27.1.15

Pasta Bolognaise Telur?


Rentetan tonsil bengkak kat anak, sekarang ni alhamdulillah bengkak makin surut tapi masih ada demam dan batuk berkahak.

Maka, kemanjaan beliau sangatlah ketara dan sikit-sikit nak ABAH. Huhu. Abah masuk bilik air, abah solat tak sampai seminit dah nangis-nangis panggil abah. Nak abah dukung. Layankan aje lah anak bujang kurang sihat.

Hari ni, anak tak ke taska. Abahnya teman di rumah. Lagipun nak mengurangkan dia terdedah kat kawan-kawan yang batuk kat taska. Kurang imun ni. Kadang makan Vitamin C Chewable tu tapi dihisapnya separuh, dilueknya balik.

Minyak ikan curi-curi masuk dalam susu... cuma sabar sikit bau minyak ikan tulen pekat melekat semerbak harummmm itu. Mealshakes ok la sebab sedap kan rasa vanilla gitu nya.

Maka lunch dua beranak di rumah adalah yang tak de jual di kedai ye tuan-tuan dan puan-puan.

Ta daaa!!

Pasta dengan bolognaise telur katanya. Hehe.

Ok lah nak juga anak ni makan. Dia memang geng dengan abah... selera sama. Makanan eksotik macam ni ummi nye pantang sikit. Orang kampung tak reti makan. Reti bolognaise ayam, daging atau seafood aje. Tapi sebab sebenarnya pak su nya yakni adik saya pernah buat menu macam ni tapi dihancurnya telur dalam kuah bolognaise tu maka rasa dan rupanya adalah pelik. Maka saya memang pangkah la bolognaise telur. Hahah. Tapi versi husband saya ni lain... nampak sedap jugak. Macam sambal telur pun ada ni. Hehe.

Apapun, menurut laporan abahnya, banyak anak makan. Berselera. Lapar agaknya. Ok la tu.

Kalau nak resipi, tanya husband saya. Hihi.

17.1.15

Misi Bangun Awal dan Kelab 5 Pagi



Seminggu ni, alhamdulillah mampu bangun sebelum Subuh. Saya taklah kata saya bangun jam 5 pagi setiap hari tapi setakat seminggu ni, memang sebelum jam 5 tu sebenarnya saya dah automatik terjaga (walaupun belum melompat dari katil...ahaks).

Betul. Bila kita buat sesuatu memang lebih baik secara berkumpulan. Bukan tak boleh sorang-sorang tapi kadang-kadang kalau terbabas atau tersasar kita sukar nak get back on track.

Manusia hari-hari perlu motivasi. Carilah sumber motivasi anda.



Saya join group Kelas 5 Pagi , initiated by Kak Aishah Amin. Sebenarnya sebelum tu lagi saya memang cuba nak buat tapi selalu sangattttt terbabas. Agaknya tak cukup kental lagi tu. Dan sekarang yang paling best adalah kami sama-sama buat (saya dan suami). Kadang tu dia lagi awal bangun. Hehe. Nak tak nak bini kena la bangun sama ye tak.

Sebenarnya, banyak sangat manfaat bangun awal pagi macam ni. Tambah lagi untuk saya yang ada anak kecik ni, sangat membantu saya buat kerja-kerja rumah sementara anak masih tidur. Kalau tak, dia pun ikut sama nak 'tolong' yang mana memang tak siap-siap la jawabnya.

Dan lagi satu, kita rasa lebih segar dan cergas. Maklumlah masih pagi.

Setakat ni, memang alhamdulillah sangat. Dan saya rasa seronok. Cuma kuncinya adalah KENA TIDUR AWAL.

Bila dah bangun, boleh terus mandi. Banyak kebaikan mandi sebelum Subuh, antaranya boleh KURUSSS :D. Boleh teruskan dengan solat Taubat, tahajud, hajat dan solat sunat sebelum Subuh. Boleh baca Al-Quran juga.

Saya asalnya terinspirasi daripada Kelab 4 Pagi oleh Dato' Roslan Ab Hamid. Insha Allah dah lulus cemerlang sebagai ahli Kelab 5 Pagi, akan up ke Kelab 4 Pagi pulak.

Contoh Check List untuk Kelab 4 Pagi

Nak bangun awal macam ni, mula-mula aje susah. Lepas dah istiqamah insha Allah senang. Tapi kena yakin dan kena lawan tarikan selimut... huhu.

Yakin dan istiqamah...30 hari atau 40 hari, insha Allah sesiapa pun boleh.


8.1.15

5 Cara Atasi Mengantuk di Pejabat


Imej: livestrong.com

Khamis!

Ada jugak orang yang lemau dan lesu pada hari Khamis. Tak mesti Isnin, kan.

Kenapa ya, kita rasa lesu, letih, mengantuk sewaktu kerja?



Saya kira ni bagi mereka yang bekerja dalam pejabat, bagi mereka yang banyak kerja luar, mungkin letih dan lesunya berbeza. Kalau bekerja di rumah, lagiiiii la ada masalah macam ni. Lagi besar dugaan pulak tu. Kain kotor bertimbun, drama bersiri best kat tv, pinggan kotor penuh sinki, mainan anak bersepah kat ruang tamu....tu pun boleh buat letih lesu juga (bila tengok..hehe).

Dipetik daripada WebMD.com, antara panduan yang boleh kita ikut untuk TIDAK RASA LETIH LAGI adalah:

1. Ambil sarapan. 
Walaupun anda jenis yang kurang ambil sarapan atau tak berapa lapar sangat waktu pagi, makanlah walau sikit. Sebabnya, ada kajian mengatakan dengan mengambil sarapan dapat mengurangkan rembesan hormon stres (kortisol). Selepas sarapan, ambil suplemen B-Complex. Suplemen ni boleh bagi rasa lebih tenang dan meningkatkan mood.

2. Makan dalam selang 3-4 jam. 
Tapi bukannya semua nasik ok! Small snacks. Untuk kekalkan paras gula yang stabil sepanjang hari. Paras gula tinggi tu yang buat mengantuk contohnya makan nasik lemak... opss. Makan parfait yogurt ke, granola / energy bar ke, potongan buah, cereal, protein dengan karbohidrat sikit dah ok.

3. Pilih makanan tinggi fiber.
Sebab mampu buat kita kenyang lebih lama dan tak craving for more foods. Pilihan terbaik untuk sarapan atau minum petang adalah Energizing Soy Protein (ESP). Tinggi fiber dan protein, dengan nilai GI yang rendah. Nak campur dengan apa-apa jus pun boleh. Atau bancuh dengan milo. Kalau saya bancuh dengan air suam aje.

4. Ambil omega-3.
Omega-3 selalunya diperolehi daripada ikan salmon dan tuna, minyak jagung, kacang walnut. Yang pentingnya omega-3 bantu tubuh menyimpan karbohidrat dalam bentuk glikogen (sumber tenaga dalam badan yang lebih baik daripada lemak). Omega juga baik untuk tingkatkan fungsi otak. Maka buat kerja pun efisien gitu. Kalau rasa kurang makan ikan atau apa-apa sumber omega-3 yang lain, ambil suplemen minyak ikan macam Omega Guard Shaklee. Sambil tu boleh bakar lemak juga :)

5. Kekal hidrat. 
Minum air secukupnya. 2-3 liter sehari. Air masak, sup, jus termasuk la sekali. Bukan air manis berkarbonat ye. Sebab aliran darah dalam badan kita perlukan air yang cukup untuk melancarkan proses-proses tubuh. Jangan risau kalau kena ke tandas selalu, minum banyak mestilah buang pun banyak. Takpe, tu salah satu cara badan menyingkirkan toksin dalam badan. Kalau nak kekal hidrat lebih lama, boleh juga ambil Performance Drink Shaklee, lebih baik daripada minuman isotonik lain yang tinggi gula.

Kalau mengantuk lagi, bawak-bawak la berjalan-jalan kejap atau basuh muka ke ;)





3.1.15

Salam Maulidur Rasul 1436H


Sumber: Youtube & Google

Salam Maulidur Rasul. Banyakkan berselawat ke atas Rasulullah. Jika belum atau jarang-jarang, mula sekarang. Yang dah biasakan diri, ganda-gandakan dan teruskan :)

Kalau masa sekolah dulu, sambutan Maulidur Rasul sinonim dengan perarakan, alunan selawat dan pertandingan nasyid. Ye - saya dulu masuk kumpulan nasyid tau. Those good old days hehe.

Sekarang ni, macam-macam jenis alunan selawat kita dapat dengar. Sedap pulak tu. Saya selalu dengar UNIC. Eh UNIC sekarang tak sama macam dulu. Lagu-lagu depa sedap tau. Sambil kita dengar, kita terikut sama. Tak sedar kita dok sama-sama ikut selawat.

Moh sama-sama banyakkan selawat hari ini. Saya suka yang ini:





Nota Syukur (Kelebihan Berselawat)



30.12.14

Awasi Simptom Penyakit Bawaan Air Ketika Banjir


Imej: Kementerian Kesihatan Malaysia

Banjir sudah mulai surut di sesetengah kawasan, namun masih ada lagi kawasan yang masih belum reda.

Biarpun banjir makin pulih, tapi harus diingat, impak dan fasa pemulihan pasca banjir amat penting dan besar.

Semoga semua mangsa TABAH.

Dalam pada itu, awasi juga penyakit-penyakit berjangkit dan penyakit bawaan air yang boleh mengancam kesihatan orang dewasa tambah lagi kanak-kanak.

Antara penyakit yang berisiko ketika banjir adalah cirit-birit dan demam kepialu (taun).

Awasi simptom-simptom berikut (jika berterusan) dan berjumpalah pakar kaunseling atau doktor:

- Resah gelisah
- Kurang bermaya
- Marah
- Murung

Simptom-simptom lain yang berkaitan dan perlu diambil perhatian, terus ke hospital jika berlarutan:

- Loya, muntah
- Cirit-birit
- Perut meragam
- Sakit otot
- Demam tinggi
- Masalah pernafasan (sesak nafas, sakit dada)

Ini kerana, air banjir mengandungi pelbagai bahan beracun yang juga berbahaya kepada kesihatan (bangkai binatang hanyut, sisa najis dan sebagainya). Apabila air surut, pertumbuhan kulat pada batang kayu atau papan juga boleh mengganggu sistem pernafasan, apatah lagi bagi pesakit asma. Juga hati-hati dengan besi karat dan paku yang terdedah.

Satu lagi penyakit berjangkit yang berisiko tinggi pada mangsa banjir adalah demam kepialu (taun atau tifoid).

Demam kepialu adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S.typhi) yang terdapat dalam najis atau air kencing pesakit - yang boleh mencemarkan bekalan air atau makanan.



SEGERA ke hospital jika anda mengalami atau ada orang di sekeliling anda yang menunjukkan simptom-simptom demam kepialu seperti:

- Sakit kepala yang amat sangat
- Perut sakit dan meragam
- Sembelit diikuti cirit-birit
- Demam tinggi yang berterusan selama 3 hingga 4 minggu
- Badan ditumbuhi ruam
- Mengantuk
- Cakap merapu / merepek
- Tidak sedarkan diri
- Pendarahan pada bahagian yang dijangkiti

Awasi juga anak-anak supaya tidak bermain air banjir untuk mengurangkan pendedahan kepada pelbagai masalah kesihatan.

Rujukan: Portal 1 Klik (maklumat daripada Utusan Malaysia)

Untuk maklumat lebih terperinci tentang demam kepialu - lagi simptom dan langkah pencegahan DI SINI.








26.12.14

Senarai Tabung Bantuan Banjir Pantai Timur


Imej: Carian Google

Ada yang antara kita nak menyumbang untuk mangsa banjir tapi tak tahu nak salurkan ke mana?

Di sini saya senaraikan beberapa NGO atau agensi yang terlibat dalam penghantaran dana dan bantuan barangan keperluan serta bekalan air bersih ke kawasan yang dilanda banjir.

1. NSTP & Media Prima


2. MERCY Malaysia


3. Pertubuhan IKRAM Malaysia




4. Muslim Care Malaysia Society



5. Master Coordinator (Shaklee) Farah Wahida 

• Menyewa helikopter untuk pemindahan pesakit di Hospital Kuala Krai
• Membekalkan sumber air bersih
• Menghantar barang keperluan asas
• Bantuan boleh disalurkan ke akaun FAWA Enterprise (Maybank: 5627 3110 8836)
• Follow Facebook Farah Wahida untuk update terkini


Update terkini (26/12/2014 jam 8.00 am)

24.12.14

5 Cara Merawat Kulit Tanpa Krim Mahal


Imej: Carian Google

Ada sesapa yang ada stok suplemen vitamin E kat rumah? Tak kisahlah ler makan ke tidak, kalau ada tu pun dah cukup bagus menunjukkan yang anda mementingkan kesihatan dan kecantikan serta kebahagiaan rumah tangga. Ewah.

Tapi saya nak share pasal vitamin E dan kecantikan ye hari ni, tuan-tuan dan puan-puan.



Ye, vitamin E. Bukan vitamin C aje untuk cantik. Tapi kalau gabung dua2 memang lagi kebaboom ler kulit cik kak sekalian.

Ok, vitamin E selain dimakan melalui mulut, boleh diguna direct daripada kapsul. Boleh apply kat kulit terus.

Caranya?

1. Ambik 3 kapsul dan asingkan daripada botol suplemen anda. Letak atas paper towel. Guna jarum untuk cucuk lubang kecik pada setiap kapsul dan picit vitamin E tu dalam bekas kecik hingga kosong kapsul tersebut. Lepas tu masukkan 1 sudu kecik minyak zaitun supaya lebih mudah nak disapu pada kulit.

2. Tekapkan campuran tadi dengan lembut di sekitar mata, dahi dan mulut untuk kurangkan kedutan (best ni) dan membaiki kedut-kedut muka. Satu kajian University of Maryland Medical Centre menyatakan vitamin E tulen mampu bantu kurangkan kulit kasar, kedutan dan garis halus.

3. Sapu pada bahagian badan yang lain contohnya parut besar atau yang nampak stretch mark yang ketara. Boleh sapu sehari sekali. Ingat ye, bagi setiap 3 kapsul, tambah 1 sudu teh minyak zaitun. Kalau untuk parut dan stretch marks ni jika tak cukup 3 kapsul, tambahkan lagi.

4. Sapu pada muka untuk kurangkan sun burn. Sebab vitamin E bantu melembapkan semula kulit yang kering akibat terdedah pada matahari dan boleh meredakan sun burn yang teruk. Cuba simpan kapsul dalam peti sejuk sebelum pecahkan untuk bagi kesan sejuk.

5. Bagi kes kulit kering, ekzema atau psoriasis, boleh sapu terus vitamin E tu tak payah mix dengan minyak zaitun pun takpe. Vitamin E tulen bantu lembapkan kulit jadi jimat kena beli krim yang mahal-mahal.

Sumber info: livestrong.com



=========================================================================




Bye 2025, Hai 2026!

Syukur direzekikan jumpa lagi tahun baharu, Allah bagi peluang untuk jadi lebih baik dan baiki diri. Kredit: FB Introvert Hari pertama tahun...

Popular Post