27.11.14

Pengalaman Saya dengan Darah Tinggi

Semasa mengandungkan sulung, saya memang ada darah tinggi. Masa mula-mula check up terkejut dokter dan nurse sampai beberapa kali ulang ambik BP.

Masa tu agaknya dengan nervous lagi, memang tinggi lah.

Dan bermula la episod saya ulang alik ke klinik dan rekod BP setiap 2 minggu. Sampai beli sendiri lah Blood Pressure Monitor. Takkan tiap-tiap kali nak kena pi klinik... dah tu kena caj pulak. Terpaksa melabur sikit. Tapi sangat berbaloi sebab satu keluarga boleh guna.

Bagi yang tak tahu, bacaan normal tekanan darah adalah 120/80. Kalau kurang daripada tu, tekanan darah rendah, kalau lebih tekanan darah tinggi lah (atau hipertensi). Untuk ibu mengandung, memang dokter akan pantau rapat sebab boleh beri kesan pada ibu dan baby. Kesan yang macamana, saya kongsikan lain kali.

Dulu macam-macam petua juga ikut untuk kurangkan darah tinggi ni, mula-mula memang susah. Sebab kita dah terbiasa dengan tabiat makan kita yanh tak sihat tu. Sangat kritikal kawal kandungan garam dalam diet dan juga penting untuk kawal stres. Bila stres tu yang darah naik!

Saya memang perasan saya selalu pening dan banyak berfikir. Kadang-kadang tak pandai nak kawal emosi tu yang serabut jadinya. Dan tak tahu ada sesetengah makanan yang kita makan rupanya tinggi garam tapi kita tak sedar.

Dulu saya belum sampai tahap kena ambik ubat darah tinggi masa mengandung, cuma diet control. Mengandung kali ni, alhamdulillah bebas darah tinggi

Jaga-jaga dengan pengambilan makanan berikut (yang tinggi garam):
1. Kicap, sos tiram
2. Serbuk perasa / kiub pati
3. Jeruk
4. Jajan
5. Kerepek dan keropok
6. Ikan kering / masin (dah tentu lah)
7. Makanan segera
8. Makanan diproses (dalam tin, sejuk beku)

Kalau masak pun, kurangkan garam. Lebih baik tukar ke garam bukit.

Bagi saya memang sangat berbeza mengandung kali ini berbanding dahulu. Dah ada pengalaman sikit, agaknya ya. Satu lagi saya memang dah mula ambil B Complex masa mula merancang nak mengandung, jadi selain membekalkan asid folik, boleh mengawal stres dan membuatkan saya lebih tenang. Bangun pagi pun dah kurang rasa pening. Alhamdulillah.


7.11.14

10 Kebaikan Asid Lemak Omega 3


10 Kebaikan Asid Lemak Omega 3

♧ Meningkatkan kesihatan arteri jantung - kurangkan penghasilan plak dan darah beku dalam arteri.
♧ Mengurangkan paras kolesterol.
♧ Meningkatkan kesihatan sendi - mengurangkan masalah yang berkaitan dengan arthritis dan osteoarthritis.
♧ Meningkatkan kesihatan tulang - mengurangkan berlakunya 'bone loss'.
♧ Memperbaik kesihatan mental - individu yang kekurangan omega 3 berpotensi menghidapi kemurungan, skizofrenia, masalah pemakanan dan ADHD.
♧ Membaiki kesihatan kulit seperti akne dan psoriasis.
♧ Membantu kesihatan usus - mengurangkan keradangan usus.
♧ Meningkatkan kesihatan peparu - mengurangkan asma.
♧ Membantu kesihatan sewaktu haid - mengurangkan kesakitan semasa PMS dan ketika haid.
♧ Membantu mencegah kanser usus, payudara dan prostat yang dikorelasikan dengan kekurangan pengambilan omega 3.

Dengan banyaknya kebaikan omega 3 ini dalam mempengaruhi kesihatan kita, tidak dapat tidak kita perlu mengambil inisiatif memasukkan sumber makanan yang kaya omega 3 dalam menu harian kita.

Contoh makanan yang mengandungi omega 3 : ikan salmon, sardin, makerel. Sumber daripada tumbuhan antaranya minyak kacang soya, biji labu dan walnut.

Atau boleh mengambil suplemen minyak ikan yang telah disahkan bebas logam berat tercemar seperti merkuri.


16.10.14

Antara Overnight Oat, Oat Pengganti Nasi dan Kolesterol


Semalam berdiskusi panjang saya dengan group kawan-kawan ribena saya. Topik asal "weh camne ko buat overnight oat"terus berpanjangan hingga ke menu-menu oat yang lain sampai akhirnya ke paras kolesterol dalam badan.

Saya berkongsi menu overnight oat yang saya dapat from the leaders dan Instagram @esprience_it. Setakat ni saya hanya pernah buat oat kurma dan plum sahaja. Kurma memang ok tapi plum is quite a bad choice because the plum that we have is not ripe enough so its quite flavourless. Ok tinggalkan kisah menu oat saya.

Saya share beberapa pilihan menu overnight oat yang sedap untuk kawan-kawan saya cuba. Dengan strawberi, kurma of course, mangga, kiwi. Yang lebih suka oat savoury, saya cadangkan tabur ikan bilis goreng dan bawang goreng. Yummmm!

Ada kawan share makan oat dengan serunding. Another choice for savoury oat.

Basically, to prepare an overnight oat is so simple. Ini yang saya pernah buat:

Overnight Oat Kurma

2 skup susu kambing
1 skup ESP
1 cawan instant oat
3-4 biji kurma

Bancuh susu kambing dalam air suam. Kemudian masukkan ESP. Kacau kemudian masukkan oat dan gaul rata. Masukkan kurma yang telah dicarik-carik. Simpan dalam mason jar atau apa saja balang / bekas kaca yang ada. Tutup dan simpan dalam peti ais. Esok buat breakfast. Sodap.

Oat sebagai pengganti nasi. Campurkan oat dalam beras semasa nak masak nasi. Kawan saya dok amalkan cara ni untuk kurangkan kolesterol. Nasi yang kita makan pun lebih berkhasiat. Tapi untuk ni, kena guna cooking oat. Jangan guna instant oat pulak ye.

Kolesterol... dalam diskusi semalam, kawan saya kata antara tanda kolesterol tinggi dalam badan bila munculnya oil cyst di sekitar mata. Cer masing-masing check... kalau ada, amalkan lah pemakanan sihat dan kawal kolesterol. 

Sekian diskusi topik pemakanan sihat kami semalam. Banyak ilmu dapat dan dikongsi. Semoga bermanfaat untuk orang lain juga :)


30.9.14

Seronoknya Blog!

Hari ni seronok blogwalking. Banyak info yang saya dapat, dan bagaimana satu-satu blog tu menarik pembaca untuk terus membaca daripada satu entri ke satu entri. 

Memang bukan semua penulis blog ada kemahiran atau bakat begitu, tapi skill tu boleh diasah dan jika dilakukan dengan konsisten, lama-lama kita akan biasa. 

Jadi teruskan membaca blog-blog yang penuh info dan perkongsian dan di update selalu!

Dengan membaca di blog, kita menambah ilmu dan pengetahuan. Kita tahu perkara yang sebelum ini kita tak tahu. Kita dapat memotivasi diri bila baca kisah kejayaan orang lain, dan berkongsi pengalaman yang sama. 

Siapa kata tulis blog benda yang tak ada faedah? Kalau menulis benda yang sia-sia dan buang masa - itu yelah. Tapi kalau kita cerita pengalaman kita yang baik untuk orang lain tahu, kita pun dapat pahala berkongsi perkara yang baik. Tapi jangan lah sampai riak pulak. Banyak benda boleh tulis. 

Tak ada idea? Banyakkan membaca dan blogwalking. Jangan asyik baca gosip hiburan jerrrrr. Ops.

Alahai dah sampai ke penghujung September sudah. Today's closing day! Ye saya mengaku hari ini bukanlah closing day terbaik untuk saya tapi lebih baik daripada bulan sebelumnya. 

Dan berlaku perkara-perkara magik yang saya tidak jangkakan. Maka bergantung haraplah pada Maha Pemberi Rezeki. Sesungguhnya kita tak tahu rezeki akan datang bagaimana caranya.



17.9.14

Khasiat Peria Katak untuk Pesakit Kencing Manis dan Darah Tinggi


Imej: Carian Google

Mengenali Peria Katak dan Khasiatnya

1. Macamana rupa peria katak?
Saiznya lebih kecil dan pendek berbanding peria biasa. Berwarna hijau macam ni. Jangan confuse dengan petola pulak tau. Petola and peria is totally different.


Kat pasar tani atau pasar malam selalu ada. Tak susah sangat nak mencarinya ni.

2. Apa yang bagus sangat peria katak ni?
Manfaat yang diketahui umum - menurunkan tekanan darah tinggi dan mengawal tahap glukosa pesakit kencing manis. Rasa peria ni kan pahit. Pahit kan ubat.

3. Apa lagi khasiat peria katak?
Saya baca di blog Dr Malinda, yang pernah buat kajian tesis tentang peria katak ni. Yang beliau kongsikan, peria katak ni:

- berkalori rendah, sesuai untuk yang ingin menurunkan berat badan
- tinggi fiber, mineral dan anti-oksidan
- mengandungi phyto-nutrient, polipeptida-P dan charatin untuk kawal gula dalam darah (bagus untuk pesakit diabetes)
- tinggi kandungan vitamin C, karotin, leutine dan zea-xanthin (anti-oksidan yang baik untuk anti-penuaan dan anti-kanser)
- membantu turunkan kolesterol
- mencegah jangkitan
- bantu atasi sembelit


4. Cara makan/minum peria katak?
- blend, minum jus (buang biji dahulu)
- blend, campur dengan jus epal hijau (untuk kurangkan pahit)
- rebus, minum air rebusan
- hiris nipis, dimakan mentah sebagai ulam
- hiris, kacau goreng (boleh tambah lobak merah dan dipecahkan telur)

Selamat mencuba!



16.9.14

Makanan yang Perlu Dielakkan Ketika Hamil



Disahkan hamil, dah pasti setiap pasangan teruja menerima rezeki yang Allah kurniakan, betul?

Ada yang sukar hamil walaupun setelah pelbagai usaha dilakukan. Masih belum rezeki. Berusaha lagi, mungkin Allah dah tetapkan rezeki, cuma lambat atau cepat disamping usaha yang berterusan.

Bila dah hamil, tengok ada 2 line kat UPT (Urine Pregnancy Test) memang tentu-tentu gembira sangat. Mula lah lepas tu datang kawan-kawan serangkainya - loya, pening, mual, kurang selera makan, cepat letih dan kurang bertenaga.

Simptom biasa ibu hamil di trimester pertama. Trimester pertama adalah tempoh dari bulan pertama hingga bulan ketiga; yang mana sangat kritikal dan perlu dijaga rapi. Ibu perlu berhati-hati kerana kandungan masih awal dan berhadapan pelbagai risiko. Jadi, penting sangat jaga kesihatan semasa tempoh ini.

Yang mencabarnya, ketika inilah anak dalam kandungan berkembang pesat dan memerlukan segala nutrien baik untuk perkembangan yang sihat dan kuat tetapi si ibu seringkali berperang dengan selera makan dan mood swing. Walaupun dalam keadaan kurang selera, ibu masih perlu makan untuk menyalurkan nutrien kepada anak. Cubalah untuk cari makanan yang boleh 'ditelan' walaupun kita kurang berselera. Dan perlu juga tangani mood kerana emosi ibu boleh mempengaruhi emosi anak juga.

Dengar macam susah, kan. Yang pernah alami, faham lah bagaimana kan. Tapi itulah pengorbanan ibu.

Ibu hamil kena usahakan untuk dapat segala nutrien tak kiralah dalam bentuk apa pun. Yang pasti, tidak membahayakan atau bagi mudarat. Dalam trimester pertama, jangan sebarangan makan.

Antara makanan yang perlu dielakkan:

* Makanan laut yang tinggi merkuri (swordfish, yu, king mackerel)
Perlu dielakkan kerana risiko kandungan merkuri yang tinggi. Tuna atau tuna dalam tin boleh dimakan, juga dalam kuantiti kecil/sederhana saja. Sama juga dengan makanan laut lain (udang, ikan pollock, ikan bilis, ikan salmon) masih boleh diambil dalam kuantiti sederhana. Makanan laut lain seperti kerang, saya cuba elak sebab faktor kebersihan. Sotong atau ketam pun boleh tetapi pastikan bersih dan dimasak sempurna (elok masak sendiri lah)

* Keju dari jenis brie, feta, blue
Melainkan ada tulis 'dipasteurkan' pada pek, tapi kalau was-was, tak payah makan lah kan. Keju jenis lain ada lagi :)

* Makanan rapu, jajan, makanan segera
Kerana kandungan perasa dan pewarna yang tinggi tidak baik untuk kesihatan ibu dan bayi

* Minuman berkafein
Boleh diambil dalam kadar minimum (contohnya tak lebih 2 cawan sehari) tetapi meninggalkan terus lebih baik sepanjang tempoh hamil

* Makanan sejuk dan berangin
Dalam trimester pertama, ibu kerap kembung/angin, jadi kurangkan makanan berunsur ini. Contohnya sayur tauge, kobis, kangkung dan legum (kacang panjang, buncis). Cempedak pun angin. Kalau nak makan cempedak goreng tu, agak-agak lah ya. Maklum la musim cempedak meriah skarang kan.

* Teh herba
Melainkan arahan doktor. Tapi macam ada juga teh herba untuk ibu hamil, cuma saya tak pasti lah boleh beli di mana.

* Alkohol
A big no. In fact masa keadaan sihat pun memang tak boleh minum kan. Harammmmm.

* Buah atau sayuran yang tidak dibasuh
Basuh bersih dulu sebelum makan. Kadang-kadang ada bakteria penyebab penyakit kat situ.

* Daging, makanan tenusu atau telur yang tidak dimasak
Boleh bagi keracunan makanan kalau ada bakteria penyebabnya. Anak yang dikandung boleh kena kesan kalau ibu keracunan makanan. Mintak simpang.

Berhati-hati pilih makanan ye. Tak jadi apa pun kalau tak makan ni. Kena sabar kejap ye. Berbaloi pantang makan ni. Ibu sihat, mak pun sihat.






Bye 2025, Hai 2026!

Syukur direzekikan jumpa lagi tahun baharu, Allah bagi peluang untuk jadi lebih baik dan baiki diri. Kredit: FB Introvert Hari pertama tahun...

Popular Post