Showing posts with label pemakanan ibu menyusu di bulan puasa. Show all posts
Showing posts with label pemakanan ibu menyusu di bulan puasa. Show all posts

8.3.16

Cara Ibu Menyusu Elak Lapar di Tengah Malam


Dilema ibu menyusu. Setiap kali lepas menyusu je, mula lapar balik. Padahal rasa makan banyak dah sebelum tu. Makan banyak sangat karang, nanti gemok pulak.

Dari satu segi, ibu menyusu ni tak payah la risau sangat bab cepat lapar lepas menyusu anak, sebab proses penyusuan tu membakar kalori. Habis terbako lemak semua lapar lah balik! Tu yang kejap kejap lapar tuuuu.

Tapi bukanlah bermakna boleh main taram je nak makan apa pun. Kena perhatikan jugak la ye kot anak kembung ke cirit birit ke... makanan macam tu kena berpantang la sikit ye. Yang penting cukup zat dan makan pun berpada-padalah kan, jangan sampai melampau pulak.

Saya pun tidaklah berpantang makan sangat, in fact makan aje apa yang melintas depan mata. Paling kurang nak rasa juga sikit. Bila kita cukup makan, atau dapat makan makanan yang sedap dan kita suka, insha Allah susu banyak. Sebab kita happy. Bila happy, SUSU MERIAH tapi depend jugaklah tubuh masing-masing. Cuma yang tension nye bila tengah malam. Anak memang akan terbangun nak menyusu tak kira masa. Kita pulak lepas dah menyusu, adui laparnya! Tapi takkan nak pi makan nasi jam 2-3 pagi?

Ikhtiar saya, sebagai ibu yang menyusu anak umur hampir setahun ni, sebelum tidur, saya minum PROTEIN SHAKE dulu segelas. Kalau saya dinner sebelum Maghrib, by the time nak tidur memang dah lapar balik. Tapi kalau ada hari yang dinner lepas Isyak, ok lagi la. Kadang tu makan gak biskut sikit or minum susu. Kalau tak menggigil-gigil kelaparan.

Pernah makan nasik lewat lepas tu tidur, tapi cara ini amatlah tidak sihat. Satu, sebab tak lama lepas makan, tidur. Dua, makan berat waktu lewat malam membuatkan kita susah bangun pagi.

Maka, perlu ada WAKTU MAKAN YANG TETAP. Ikut cadangan, 6 kali makan (3 kali makan utama, 3 kali snek). Dan ibu menyusu elak berlapar nanti perut masuk angin,  anak menyusu kembung pulak.

Satu cara lagi, lebihkan protein. Karbohidrat jangan tinggal langsung pulak walaupun nak kurus. Pilih karbohidrat yang sihat ok aja. Protein untuk beri rasa kenyang lebih lama tapi taklah mengumpul lemak (sampai jadi gemok).

Dan jangan tak makan juga sebab sumber makanan anak ada pada anda!

15.6.15

12 Makanan Sahur yang Bantu Banyakkan Susu Badan


KHAS UNTUK IBU-IBU MENYUSU

Lagi 3 hari kita akan bertemu Ramadan lagi, insya Allah. Salah satu kerunsingan ibu menyusu ketika berpuasa adalah tak cukup susu atau kering susu di waktu siang (untuk ibu menyusu direct atau pam).

Sebenarnya, ibu menyusu masih boleh berpuasa, tapi kalau dah sampai tahap memudaratkan kesihatan ibu atau bayi, ibu dibolehkan tidak berpuasa. Tapi sebolehnya mesti kita nak juga berpuasa, kan?

Untuk bantu ibu kekal bertenaga dan cergas sepanjang hari berpuasa dan insya Allah dengan penghasilan susu badan yang maintain dan lancar, jom saya kongsikan makanan yang boleh bantu banyakkan susu badan yang boleh diambil ketika bersahur.

1. BUAH KURMA
Kurma memang terkenal sebagai makanan ibu menyusu selain sinonim dengan bulan Ramadan. Kurma dapat bantu beri tenaga dan juga merupakan makanan sunnah.

2. BUAH-BUAHAN SEGAR
Digalakkan memakan buah-buahan untuk tingkatkan kuantiti cecair dan menambahkan vitamin dalam badan, selain menyegarkan badan. Boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat salad. Sediakan pada malam sebelumnya dan simpan dalam peti sejuk.

3. SMOOTHIE / JUS HIJAU
Makanan hijau meningkatkan kandungan lemak dalam susu badan. Sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, kailan, wheat grass dan lain-lain boleh dibuat jus atau smoothie (jika anda menggemari rasanya). Alternatif lain adalah spirulina, kelp, barley grass, daun alfalfa dan herba yang sesuai dibuat sebagai minuman ketika bersahur.

4. TELUR REBUS
Telur rebus adalah sumber protein dan asid lemak omega-3. Penting dalam diet ibu untuk hasilkan susu yang berkualiti. Kalau rasa boring sangat makan sebiji macam tu, boleh la buat salad telur (uish sedapnya!) atau kari telur. Boleh cicah dengan roti atau nasi juga. Ataupun boleh buat sandwich telur.

5. OATMEAL
Oat memang makanan yang terkenal dalam kalangan ibu menyusu di AS sebagai makanan penambah susu badan. Boleh cuba buat OVERNIGHT OAT - oat direndam dalam susu / cecair pada waktu malam dan disimpan dalam peti sejuk semalaman dan dimakan pada esoknya. Lagi sedap ditambah kekacang atau buah-buahan kering. Atau boleh buat granola bar.

6. HUMMUS
Sejenis dip yang lazimnya dimakan dengan roti. Dibuat daripada kacang kuda, antara menu terkenal dalam hidangan Arab. Kacang kuda dicampur dengan tahini (sesame seed butter). Nak lagi sedap, tambah bawang putih bakar.

7. KELADI BAKAR
Keladi dibakar, ditabur gula perang dan mentega. Dimakan panas.

8. SUP LENTIL
Boleh sediakan seperiuk untuk beberapa hari. Tambahkan jintan untuk menambahkan susu. Kacang hijau atau kacang pool juga bagus untuk tambahkan susu badan.

9. BADAM MENTAH
Kekacang memang makanan sahur terbaik sebab tak perlu persediaan. Tinggal kunyah saja. Selain badam, kacang macadamia dan gajus pun bagus juga.

10. LEMPENG GANDUM PENUH
Adunan lempeng disediakan pada malam sebelumnya, jadi masa sahur dapat dijimatkan. Nak tambah flaxseed pun boleh (sumber omega-3).

11. MUFIN UBI BIT
Sayuran berwarna merah mempunyai kandungan beta karotena (yang perlu lebih semasa menyusu). Kalau tak ada ubi bit, guna carrot pun boleh.

12. AIR MASAK
Ini sudah pastilah. Ibu perlu air yang cukup untuk hasilkan susu. Jangan minum terlalu banyak semasa sahur. Minum sedikit demi sedikit selepas berbuka hingga sebelum tidur. Selang sejam atau dua jam pastikan ambil sebotol kecil (500 ml) air.

Semoga ibu menyusu semua diberi kesihatan yang baik di bulan puasa ini!