8.4.15

44 Days: Urutan Lepas Bersalin. Penting Ke?


Preparation menyambut ahli keluarga baru ni boleh kata agak kelam kabut bagi saya. Dengan shopping last minute, tu pun mujur banyak juga barang dan baju serta kelengkapan lain yang masih elok sejak anak sulung tak perlu dibeli baru. Tapi itu lah, sayu pulak tengok si adik baby ni pakai baju-baju lama si abang. Hehe. Ada jugak baju baru dia. Takde la tak beli langsung.

Sama lah kes dengan tukang urut. Sebenarnya dah lama cari. Tapi biasa lah ada kekangan di sana sini. Kos pun antara satu faktor. Mahal atau murah, biarlah sesuai dengan pakej ye tak.

Saya mintak biras tolong carikan, ada lah sorang. Tapi macam agak mahal dengan pakej yang dia tawarkan. Maka out. Alternatif lain, tukang urut yang biasa urut saya masa bersalin dulu. Tapi saya yang nak kena pergi ke rumah dia. Dan khabarnya makcik tu pun makin sukar dihubungi. Buatnya dah sampai depan rumah dia, dia tak ada. Sesia dan buang masa sahaja. Maka sekali lagi...out.

Alternatif satu lagi. Nasib baik mak mertua saya teringat jiran sebelah baru habis berpantang beberapa bulan sebelum. Haa mesti dia ada contact mana-mana tukang urut. Betul rezeki. Dia recommend tukang urut dia dan bila dihubungi, mudah terus buat appointment. Harga ok lah sesuai dengan pakej. Lagipun ini urut bersalin... bukan urut badan gitu-gitu je.

Kak Tie nama tukang urut saya. 3 hari berturut-turut berurut dengan beliau. Dia datang dalam jam 8 pagi, lepas tu terus start mengurut.

Lepas dah siap mengurut, saya akan mandi dengan air rebusan daun-daun herba yang Kak Tie dah bawa. Kak Tie bawa daun-daun tu aje, rebus buat sendiri lah. Hehe.

Sementara saya mandi, Kak Tie akan mandikan baby. Selesai kami berdua mandi, dia akan mula bertungku. Satu badan ditungkunya. Sedap rasa. Tungku Kak Tie pun comel je, bebola besi. Tapi sedap.

Selesai bertungku, dipakaikan saya bengkung. Then settle.

Alhamdulillah. Dah settle 3 hari urut. Hilang tegang urat semua. Dan paling penting, pengaliran susu badan makin lancar. Kalau tak, tukang urut saya incik suami lah. Mujur la beliau pandai mengurut. Hehe.

Kak Tie banyak share tips dengan petua untuk ibu bersalin dan pantang. Kongsi pengalaman macam-macam. Tapi yang paling best, dia share teknik kemutan yang waaahh menarik! Haha. Dengar cam lawak tapi serius best sampai biras dengan mak mertua saya pun join sekaki. Hehe.

Kalau nak tau, kena mai jumpa saya lah  nanti saya share yer hihi.

Orang tengah pantang jangan tak mengurut tau. Macam-macam masalah pulak nanti. Badan kita nak pakai lama. Maka dengan gigihnya saya hari ini bertungku dan ikat bengkung sendiri. Eh.

9 bulan hasben tengok bini perut ke depan kottt. Haha.


7.4.15

44 Days: Jaundis


Ok. Nampaknya tak terlepas juga anak kena jaundis atau sakit kuning. Tapi, alhamdulillah bukan sampai tahap kena warded.

Yang sulung, memang umur 2-3 hari dah masuk wad duduk bawah lampu. Dan masa tu pulak saya memang hopeless dan macam depressed gila. Hasben yang uruskan. Saya nak jalan pun tak selesa. Luka jahitan sakit sangat. Anak saja di wad, saya dan hasben bermalam di hotel berhampiran sebab wad penuh. Maka anak memang dapat susu formula. Double sedih masa tu.

Tapi alhamdulillah warded 1 malam je, dan kuning dia dah ok.

Yang no 2 ni, jaundis baru nak start. Detect di muka dan dada, berdasarkan pemerhatian nurse klinik yang datang melawat. Nebes jugak takut kuning naik, tapi kali ni saya ngan hasben memang usaha lebih untuk pastikan tak sampai warded. Bacaan pertama 192. Masih tinggi sebab normal bacaan TSB kena bawah 150. Tapi tak perlu warded melainkan melepasi 225 (untuk baby usia 4-5 hari tak silap saya). Kalau umur lebih daripada tu, kena warded kalau bacaan TSB 300.

Tapi alhamdulillah 2nd reading turun 188. Abah dia nak gi keje pun senang hati sikit.

Dan sekarang ni misi menambah susu badan dan menghasilkan susu badan yang berkualiti. Sebelum ni baby banyak kencing, kurang berak agaknya sebab dia banyak dapat foremilk atau memang susu badan saya sedikit cair. Maka dia hilang haus tapi tak cukup kenyang. Sebab tu susah nak berak. Tapi alhamdulillah hari ni dah berak.

Saya tak pasti yang mana satu saya makan yang membantu melancarkan pengaliran susu cuma saya pastikan saya tak masuk angin. Jadi saya akan makan kerap dan top up dengan suplemen juga. Selain mengurut.

Saya saspek bila badan dah diurut, pengaliran susu makin lancar. Dan urat2 susu semua mula berfungsi lebih baik. Selain tu, saya ambik multivitamin dengan zat besi (Vitalea), B Complex, Vitamin C, pil kalsium (Ostematrix), protein shake (Energizing Soy Protein) dan pil herba Alfalfa.

Saya jugak usahakan minum susu kambing, horlicks, nestum oat dan minuman suam yang lain. Di samping air putih yang banyak. Lagipun panas wooo cuaca skarang ni.

Misi sekarang untuk turunkan lagi kuning dia ke paras bawah 150. Kena repeat ambik darah this Friday. Insya Allah.

Saya takkan mengalah macam tu aje. Saya dah taknak buat kesilapan yang sama macam dulu. Semoga Allah permudahkan. Ye, ada juga bisikan untuk start susu formula sementelah kesian kat baby. Takpe. I have my milk to feed my son. Let me work on it and what I need is THE SUPPORT.

Thanks a lot to Mr Husband. Even though he's away but I know his support is there.

3.4.15

44 Days: Welcoming Our New Bundle of Joy


Alhamdulillah. I am safely delivered our new member in the family - the 2nd prince :D

Awal daripada EDD, 11 hari. Sama macam abangnya dulu. Bezanya abangnya dipaksa keluar (induced) tapi adiknya keluar sendiri. Tak sabar nak jumpa abah ummi abang kot ye.

Apapun, alhamdulillah sangat sangat. Proses kali ni Allah mudahkan.

Sedikit kronologi pada 31 Mac 2015:

3.06 am: Sakit perut memulas. Ke toilet nak buang air. Tapi takde apa nak keluar. Macam angin pun ada. Ok ada cuak sikit dah kat situ.

3.15 am: Masih lagi cuba ke toilet pun tak ada hasil apa juga. Dalam hati...this must be CONTRACTION. Lantas sambil2 tahan sakit, grab few more things masuk dalam beg. Masa tu dah start dahi berpeluh. Sakit perut sangat-sangat. It comes about 10-15 mins. Husband dah bangun dan mula siap2. We have to go to the hospital NOW!

3.25 am: Gerak ke hospital. Kami memang pilih untuk bersalin di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Saya kan ibu berisiko, husband tak mau ambik risiko bersalin di private. Lagipun salah satu langkah jimat kos. Dan saya pun dah biasa dengan HTAR.

3.40 am: Tiba di Pregnancy Assessment Centre (PAC), HTAR dalam keadaan sakit contraction dalam 5-10 min sekali dan air ketuban dah pecah! Pecah betul2 depan gate hospital. Tapi dalam kereta la hehe. Banjir seat belakang. Lepas pecah air ketuban, sakit kurang sikit tapi lepas tu... ya Allah. Saya tak tahu macamana nak explain dah. Ye. Sakit bersalin memang sangat sangat sakit.

3.45 am: Check bukaan dah 5 cm. Sakit sangat. Lawan sakit dengan berpaut pada tiang tepi katil dan genggam tangan kuat-kuat. Nak keluar sangat dah baby. Dokter tanya apa pun jawab ala kadar je. Nurse dah kalut set up dan nak bawak naik ke Labour Room.

3.55 am: Tiba di Labour Room. Set up kat sini pulak. Sakit makin kerap. Memang dah meneran sangat sangat dah. Dok terbayang kepala anak dah kat pintu keluar. Dalam hati dok istighfar dan baca doa Nabi Yunus tapi putus-putus nafas sebab tahan sakit. Midwife dengan nurses tengah get ready... katanya dah buka 8 cm... dalam kelam kabut siap suruh saya tahan kejap teran sebab diorg ada few more things to set up. Haaaaaa?!

4.05 am: Dah ready for the delivery. Midwife suruh teran. First tu macam tak berapa kuat, the 2nd one alhamdulillah terus keluar... lepas tarik nafas panjang.

4.09 am: The baby has arrived! Syukur sangat Allah bagi kekuatan teran terus keluar. Sebenarnya fobia dan trauma masa abangnya dulu masih ada. Tapi alhamdulillah yang adiknya ni keluar dengan gagah dan lebih berat daripada abangnya. Saya bersalin normal, baby boy, 3.6 kg.

Alhamdulillah saja boleh kata. Allah bagi kekuatan meneran dan rasa sakit contraction dalam sejam tu pengalaman yang sangat mahal dan berharga. Mungkin sebab banyak bergerak, atau naik turun tangga atau asbab jaga makan dan konsisten vitamin... Allah sahaja yang tahu. Kita hanya berusaha.

Keluar dari Labour Room around 5.35 am. Husband dengan anak sulung sama-sama ikut tepi katil masuk ke wad. Saya rasa moment paling best waktu tu adalah bila melihat SENYUMAN HUSBAND saya. Sebab anak sulung dulu dia termiss waktu saya masuk dan keluar dari Labour Room. Rezeki kali ini.

Masuk wad pun kejap aje. Discharge on the same day. Alhamdulillah. Terus balik pantang umah mertua di Sepang.

Maka the 44 days journey starts.

I am now a mother of two. Semoga Allah bagi kekuatan untuk saya dan husband untuk mendidik mereka di zaman GST ini. Eh.

30.3.15

It's 12 Days Away...



Menjelang minggu akhir sebelum bersalin, rasa macam-macam aje belum settle, belum siap. Saspen pun ada juga. Situasi pun lebih kurang sama macam abangnya, yang mana masa ini saya memang dah ada di rumah, bebas daripada kerja di pejabat. Home Office sajalah.

Banding dengan abangnya dulu, tahap kesihatan sedikit berbeza. Dulu, seawal minggu 34-35 dah refer ke HTAR. Sebab songsang dan uri di bawah (placenta previa type I). Tambah lagi, ada GDM (kencing manis) dan PIH (darah tinggi).

Dulu minggu-minggu akhir tu gilir-gilir la appointment HTAR dengan KKIA... tapi alhamdulillah selamat. Bersalin pada minggu 38, induced.

Induced pun sebab warded awal (spotting) dan keadaan dah favourable untuk deliver. Tapi bukaan je tak naik-naik daripada 4 cm sampai 2 hari. Nama masuk waiting list bilik bersalin, iaitu bermaksud asal ada katil kosong, bila-bila masa je saya akan di'bersalin'kan kalau masih tak sakit contraction.

Kali ni, seboleh-bolehnya biarlah cukup 39 minggu. Tapi kuasa Allah, mana kita tahu.

Itu pun dah terasa-rasa dah sakit perut...false contraction sebab sebenarnya perut masuk angin. Heh.

Trimester 3 sama je ngan Trimester 1. Pantang makan lambat sikit, kembung perut. Dah makan, sendawa tak berhenti. Nak makan banyak, tak boleh. Kena makan sikit-sikit tapi selang 2-3 jam. Kadang-kadang dah mati kutu nak makan apa.

Satu lagi, tak tertahan betul kalau nak pee pee. Kadang tu keluarnya sikit aje. Tapi macam penuh sepenuh-penuhnya pundi tu. Maklumlah kepala budak dah di bawah, dok pressure pundi tu. Atau orang tua-tua kata selalu budak rambut lebat ni. Wallahua'lam.

Jantina?

Seriously...kitorang tak tahu. Haha. Cam lawak. Tapi itulah hakikatnya.

Masa 5 months, cakap kat dokter tak nak tahu walaupun dokter dah nampak. Month after that, selalu dokter tak sempat scan pulak. Maka sampailah ke minggu 35, dokter kata macam girl. MACAM je ye. Then minggu 37, pun dokter kata sama, girl. Tetapi...tak berapa clear. Maka 2 dokter lain analyse the scanned image...both of them said it's a boy.

Maka, moral of the story....tunggu je baby keluar. Haha. Yang penting sihat, sempurna dan selamat.

It's 12 days away. Nervous but at the same time excited juga.

Saya mohon maaf kalau ada kesilapan apa-apa yang tidak disedari. Doakan proses bersalin saya berjalan lancar, mudah dan selamat. Semoga anak dan ummi selamat semuanya, insya Allah.


20.3.15

Resipi 15 Minit: Spageti Bolognaise


Semalam, teringin pulak nak makan pasta. Lagi pun dah lama tak masak sendiri. Dan memang ada stok pasta dan sos pasta di rumah. Jadinya, dengan ada sikit ayam, boleh tambah dalam sos pasta tu.

Pasta yang saya pilih - spageti. Dan sos pasta yang saya guna, jenis serbuk dalam peket. Sos tomato segera untuk pasta. Tapi kedua -dua bahan ni bukan jenama biasa yang saya guna.

Dua-dua bahan ni saya beli kat kedai arab. Mahnaz Food kat Seksyen 22, Shah Alam.

Sebelum ni, pernah nampak ada terjual pasta tapi tak terasa nak beli pun sebab matlamatnye pegi selalu nak beli kurma atau madu je.

Hari tu, saja la cakap kat hasben jom try mana tau sedap ke kan. Maka beli la serba satu spageti ngan sos pasta tu.

Dua-dua produk from Turki. Pasta tu brand Kartal. Sos pasta brand Basak.

Nak masaknya sama je macam kita masak spageti brand lain pun. Rebus pasta sampai al dente. Then toskan.

Sos pasta tu pulak, mula-mula panaskan marjerin/butter, masukkan air. Then masukkan serbuk sos tu. Kacau hingga pekat dan larut semuanya.

Cuma saya tambah ayam cincang. Tumis kejap lepas panaskan butter. Kalau tak, boleh makan terus je dengan sos tu. Dalam sos dah ada semua sekali dengan herbs. So dah tak payah tambah apa-apa lagi dah.

Dah pun siap.

Saya tambah parmesan cheese sikit dan nak juga tabur italian herbs. Hehe. Maka siaplah lunch segera saya - spageti bolognaise 15 minit :)

Sesuai sangat kalau kita tak de banyak masa kat dapur atau dalam keadaan yang lapar gile!

Jadi takde alasan untuk dapur tak berasap ye. Ngeee

18.2.15

Apa Kaitan Mengandung, Saiz Sandal dan Vitamin C?



Semalam, rancak perbualan di group bisnes saya. Daripada satu topik ke satu topik sampai ke satu topik ni, yang mana berkenaan kehebatan Vitamin C.

Vitamin C, vitamin yang agak popular dalam kalangan kita, bukan? Dari kecik sampai besar kita digalakkan ambik vitamin C tak kiralah dalam bentuk tablet atau pun dengan makan buah yang kaya vitamin C. Yang saya sedia maklum, vitamin C penting untuk elak demam, selsema dan batuk, makna kata untuk tingkatkan keimunan badan. Tapi tau tak ada manfaat lain vitamin C ni?

Untuk ibu mengandung macam saya ni, dah tentulah penting. Saya memang ambik Sustained Release Vita-C untuk elak batuk, demam, selsema sepanjang mengandung sebab sebolehnya saya nak sihat-sihat saja dalam tempoh ini. Insha Allah. Maklumlah, dalam keadaan ni, kadang-kadang sakit sikit tu impaknya 2 kali ganda. Walaupun batuk ringan...

Semalam, daripada hasil perbincangan, antara kesan pengambilan vitamin C sepanjang mengandung berdasarkan pengalaman kami:

Mengurangkan sembab di muka 

Mengurangkan kaki bengkak

Ini pengalaman saya sendiri. Saya perasan yang saya tak tukar sandal yang saya pakai sejak 8 bulan lalu (sebelum mengandung). Dan masih muat. Cuma sandal tu aje yang tak tahan dek dikerjakan saya ke sana sini. Masuk dalam perancangan juga, tukar sandal baru tapi sebab sandal yang ada ni masih boleh pakai dengan selesa, saya hampir terlupa. Masa mengandung anak pertama dulu, ada tukar sandal tapi tak ingat masa bulan keberapa. Dan setiap kali check up pun, bila nurse check kaki, pun kata takde bengkak. Kaki gemok sikit ada lah. Normal la tu, perubahan hormon masa mengandung. Dan nurse memang pantau sebab saya ada history darah tinggi dulu, yang mana kaki bengkak adalah satu tanda perlu berjaga-jaga bagi ibu berisiko macam saya ni. Jadi...kena konsisten makan vitamin, jimat duit tak payah tukar sandal banyak kali..haha!

Kurang selsema, batuk dan demam

Sepanjang mengandung kali ni, batuk-batuk ada lah sekali hari tu. Itu pun sekejap je. Alhamdulillah demam, selsema tak de. Rasa kering tekak je, cepat-cepat minum air lebih sikit. Atau ambil vitamin C lebih sikit. Bukan apa, kalau tak sihat masa mengandung ni, nak makan ubat pun tak digalakkan sangat dan sakit sikit pun dah rasa tak selesa.


Ibu mengandung juga disaran mengambil multivitamin (turut bantu kurangkan edema iaitu sembab muka dan kaki bengkak) iaitu pil yang dalam sebiji tu ada kebanyakan nutrien penting. Pilih yang mengandungi vitamin A, C, E, B Complex, mineral surih (magnesium, kalsium, zink dan selenium). Saya pilih multivitamin Vita-Lea with Iron Formula sebab tak mampu tahan dengan Zincofer (multivitamin yang diberi oleh Klinik Ibu dan Anak).

Ok lah. Tengah tunggu turn check up ni. Hopefully semua baik-baik sahaja. Insha Allah.

*Ni lah sandal setia saya. Dah lunyai dan buruk pun. Sandal raya tahun lepas ni. Saya tetap sayang walaupun tapak dah jadi mulut buaya. Hihi.






17.2.15

Pisang Goreng Cheese Sedap di Shah Alam



Rata-rata orang craving pisang goreng cheese ni kan. Dah tu ada macam-macam topping pulak tu. Lepas tu lagi, harga pun hmmmm... boleh tahan juga untuk satu set. Padahal kalau beli pisang goreng tepi jalan (kat sebelah Klinik Kesihatan Seksyen 19 Shah Alam ada satu stall pisang goreng sedap) RM3 - balik tabur cheese kat atas tu baru berapa ringgit je kosnya kan. Tapi kalau dah tak berapa rajin tu - beli je lah yang dah siap ni haa.

Saya tak ada lah nak craving sangat cuma kawan yang dok mencanang katanya sedap bebenor. Jadi saya cuba sekali kat Tam Nasi Ayam, Seksyen 23 Shah Alam (sebelah Aeon Big, tepi highway LKSA). Boleh tahan la buat lepas teringin. Tapi sekarang ni, kalau singgah makan situ lagi pun, takde la nak sangat makan ni, bila nengok kan harga nye (dasar kedekut eh... bukan, berjimat).

Sedap tu sedap jugak lah. Dan saya rasa dah banyak kot tempat jual pisang goreng macam ni. Cuma saya baru berkesempatan merasa yang ni aje.

Kalau orang yang ada kencing manis ni... jaga-jagalah makan ni. Satunya, pisang. Duanya, digoreng. Tiganya, selain cheese macam ada susu pekat atau gula juga saya rasa. Setakat sekeping dua atau tak terlalu kerap, mungkin ok tapi jangan makan selalu la ye.

Pisang ni, memang la buah-buahan tapi manis juga. Tak boleh makan banyak juga. Tapi saya rasa antara pisang yang manis-manis ni pisang mas. Kalau pisang tanduk ke pisang montel ke (Cavendish) takde manis sangat. Jadi, memang ada kesan terhadap paras gula darah.

Atau... amalkan makan suplemen bagi kurangkan paras gula darah tu. Tapi dengan adanya suplemen pun, bukan bermakna kita boleh makan sesuka hati. Tetap kena kurangkan. Suplemen membantu je, bukan ubat pun.

Haa...ada yang dah meleleh air liur ke terbayang pisang goreng cheese ni? Dah dah nanti balik keje singgah kedai beli ye. Hehe.

zaila-rws.blogspot.com
Pisang Goreng Cheese

Bye 2025, Hai 2026!

Syukur direzekikan jumpa lagi tahun baharu, Allah bagi peluang untuk jadi lebih baik dan baiki diri. Kredit: FB Introvert Hari pertama tahun...

Popular Post