8.3.16

Review Produk: Tropika Baby Herbal Cream


Tropika Baby Herbal Cream ini mulanya suami saya saja nak cuba. Terlanjur di farmasi nak beli Sterimar (saline water untuk cairkan kahak) terbeli sekali krim ni setelah dipromote oleh staf farmasi. Dan sejak tu, suka juga guna. Dah beberapa kali beli dah kiranya.

Apa yang saya suka tentang krim ini?

1. Krim ini ringan, tak berminyak atau melekit. Bila sapu kat anak, cepat meresap. Jadi tak sememeh dan tak risau anak tenyeh-tenyeh.

2. Bahan yang digunakan adalah minyak kelapa dara, halia, minyak kayu putih dan herba-herba lain. Jadi tak perlu risau ada bahan kimia yang pelik-pelik atau boleh membahayakan anak.

3. Baunya harum. Bila sapu kat anak, semerbak baunya. Bau herba.

4. Tidak panas. Sesuai untuk sapu kat anak seawal sehari selepas dilahirkan (macam sapu minyak telon/mestika juga).

5. Sesuai digunakan untuk bantu atasi baby angin, kembung, selsema dan yang sewaktu dengannya.

Sapu je lepas mandi. Wangiiii 

Cuma satu je lah... saya prefer kalau krim tu dalam tiub kot (macam ubat gigi), senang nak picit hehe. Demand plak ye. Eh mana tau kot esok nanti diorang buat new packaging kan.

Saya selalu beli di farmasi atau kedai jamu je. Kalau pandai pilih, ada tempat jual memang murah. Harga biasa RM39.90, tapi kalau rajin online shopping saya rasa ada jugak kedai online yang jual murah gak. Tapi saya dah ada satu kedai jamu yang jual dengan harga terbabas punya. Memang next time beli kat situ je lah kot! Hehe

Cuba jangan tak cuba tau. Setakat ni saya guna krim herba Tropika ni dengan minyak mestika bayi. Sesuai untuk anak saya alhamdulillah.

Sumber gambar: semanisanggur dot blogspot dot com

Cara Ibu Menyusu Elak Lapar di Tengah Malam


Dilema ibu menyusu. Setiap kali lepas menyusu je, mula lapar balik. Padahal rasa makan banyak dah sebelum tu. Makan banyak sangat karang, nanti gemok pulak.

Dari satu segi, ibu menyusu ni tak payah la risau sangat bab cepat lapar lepas menyusu anak, sebab proses penyusuan tu membakar kalori. Habis terbako lemak semua lapar lah balik! Tu yang kejap kejap lapar tuuuu.

Tapi bukanlah bermakna boleh main taram je nak makan apa pun. Kena perhatikan jugak la ye kot anak kembung ke cirit birit ke... makanan macam tu kena berpantang la sikit ye. Yang penting cukup zat dan makan pun berpada-padalah kan, jangan sampai melampau pulak.

Saya pun tidaklah berpantang makan sangat, in fact makan aje apa yang melintas depan mata. Paling kurang nak rasa juga sikit. Bila kita cukup makan, atau dapat makan makanan yang sedap dan kita suka, insha Allah susu banyak. Sebab kita happy. Bila happy, SUSU MERIAH tapi depend jugaklah tubuh masing-masing. Cuma yang tension nye bila tengah malam. Anak memang akan terbangun nak menyusu tak kira masa. Kita pulak lepas dah menyusu, adui laparnya! Tapi takkan nak pi makan nasi jam 2-3 pagi?

Ikhtiar saya, sebagai ibu yang menyusu anak umur hampir setahun ni, sebelum tidur, saya minum PROTEIN SHAKE dulu segelas. Kalau saya dinner sebelum Maghrib, by the time nak tidur memang dah lapar balik. Tapi kalau ada hari yang dinner lepas Isyak, ok lagi la. Kadang tu makan gak biskut sikit or minum susu. Kalau tak menggigil-gigil kelaparan.

Pernah makan nasik lewat lepas tu tidur, tapi cara ini amatlah tidak sihat. Satu, sebab tak lama lepas makan, tidur. Dua, makan berat waktu lewat malam membuatkan kita susah bangun pagi.

Maka, perlu ada WAKTU MAKAN YANG TETAP. Ikut cadangan, 6 kali makan (3 kali makan utama, 3 kali snek). Dan ibu menyusu elak berlapar nanti perut masuk angin,  anak menyusu kembung pulak.

Satu cara lagi, lebihkan protein. Karbohidrat jangan tinggal langsung pulak walaupun nak kurus. Pilih karbohidrat yang sihat ok aja. Protein untuk beri rasa kenyang lebih lama tapi taklah mengumpul lemak (sampai jadi gemok).

Dan jangan tak makan juga sebab sumber makanan anak ada pada anda!

4.3.16

Review Makan: Khadijah's Kitchen, Shah Alam

Semalam berpeluang dinner kat Khadijah's Kitchen kat Seksyen 9, Shah Alam. Lokasinya mudah saja nak cari, bersebelahan dengan Plaza Masalam. Cuma nak parking tu yang tricky sikit. Rupanya kena masuk parking kat dalam Plaza Masalam tu (tingkat 4), then masuk kot pintu belakang.

Ok KK ni kalau tak tahu, Datuk Khadijah Ibrahim yang punya. Ala yang jadi juri Kilauan Emas tu (in case tak kenal juga). Daripada luar nampak macam menarik juga, sebab tu saya dengan husband nak cuba. Sesekali makan kat luar.

Menu yang disediakan set nasi putih dengan lauk pauk (asam pedas, masak lemak antaranya), nasi goreng, sayur-sayuran, nasi lemak (specialty diorang), menu mi dan laksa.

Menu yang kami pesan:
1. Nasi putih + daging salai masak lemak
2. Nasi goreng cina
3. Laksa Johor
4. Nasi putih + sup ayam
5. Bandung ais
6. Barli ais

Satu komen je - SEMUA SEDAP!

Anak saya makan habis sepinggan nasi dengan masak lemak daging salai tu. Kuah lemaknya cukup rasa dan pekat. Daging salai pun banyak untuk semangkuk kecil. Memang puas hati makan.

Nasi goreng cina pun sedap. Didatangkan sekali dengan telur mata, papadom dan timun.

Laksa Johor... sedap gila! Kuah cukup isi dan pekat. Tauge fresh rangup sedap makan. Sambal belacan pun best.

Sup ayam pun sedap. Hirup kuah saja pun dah rasa sedap. Ada sayur-sayuran juga macam carrot, kobis dan seleri. Yang ni kitorang tak habis makan, tapau balik rumah.

Air bandung dengan barli pun sedap.

Tu dia puji melambung eh. Takde kalau dah memang sedap, kita warwarkan ye tak. Dan satu lagi staf-staf pun friendly.

Cuma satu je lah, pinggannya besar sangat - penuh meja. Bila saya dengan anak kecik ni, pinggan mangkuk gelas semua tak boleh letak depan dia habis dicapai ditolak jatuh bawah karang. Kitorang duduk pulak kat meja yang tak berapa besar. Haha

Tapi overall, memang ok makan sini. For business lunch pun ok. By the way, signature dish KK adalah Nasi Lemak Ibu Khaty - guna beras basmathi. Tapi kitorang tak try, maybe next time.

Silakan la berkunjung terutamanya untuk warga Shah Alam ya. Sedap dan harga pun berpatutan.

Ni alamatnya kalau teringin nak try:

Khadijah's Kitchen
Beranda, Plaza Masalam, Jalan Tengku Ampuan Zabedah F 9/F, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Nak like FB, search Khadijah's Kitchen Shah Alam.

**Kedai ni dah tak beroperasi dah.

Foto: mStar

Foto: FB Khadijah's Kitchen




3.3.16

Tips untuk Jaga Anak Tumbuh Gigi (Teething)


Anak saya 2-3 hari ni suhu badan naik turun. Maka bermulalah episod cranky dan nak mengempeng saja lah.

Hari Selasa badannya panas. Hari Rabu dah ok. Suhu normal. Khamis kembali panas beserta muntah dan berak 2 kali.

Nak kata demam biasa...tak pasti lah sebab dia tak de runny nose, selsema, batuk whatsoever sebelum tu. Slight fever lah sebab suhu around 37 to 37.8 C. Dan yang panas tu area kepala dan leher. Pinggang ke bawah on off panasnya.

Jadi, saya dan suami buat kesimpulan dia tengah alami simptom teething (nak tumbuh gigi). Gigi mana yang nak keluar tu tak pasti lah, tapi masa gigi bawahnya nak keluar dulu pun macam ni lah juga.

Apa nak buat bila anak ada tunjuk simptom teething ni? Meh saya share tips untuk handle anak yang tengah nak tumbuh gigi ni.

1. Sentiasa pantau suhu badan. Anak teething mungkin akan ada demam ringan yang tak lebih 38C. Kalau suhu lebih daripada tu, terus rempit pi klinik. Budak-budak tak boleh biarkan suhu badan panas lama-lama. Bahaya pada sistem badannya. Letak termometer pada tempat yang mudah dicapai.

2. Perhatikan simptom yang lazim dikaitkan dengan teething. Walaupun bukanlah betul tepat tapi sekadar buat panduan. Anak mungkin cirit birit dan kurang selera makan. Tapi sentiasa haus. Bagi air masak banyak.

3. Sediakan teether. Permainan keras yang digunakan untuk budak yang nak tumbuh gigi. Biar dia gigit sepuas hati. Dia gatal gusi kan. Tuala lembut pun boleh. Puting botol pun boleh. Boleh juga bungkus kiub ais dalam tuala kecik dan ikatkan. Bagi dia gigit. Selesa sikit dapat gigit benda keras dan sejuk. Nak simpan teether dalam peti ais pun boleh, bagi sejuk sikit.

4. Anak lebih cranky dan banyak menangis. Memang perlu kesabaran yang tinggi. Anak saya pantang ditinggal sekejap. Nak mengempeng dan nak dipeluk saja. Mungkin sakit sangat agaknya. Maka kita nak buat kerja apa pun terbatas sikit sebab dia tak boleh kena tinggal. Meraung-raung lepas tu masuk angin la kembung pulak sebab nangis kuat. Aduhai.

5. Anak kurang selera makan dan lebih banyak nak tidur. Ni kalau anak saya. Dia selesa bila breastfeed lepas tu langsung tertidur. Makan tak berapa sangat hanya beberapa suap bubur saja. Hanya nak minum.

6. Sediakan gripe water. Saya tak pasti nak kata berkesan atau tidak tapi kat rumah memang saya ada simpan. Guna kalau anak tak sedap perut atau masa teething macam ni lah. Herba dalam gripe water tu boleh bantu kurangkan sakit tak silap saya. Dan saya simpan dalam peti sejuk, bila bagi dia minum tu agaknya selesa sikitlah. Boleh beli di farmasi. Boleh la kalau nak cuba.

Begitulah bila anak nak tumbuh gigi. Mencabar juga kesabaran sebab saya ada abangnya juga yang perlukan perhatian. Apapun gitu lah kan semua mak pun mengalaminya. Sabar sajalah 

21.2.16

Review Buku: Diagnosis3-Mortuari

Buku pertama yang akak habis baca tahun ini. Dan selesai baca dalam sehari sahaja. Apa tandanya tu? Tandanya buku ni best lah 

Akak beli buku ni direct daripada salah seorang daripada 3 penulis buku ini, iaitu melalui Dr Noor Hayati Yasmin Ngatimin. Order hari ini, esoknya sampai siap bertanda tangan penulis. Memang syok.

Buku Diagnosis 3 ini adalah kompilasi cerita 3 doktor yang tak lepas daripada berhadapan dengan kematian. Setiap kematian itu ada ceritanya tersendiri, yang mana kita yang hidup ini dapat ambil iktibar dan jadikan pengajaran. Buku yang ditulis oleh Dr Fahd Razy, Dr Noor Hayati Yasmin dan Dr Jack Naim ini, kalau rasa tak insaf, baik ulang baca sekali lagi dan hayati betul-betul.

Bahagian pertama buku, kisah mortuari daripada Dr Fahd. Akak suka semua kisah beliau. Isi cerita yang ingin disampaikan sangat berkesan dengan gaya penulisan yang santai tapi sentap. Dr Fahd menulis macam diari, kita rasa sangat dekat dengan situasi yang diceritakan. Dan pastinya pengalaman beliau sendiri. Akak paling terkesan kisah ibu-ibu nak bersalin dalam bab 'Expect the Unexpected'. Terkedu baca kisah-kisah di Labour Room. Baru akak faham juga, kenapa nurse di Klinik Kesihatan yang check akak hari tu hampir cuak tengok keadaan akak yang dah mula bengkak kaki dan bp ada sikit tinggi pada minggu ke 36. Sikit lagi akak nak kena refer ke hospital. Bila baca kisah yang ini, baru akak faham. Ibu hamil memang boleh nampak sihat sekelip mata je boleh pengsan. Jaga-jaga ya (pesanan untuk diri sendiri juga).

Seterusnya, bab disambung oleh Dr Noor Hayati. Gaya penceritaan Dr Hayati seperti novel medik. Ada diketengahkan isu home birth juga, yang akak kira isu yang amat baik diketengahkan.

Bahagian akhir ditulis oleh Dr Naim. Gaya cerita pun macam novel tapi dalam bab paling akhir, Dr Naim berkongsi kisah pengalaman beliau sendiri yang kehilangan sahabat karib, Dr Prasanth. Membaca bab akhir ini membuatkan akak terfikir betapa persahabatan itu merentasi bangsa dan agama. Dan satu pengajaran dari bab ini adalah 'do not judge the book by its cover'. Nak tahu selanjutnya, sila dapatkan buku ini ya!

Kesimpulannya, Diagnosis 3 wajar dimiliki. Walau sebanyak mana kisah kematian dilaporkan setiap hari, yang berlaku dalam pelbagai situasi, tapi itu daripada kaca mata wartawan. Kisah kematian daripada insan yang menjadi sebahagian daripada proses ini - akak kira lebih dekat dan menyentuh hati. Bak kata Dr Fahd, berselisih dengan Izrail.

Cuba baca. Cuba selami. Cuba hayati. Anda takkan rugi.

Diagnosis3 boleh dibeli secara online di Dubook Press.

18.2.16

Barang yang Lepas Jangan Dikenang

Alhamdulillah Khamis sudah. Rasa cepat pulak minggu ni berlalu, since few things need to be settled - already settled. Semalam hubs mc. Bengkak sikit tonsil beliau. Anak-anak pun hingus2 selsema. I is alhamdulillah masih ok. Kalau I tak ok habis la huru hara rumah tangga. Hehe.

This morning, saje check followers IG kat my personal IG account. Saja la tengok 1 IG ni yang tak pakai nama sebenar tapi saya tau ni mesti seseorang yang saya kenal sebab IG personal saya, saya hanya approved insan-insan yang dikenali sahaja. Bila tengok profile pic, oh ye memang kenal sesangat.

Tengok post2 beliau. Eh. Promote barang baru le. Barang sama macam saya. Hehe. Sebelum ni tau dia jual pinggan mangkuk dan juga pengedar untuk company yang terkenal dengan barang kemas murah. Dan dia memang pernah consult saya untuk masalah kesihatan beliau. Pung pang pung pang jugak la nak consult sebab masalah beliau ni agak complicated bagi saya. Ada la follow up lepas tu, alhamdulillah dia kata dia makin ok lepas guna 1 botol vitamin.

Pagi ni la bila tengok IG beliau, oh dah jadi ejen sama macam kita jugak ye. Alhamdulillah bertambah besar la ahli keluarga shakeley ni 😉

Cuma idak le sangka beli dan consult dengan saya, nak register ngan orang lain pulak eh. (Tu la hang tak bagi borang ahli kat dia awai2!) Rezeki masing-masing ye idak. Tak mengape le, janji beliau sihat dan kembali pulih.

Ada la sikit ralat. Tapi ah biorkan je lah. Jangan dipikir benda yang takde, pikir benda yang ada ni dan teruskan. Insha Allah ada lagi yang lagi baik daripada ni.

Salam Khamis. Selamat bekerja!

14.2.16

Penghijrahan dari Celcom ke Tone Excel

Teks: Zaila Hafni

Saya sebenarnya memang pengguna setia Celcom. Sejak tahun 2002 lagi, seingat saya lah. Satu-satunya nombor yang saya guna sejak dulu, dengan telco yang sama juga. Hingga akhirnya tahun ini, secara spesifik bulan ini, saya membuat keputusan untuk berhijrah ke telco lain iaitu Tone Excel (TE).

Sebab utama, bila saya top up RM30, akan dapat 1gb data PERCUMA. Maka kredit saya tak terusik dan tak risau takde kredit untuk call. Kalau dulu, top up dulu then potong kredit untuk beli data plan. Sekali top up dan beli data lepas tu dah tinggal sipi je baki kredit, nak call pun terfikir-fikir. Sekarang taklah berkira sangat sebab insha Allah cukup kredit nak call ☺

Ada lagi bonus lain, macam benefit Air Asia, Tune Hotel dan lain-lain. Saya kongsi lain kali ok.

TE guna line Celcom, jadi pengguna Celcom takde rasa perubahan ketara pun dari segi line. Telco lain saya tak pasti lah.

Kesimpulannya setakat hari ni, ok la. Moh tukar ke TE! 😊😊😊

Bye 2025, Hai 2026!

Syukur direzekikan jumpa lagi tahun baharu, Allah bagi peluang untuk jadi lebih baik dan baiki diri. Kredit: FB Introvert Hari pertama tahun...

Popular Post