Anak saya 2-3 hari ni suhu badan naik turun. Maka bermulalah episod cranky dan nak mengempeng saja lah. Hari Selasa badannya panas. Hari Rabu dah ok. Suhu normal. Khamis kembali panas beserta muntah dan berak 2 kali. Nak kata demam biasa...tak pasti lah sebab dia tak de runny nose, selsema, batuk whatsoever sebelum tu. Slight fever lah sebab suhu around 37 to 37.8 C. Dan yang panas tu area kepala dan leher. Pinggang ke bawah on off panasnya. Jadi, saya dan suami buat kesimpulan dia tengah alami simptom teething (nak tumbuh gigi). Gigi mana yang nak keluar tu tak pasti lah, tapi masa gigi bawahnya nak keluar dulu pun macam ni lah juga. Apa nak buat bila anak ada tunjuk simptom teething ni? Meh saya share tips untuk handle anak yang tengah nak tumbuh gigi ni. 1. Sentiasa pantau suhu badan. Anak teething mungkin akan ada demam ringan yang tak lebih 38C. Kalau suhu lebih daripada tu, terus rempit pi klinik. Budak-budak tak boleh biarkan suhu badan panas lama-lama. Bahaya pada sistem ...
Everything worth sharing, it's here.