Anak saya 2-3 hari ni suhu badan naik turun. Maka bermulalah episod cranky dan nak mengempeng saja lah.
Hari Selasa badannya panas. Hari Rabu dah ok. Suhu normal. Khamis kembali panas beserta muntah dan berak 2 kali.
Nak kata demam biasa...tak pasti lah sebab dia tak de runny nose, selsema, batuk whatsoever sebelum tu. Slight fever lah sebab suhu around 37 to 37.8 C. Dan yang panas tu area kepala dan leher. Pinggang ke bawah on off panasnya.
Jadi, saya dan suami buat kesimpulan dia tengah alami simptom teething (nak tumbuh gigi). Gigi mana yang nak keluar tu tak pasti lah, tapi masa gigi bawahnya nak keluar dulu pun macam ni lah juga.
Apa nak buat bila anak ada tunjuk simptom teething ni? Meh saya share tips untuk handle anak yang tengah nak tumbuh gigi ni.
1. Sentiasa pantau suhu badan. Anak teething mungkin akan ada demam ringan yang tak lebih 38C. Kalau suhu lebih daripada tu, terus rempit pi klinik. Budak-budak tak boleh biarkan suhu badan panas lama-lama. Bahaya pada sistem badannya. Letak termometer pada tempat yang mudah dicapai.
2. Perhatikan simptom yang lazim dikaitkan dengan teething. Walaupun bukanlah betul tepat tapi sekadar buat panduan. Anak mungkin cirit birit dan kurang selera makan. Tapi sentiasa haus. Bagi air masak banyak.
3. Sediakan teether. Permainan keras yang digunakan untuk budak yang nak tumbuh gigi. Biar dia gigit sepuas hati. Dia gatal gusi kan. Tuala lembut pun boleh. Puting botol pun boleh. Boleh juga bungkus kiub ais dalam tuala kecik dan ikatkan. Bagi dia gigit. Selesa sikit dapat gigit benda keras dan sejuk. Nak simpan teether dalam peti ais pun boleh, bagi sejuk sikit.
4. Anak lebih cranky dan banyak menangis. Memang perlu kesabaran yang tinggi. Anak saya pantang ditinggal sekejap. Nak mengempeng dan nak dipeluk saja. Mungkin sakit sangat agaknya. Maka kita nak buat kerja apa pun terbatas sikit sebab dia tak boleh kena tinggal. Meraung-raung lepas tu masuk angin la kembung pulak sebab nangis kuat. Aduhai.
5. Anak kurang selera makan dan lebih banyak nak tidur. Ni kalau anak saya. Dia selesa bila breastfeed lepas tu langsung tertidur. Makan tak berapa sangat hanya beberapa suap bubur saja. Hanya nak minum.
6. Sediakan gripe water. Saya tak pasti nak kata berkesan atau tidak tapi kat rumah memang saya ada simpan. Guna kalau anak tak sedap perut atau masa teething macam ni lah. Herba dalam gripe water tu boleh bantu kurangkan sakit tak silap saya. Dan saya simpan dalam peti sejuk, bila bagi dia minum tu agaknya selesa sikitlah. Boleh beli di farmasi. Boleh la kalau nak cuba.
Begitulah bila anak nak tumbuh gigi. Mencabar juga kesabaran sebab saya ada abangnya juga yang perlukan perhatian. Apapun gitu lah kan semua mak pun mengalaminya. Sabar sajalah
No comments:
Post a Comment
Ada soalan? Komen di sini.