada sesetengah cendol bila bawak balik dah tak sedap. Dah cair, rasa dah berubah. Yang ni, masih maintain. Memang pandai diorang jaga kualiti.

Memang rekemen sangat cendol ni. Kalau ada peluang, singgah lah rasa. Tak rugi.


Cendol Pak Ayob
Seksyen 16, Shah Alam

27.7.16

Kuih Raya Sedap Tak Boleh Tahan



Semalam, pegi ambik kuih raya yang dah siap. Ada pulak yang teringin nak makan lagi lepas raya ni.

Mujur akak kuih ambik order lagi.

Tak dinafikan memang kuih-kuih raya dia sedap-sedap. Saya sebagai pembeli sejak 2009 memang mengaku kuih raya dia tak berubah rasa. Memang maintain.

Selain harga yang berpatutan, kuih dia pun tahan lasak, tak senang hancur, rasa dah memang sedap. Secukup rasa. Kalau sekali rasa pun memang terasa dah sedap dia. Cewah.

Nak mencari rumah akak kuih ni, kemain pusing-pusing kitorang walaupun sebenarnya tak jauh mana pun. Tapi sebab tak biasa. Guna Waze, Google Map semacam hampeh sebab line internet tak kuat. Dok searching GPS je. Grrr.

Tapi last last husband jumpa jugaklah rumahnye. Memang dekat saja pun kalau guna jalan satu lagi. Kahkahkah.

Lepas tu bergegas pulak nak beli susu anak. Mujur Econsave tutup lambat. Dan nak jadi rezeki, memang tinggal satu je pun. Kalau tak, mana pulak nak gagau susu tu. Dah la licin terus dah susu kat rumah. Agagagaga.

Sekian kegiatan malam semalam. Bisnes kecik-kecik macam tu lah. Hehe.

26.7.16

Pentingnya Bangun Awal Pagi


Sedar ke tidak, kalau kita terlajak tidur hingga terlepas Subuh atau sempat Subuh gajah, satu hari rasa bengong semacam.

Serba tak kena.
Pening.
Tak boleh fokus.

Waktu pagi waktu paling produktif. Kalau bangun pagi dengan positif, siapkan kerja-kerja yang susah dulu, sebab tenaga masih banyak. Fokus pun tak lari.

Nak baca Quran pun, waktu pagi lepas Subuh tu yang paling baik. Nak study, kerja-kerja yang perlu tumpuan pun elok dibuat pagi-pagi. Suri rumah elok juga siapkan kerja-kerja rumah awal pagi sebelum anak-anak bangun. Taklah terkejar-kejar. Tenaga pun masih ada.

Waktu pagi juga berkat. Murah rezeki.

Jangan lupa baca doa pagi juga!

Jom berpagi-pagi. Semoga kita beroleh rezeki dan keberkatan hari ini.

24.6.16

Campak Keladi atau Alergi?

2 hari ni, tak senang duduk anak bujang yang nombor 2 tu. Serba tak kena.

Tido malam terjaga selang 2 jam. Kadang tu susu pun tak mau. Makan pun sikit-sikit aje. Minum air pun sama. Nak menggantung atau nak orang dok dengan dia je. Kalau ngan abah, nak berdukung aje.

Memang pelik la.

Kitorang buat kesimpulan dia nak tumbuh gigi lagi sebab drooling. Dan nampak macam ada gigi bawah nak keluar. So kitorang suspect dia tak selesa sebab gigi lah. Maka bagilah gripe water. Berkesan la jugak sikit. Dia boleh lena tapi lepas tu clingy and crancky balik.

Tak boleh tinggal. Cepat mengamuk asyik nak marah. Selalu tak macam tu.

Sampailah petang semalam, eh apa bintik-bintik merah kat perut ni?

Then naik lagi bintik kat kaki, sampai ke tangan. Muka takde. Budak ni ruam ke campak ke... tu yang asyik nak mengamuk je. Gatal-gatal agaknya tapi tidakla menggaru sangat. Panas pun tak. Alhamdulillah part tu.

Kebetulan mak mentua datang rumah semalam, katanya ni CAMPAK KELADI. Oh pulak.

Sudah kalau campak... kesian la budak ni.

Mak pesan bagi minum air kelapa, tidur alas daun semambu. Saya pun lepas tu gigih google macamana rupa campak keladi dan macamana nak handle anak yang kena campak macam ni.

Nampak physically macam ada kemungkinan, berdasarkan pembacaan dari blog-blog orang. Tapi untuk kepastian, kitorang bawak pi klinik dulu untuk confirm sebelum start apa-apa treatment.

Maka bergegaslah kitorang ke klinik pukul 10 malam lebih, sebab tunggu abahnya balik keja lambat sikit. Sampai klinik, alahai ramai...dekat pukul 11 baru boleh masuk bilik dokter. Gelisah dah budak tu sebab agak lama kena tunggu.

Tapi syukurla dokter very nice. Bila dokter tengok, katanya bukan campak ni. More to alergic.

Kalau campak, bintik merahnya timbul, dia akan kering. Dan akan ada satu bintik yang mula keluar dulu (macam ibu dia la), diikuti bintik lain kat badan. Selalunya budak akan demam tinggi sebelum campak keluar.

Yang alergik ni, nampak bintik merah tapi tak timbul. Kulit licin je. Dan budak tak demam. Dokter suspect alergik sabun. Mungkin makanan juga. Boleh jadi apa-apa saja yang tak sesuai pada anak.

Maka, lega sikit hati bila bukan campak ke measles ke. Alergik biasanya cepat naik, cepat baiknya kalau takde contact dengan benda yang menyebabkan alergik tu. Doktor bagi ubat makan dan Calamine.

Alhamdulillah 2-3 hari lepas tu dah hilang merah-merah tu dah.

Dengan macam-macam penyakit sekarang ni, risau la jugak. Tu yang terus bawak klinik tu. Biar clear apa pun kan. Kita punya anggapan tak semestinya betul.

Bertanyalah pada yang pakar :)

21.6.16

Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina

Nak hargai pasangan, boleh saja buat surprise besar-besaran malahan grand sekalipun kalau mampu.

Nak tunjuk sayang kat pasangan, nak bagi hadiah apa sekalipun, bagilah kalau memang ada duit pun.

Nak buktikan punya sayang yang amat kat pasangan sebab terima diri masa tak ada apa-apa sampai berada-ada, pun boleh sebagai tanda terima kasih sangat-sangat terima kita seadanya.

Tetapi... biarlah pasangan tu yang HALAL untuk kita. Selagi belum halal, apa yang dibuat bukan mengundang pahala tapi sebaliknya.

Nak sweet kencing manis pun, masa in a relationship ni sweetnya mana nak sama kalau dah kahwin. Orang bukan nak menghalang atau pertikai tindakan si boifren nak tunjukkan punya sayang to the moon and back kat gelfrennya tapi perkara macam tu boleh bagi contoh yang tak baik kat golongan seusia mereka. Dah tu bertentangan amalan agama pula kalau dah sampai tahap sentuh-sentuhan. Bulan puasa pulak ni, adik kakok...

Dan, nak upload apa sekalipun kat media sosial pun bolehhhhhh. Masing-masing ada hak sendiri.

Apapun memang mencanak la followers. Haha.

Okbai.

Bye 2025, Hai 2026!

Syukur direzekikan jumpa lagi tahun baharu, Allah bagi peluang untuk jadi lebih baik dan baiki diri. Kredit: FB Introvert Hari pertama tahun...

Popular Post